Sunday 28 October 2012

Untuk 604800 saat yang kau beri.

                     


                           1 minggu - 7 hari
                           7 hari  - 168 jam
                           168 jam - 10080 minit
                           10080 minit - 604800 saat.


                  '' serious.ramai nak saya tapi saya kata saya suka
                        awak,awak suka saya.Lol''

                                  22/10/12
                                                   3.27 pm

       

        dah cukup seminggu.apa jawapan awak?

        saya penat tulis panjang-panjang.tulis sesuatu yang sedih buat awak rasa bersalah dan apa segala fuck lagi.jujur,saya dah beri segala dekat awak.saya tak boleh bukti apa-apa dah.saya tak boleh teruskan dengan kata-kata untuk memiliki awak.benda tu buatkan saya sama macam dengan lelaki-lelaki lain.pandai cakap tapi tak boleh buktikan..ok.saya tau masa  awak baca.. awak tengah period,chelsea kena damn dengan worst referee,exam yang membebankan otak dan kisah sahabat yang berebut hati,backpain hurt dan pelbagai lagi yang saya  tak tahu.saya nak mudahkan cerita.

        saya tak nak berjanji apa-apa dengan awak.saya cuma boleh cakap,saya berusaha untuk bawak awak ke suatu relationship yang awak sendiri tak pernah rasai sebelum ini.saya tau saya pelik,tapi tak semestinya seorang yang pelik tak boleh buat orang yang dia cintai bahagia.kan?


        saya dah banyak makan hati.tolong jangan seksa saya lagi.dah cukup seminggu,awak terus terang apa jawapan awak sebenarnya.mungkin awak tetap takkan beritahu,awak mintak saya tunggu sehingga awak selesai exam 14hb nanti.mungkin awak suruh saya tunggu lagi selepas 3 bulan awak holiday.entah.. saya tak tahu sampai bila saya kena menunggu.

       saya cuma mintak,jawapan dari awak lepas baca ni.tak perlu jaga hati.terus terang mungkin cara paling sesuai..lagipun,saya bukan budak lelaki dah.saya dah boleh terima apa yang terjadi.saya dah jadi cool,dah tenang.tak macam dulu..saya dah boleh terima kenyataan.jangan risau...

     apa jawapan awak,saya terima.apa yang awak nak anggap saya.. saya go on.yang penting saya tahu jawapan awak dan saya tahu langkah saya selepas ini.saya tak ada idea nak tulis dengan agak klasik sebab nanti awak tak faham.dah rugi saya tulis panjang-panjang.biar saya tulis macam budak yang nak ambil spm.mudah dan senang faham...



     andai kata,awak baca dan awak percaya saya.awak telefon saya lepas awak baca dan say something yang awak rasa awak tahu sendiri dengan keputusan hati awak.

     dan,andai kata hari ni..selepas awak baca hati masih keras macam batu.masih tak ada apa-apa respon untuk hari ni.saya dah tahu keputusannya... sekali je saya merayu.satu minggu saya dah penuhi.cuma bagi jawapan je...itu je saya mohon.ya atau tidak.. seminggu yang awak beri,saya tak buat apa pun.saya malu nak msg or call awak hari-hari.even saya nak buat hari-hari semata-mata nak buktikan saya ikhlas.tapi tak ada reaksi balas dari awak..eh babi! gua penat nak tulis ayat baku cam ni.serius.......ni je last you tengok i cam ni! ok? enough!


      terima kasih,bagi peluang untuk percubaan ini.terima kasih untuk segalanya....













   







       


















Wednesday 2 November 2011

siang kerja,malam kerja.



berikan aku kekuatan,tenaga yang lebih,kesihatan yang baik.dan tabah harungi saat-saat sukar untuk berjaya.



untuk dia,dia,dia dan semua.doakan aku.

Tuesday 1 November 2011

Monday 31 October 2011

aku dan tuhan.


1/11/11



mungkin tuhan tidak izinkan aku untuk  berada di mana-mana hati gadis yang aku suka/cintai.
mungkin tuhan tidak berkenan dan restu dengan siapa aku ingin bercanda.
mungkin tuhan menguji aku seberapa lama aku mampu bersabar tanpa cinta sesama manusia.
mungkin tuhan sudah tulis siapa akan aku miliki nanti



sebenarnya,tuhan suruh aku cari kerja bagus-bagus dulu,senangkan semua orang keliling aku.tuhan suruh aku capai cita-cita dulu.tuhan suruh aku berfikir untuk lebih matang dan 
tuhan  cuma mahu aku tidak terburu-buru.itu sebetulnya..


aku ok,selalu kena tolak hati bila aku dah lamar tu perkara biasa.tak ada yang luar biasa.cuma,life aku agak boring untuk 3 bulan ni.tunggu aku dah sibuk,memang tip top balik dah.duit dah kukuh,aku pun tak cari perempuan.aku cari impian aku dulu.haha,aku tak ada duit.aku selalu fikir perempuan,bila aku ada duit.aku tak teringin dengan perempuan! 


pelik kan?





“sebuah tawa : suatu tanda kebebasan, suatu petunjuk kembalinya sifat human.” 
― Goenawan MohamadCatatan Pinggir 2

Friday 28 October 2011

tulisan ni,memang aku harapkan kau baca.



kepada yang sedang baca tulisan ini.aku harap kau terasa yang surat ini untuk kau dan sememangnya ikhlas untuk kau yang sedang baca.aku tulis dengan penuh pening dan panjang.aku harap kau baca bila betul-betul dah bersedia.

bila kau dah baca,kau nak rasa apa,rasalah buat masa ni.aku tak kisah.dah bersedia?mari aku mulakan buat kau pening!


aku tak pernah percaya,dan sampai hari ini masih tetap tak percaya.yang kita boleh berkawan.aku musykil dan masih tertanya dalam hati,bagaimana kita boleh berkawan sehingga  hari ni? dan bagaimana kau tetap ok dengan aku hingga hari ni? atau memang aku perasan dan bajet kau tetap kawan aku hingga hari ni.dan aku hairan kenapa kau tak pernah terfikir hal ini.


kita,memang berbeza.semua aspek berbeza.sangat-sangat berbeza.jujur,aku malu dengan kau.kemaluan aku tak cukup besar untuk menampung malu ni.aku malu sebab sedaya upaya aku nak berkawan dengan kau,sampai satu tahap.aku rasa aku buat kau rimas dan jelik dengan perkhabaran dan caring bodoh aku hari-hari dekat kau.aku terlalu ambil berat dekat kau,aku terlalu cuba nak dengar masalah kau,aku terlalu sibuk nak tau keadaan kau.sampai ada tahap.aku lupa masalah aku lagi bertimpa-timpa yang tak pernah selesai..

aku lupa yang aku patut senyap dari kau untuk beberapa ketika.aku lupa aku tak patut lebihkan kau untuk segalanya.aku lupa yang bila kau bercerita pasal sakit,sedih dan masalah segala bagai,aku patut tahan dari ambil tahu.aku lupa yang aku cuma budak lelaki yang masih terkejar impian aku tapi masih nak peduli tentang kau.aku tak tahu kenapa semua ni aku buat demi kau.aku pelik kenapa aku terhegeh untuk kau.ops,kau faham tak maksud terhegeh? terhegeh ni macam nak sangat dekat dengan kau lah kiranya.wei,sepanjang aku dah tulis ni.kau faham tak apa aku cakap? sorry la.aku tahu kelemahan kau.tapi aku ni tak pandai nak tulis english sangat supaya mudah kau faham,maaf sangat-sangat.last aku tulis english panjang lebar masa spm karangan english.itu pun satu kertas kajang,separuh je penuh.aku harap,tulisan ni jelas dan kau mudah faham.woi! jangan kerut dahi baca.mohon rilek..

aku cuma nak sampaikan,aku tahu.dan kau pun pernah beritahu.walaupun aku poyo-poyo buat tak tahu.kita berkongsi sesuatu yang sama.iaitu suka! ya,aku suka kau,dan kau suka aku.(tolong jujur,jangan tak mengaku.kalau kau kata tak,mana aku nak letak muka wei).ia,kita tiba-tiba terfeeling entah macam mana.tetapi,kau dah bilang.suka bukan erti boleh bersama.aku minta maaf dekat kau.sebab aku terus terang yang katakan hati kau memberontak cuba nafikan perasaan kau.aku mintak maaf sebab dengan selamba dan yakin,kata kau menaruh hati dekat aku.macam aku menaruh hati dekat kau sejak zaman myspace.aku lagi lama menaruh hati dekat kau wei,cuma aku tak pernah cakap.dan aku cari orang lain.aku minta maaf sebab buat kau rasa tak selesa dan berbelah bahagi.aku minta maaf sebab buat kau cair.aku minta maaf sebab aku terlalu baik dengan kau.aku minta maaf sebab aku  sebelum ni aku sukakan orang lain.dan kau tetap ulang benda tu banyak kali.(kau sebut nama dia)aku minta maaf sebab buat kau cemburu.dan aku minta maaf sebab aku tulis macam ni.sebab aku tulis macam nampak bangga diri dan bagi orang semua baca.aku minta maaf sebab buat kau pening dan tak terus terang apa sebenarnya aku nak dari kau.aku minta maaf sebab malukan diri sendiri mengaku benda yang bukan-bukan dan tak malu tulis macam ni.aku minta maaf sebab kau masih terus baca tulisan ni,walhal kau dah patut rasa marah dan message hp aku maki aku puas-puas.aku minta maaf sebab kau nak baca lagi dan lagi.

sebenarnya,aku tak mampu nak cakap apa.jujur,kau lagi layan aku berborak dan message dari dia.kau layan perangai aku dengan penuh fikiran terbuka.kau sudi bergelak dengan aku.kau sudi nak senyum dekat aku berbanding dia.kau tetap yakinkan aku untuk dapatkan dia.kau sembunyi cemburu kau.kejap kejap! erk,kepada yang rasa aku tulis ni.memang tak terkena dekat diri dia.dah terasa membazir baca.elok terus tekan pangkah dari baca link ni.sebab part next ni aku nak start ayat jiwang dah.nanti muntah korang yang baca ni.ok? biar `kau' yang sebetulnya baca.


aku tak tahu,hati aku berbelah bahagi.aku suka dia,aku suka kau.benda jadi tanpa sedar.orang luar pandang,aku nampak macam lelaki yang bajet good dan handsome.padahal sebenarnya aku loser.aku tak pernah rasa benda macam ni.aku keliru.dia makin jauh,terlalu jauh.cuma kau je yang rajin dengan aku.(cuma sekarang,kau cuba jauhkan diri).aku betul-betul menaruh hati dekat kau.cuma aku takut,tuhan uji aku.tiba-tiba dia datang dan terbuka hati untuk aku.jadi aku pergi kepada dia pula.benda ni buat nampak aku ni lelaki yang bukan setia.cepat berubah-ubah.aku takut,mencintai kau.dan aku tak tahu kenapa.aku nak sangat kau buat masa ni.dalam mimpi,dah berkali muncul wajah kau.aku risau,serius aku risau! aku tak patut ada benda macam ni.dan aku tak patut  nak kejap sayang itu,kejap sayang ini.aku takut,perasaan aku bermacam-macam sekarang.sampai satu tahap.aku sendiri takut bersumpah dengan kau sebab aku keliru antara kau dan dia.padahal korang dua ni sebenarnya ada cerita masing-masing.aku je duk lebih-lebih cerita.aku takut bersumpah sebab aku takut kena laknat! aku takut kena uji dengan tiba-tiba sesuatu yang aib.aku yakin,sampai dekat part ni.sesiapa yang  baca mesti akan kata aku ni pandai main kata-kata.pandai buat trick nak cairkan sesiapa.mesti labelkan aku lelaki murah yang penipu.aku terima apa orang nak kata pasal aku.tapi kau yang sedang baca ni.hati kau sendiri yang boleh rasa.aku jujur dengan kau,atau aku tipu.perasaan tu kau je sendiri rasa jika kau baca dengan penuh hati.kalau  kau tak ada rasa apa-apa semasa baca.ternyata,aku memang  sedang berangan.seperti aku berangan dalam tulisan yang lain.yang sebelum ni jika kau baca untuk kau bandingkan dengan tulisan yang ni.


ok,aku terus terang.hati aku lebih kuat dekat kau buat masa ni.aku tak nak cakap terlalu mencintai kau,sayang kau semua.sebab tu nampak pembohong! tulisan sebelum ni aku cakap aku tunggu dia,nakkan dia sangat-sangat.jadi bila aku tuju benda ni dekat kau pula.aku takut kau anggap aku ni mudah bagi kata cinta dekat semua.mudah cakap itu,janji ini semua.tolong lah,kalau kau yang baca ni betul-betul terasa.aku tak tahu nak cakap jujur lagi macam mana.aku tak tahu dah nak buat kau percaya dekat tulisan aku ni.jujur aku takut ada pulak orang terasa dekat surat ni.aku nak cakap dekat kau,tapi takut orang lain baca.dia yang terasa.maaf sangat belitkan kepala kau.aku kalau lihat dari rangkap 1st aku tulis.aku sendiri rasa  pening.aku tak tahu kalau kau baca macam mana agaknya.aku dah tulis panjang sangat,rugilah kalau aku delete semua..oklah,nak mudahkan sikit.aku nak bagi kau terasa dan yang lain tak payah terasa.aku nak cakap dekat kau untuk buat kau rasa ini betul-betul aku tulis untuk kau.sebelum ni,dalam telefon aku pernah cakap aku suka kau dan cintakan kau!(aku cakap dlm bulan ni kalimah tu).dan dengan kau saja aku cakap on the phone gitu.haaaa,sekarang kau dah rasa tak aku tuju dekat kau tulisan ni? kalau tiba-tiba dah yakin aku tulis ni untuk kau,sila senyum sekarang!


hmm,aku dah tak tahu nak bilang apa.aku fikir,aku dah keterlaluan.amat-amat keterlaluan.sampai satu tahap,aku cuba goncangkan kesetiaan kau.aku cuba buat kau beralih arah.aku cuba buat kau pergi dan datang dekat aku.aku macam paksa kau move on untuk aku.aku betul-betul hina.aku mendoakan kau bahagia,tapi dalam hati.aku nakkan dekat kau.aku betul-betul  kurang ajar cuba rosakkan bahagia kau.aku tak ada niat.aku tak ada niat buat semua ni dekat kau.aku cuma buat andaian sendiri,sebab aku dah mula rasa,kau cuba jauh dengan aku.fuck! aku tak leh stop fikir la pasal kau.babi apa,aku tak nak wei benda ni.aku tak nak wei ada perasaan ni.aku tak tahu sebab apa aku jadi macam ni.sebab terlalu cintakan kau? aku tak tahu.aku cuba nak buang benda tu,aku cuba nak alahai.wei.. aku tak reti laa nak terangkan dekat kau dengan cara menulis ni.adoi... fuck laa.aku nak cakap,tapi aku tak tahu nak terangkan.ni dah part aku gagap dah ni.aku makin pening! maaf sangat-sangat.kau dah patut benci aku sekarang.mohon nyampah!


tarik nafas! fuh,ok. aku tak tahu aku tunggu apa dan harap apa.aku tak tahu aku sebenarnya menunggu kau terima aku ke atau apa.aku mudahkan cerita,dengan izin tuhan.andai kata-kata aku ni benar dan jujur buat kau.jika tuhan berikan kau petunjuk dan memang lihat aku ni sesungguhnya mencintai kau.pejam mata sekarang,bayangkan aku dalam 90 saat.jika aku muncul dan hati kau tiba-tiba macam tersentak.maknanya aku betul-betul ikhlas nakkan kau.semua ni aku serahkan dekat tuhan.kalau betul.betullah aku.kalau tak muncul or memang kau tak rasa apa-apa.aku memang pembohong.aku tak tahu nak buat macam mana kau percaya dengan aku.aku harap ni je jalan dia.walau apa sekalipun,aku sentiasa doakan yang terbaik untuk kau bahagia.aku harap kau dan pilihan kau bahagia jika aku ni memang tak ada effect langsung dekat kau..aku minta maaf sebab  hati aku tiba-tiba dekat kau.tolong maafkan aku dunia akhirat sebab buat kita jadi cam ni.sebab buat kita jadi bangang.kalau kau tak nak kawan aku lepas ni pun.takpe.aku redha,mana tau.kau pilih jalan senyap.biarkan aku dengan perasaan bodoh ni buatkan kita dapat mencari haluan masing-masing.cuma,aku dah janji dengan kau.aku nak jaga kau sampai akhir hayat.terpulang dekat kau nak rasa apa.aku dah berjanji,aku kena tunaikan.walaupun lepas ni kau memang tak nak dah kawan dengan aku... maafkan aku kawan,sebab buat benda kecik jadi pening.maafkan aku! buat masa ni.aku tahan diri dari cuba nak berbual dengan kau.maaf sangat-sangat.aku betul rindukan kau! aku harap,aku mampu bertahan.terima kasih sebab kau sudi baca sampai ayat yang ini.terima kasih sayang!








#kalau betul apa aku tulis ni,dan kau rasakan benda sama.kalau kau rasa aku betul-betul ikhlas dengan kau.kalau perasaan itu sebenarnya memang ada dekat kau..aku nak kau hantar sms dekat hp aku,cakap i love you! aku tunggu sms tu...kalau memang tak ada reaksi langsung atau apa-apa dari kau.dari situ.aku faham,aku siapa di mata kau...

sekali lagi Tuhan,aku merayu kepadaMU,jika kau lihat aku ihklas dengannya,temukanlah kami.tanamkan rasa cinta ini.jika kau melihatku hanya menipu,kau bahagiakanlah dia dengan pilihan hatinya hingga akhir hayat mereka.ini doaku kepadamu Tuhan.amin.......









Wednesday 26 October 2011

bolasepak milik rakyat.

                


life gua,banyak dihabiskan dengan bolasepak.dari kecik bawak sampai ke hari ni.gua bahagia dengan bolasepak.gua dengan bolasepak tak pernah putus.gua tetap setia dengan bolasepak.macam mana gua setia dengan scene rock n roll.macam mana gua tak mengikut arus modenisasi.macam mana gua tak cucuk punggung anak-anak muda yang berubah-ubah menjadi trendy wanker.macam tu lah gua dengan bolasepak.hari minggu gua,masa dulu.tak gig,bola.tu je la keje.gua pernah putus dengan awek pasal benda ni.gua pernah jadi seorang yang sia-sia pasal benda ni.

sampai tahap,gua makin aggresif dengan cinta gua.gua selesa jadi penonton bolasepak,gua kaki bangku.sepak bola pun ikut arah telor tersepit kemana dalam spender.meluncur keatas!. sampai gua dapat kesan bakat tu,gua tukar main ragbi!.tapi ragbi tak sama dengan bolasepak.ragbi dekat malaysia tak segagah bolasepak.agama kedua seluruh pengikut di barat termasuk latin.sampaikan maradona pun ada jadikan dia sebagai satu bentuk agama di argentina.power tak power penangan bolasepak ni.gua pergi stadium tengok bola,gua pergi mamak pun tengok bola.jarang mamak duk tayang saluran astro ceria atau warna.

orang tanya,kenapa  gua habiskan sisa life dengan bolasepak je.tak boring ke tau benda tu dalam hidup? sebelum ni,gua cuma jawap macam bangkai je.sekarang gua jawab betul.gua tengok bolasepak,tak semestinya gua tak tahu benda-benda lain.lu orang ajak je gua sembang apa,berdiskusi macam-macam.insyaallah gua boleh handle dengan senyum ikut apa yang gua faham dan lihat.lu orang ajak sembang agama,politik,hiburan,history,teknologi,peradaban,kesedaran sivik dan macam-macam lagi.gua boleh jawap.tapi ikut level mana lah yang ditanya.gua tak mahir semua.tapi gua tau asas-asas dia..

apa yang best bolasepak malaysia?  tak ada yang best selagi fam tak berubah! tu yang jawapan pasti.sebenarnya,bola malaysia banyak sejarah yang tercatat dan tak dicatat.benda tu tak ada kalau kita duk tengok tv,perhati game cam tu saja.bolasepak adalah art sebenar! ada beza dia..betul-betul berbeza kalau kita duduk depan tv,dn tengok game dekat stadium.aura rasa lain..spirit lain macam.

kalian bangga dengan fan luar yang cipta macam-macam formasi or cara mendukung pasukan masing-masing.tapi sampai bila kita nak bangga dengan cara orang luar.bila kita nak terjemah dekat stadium sendiri? tak salah nak sokong team luar gila babi.gua sendiri sokong team luar,tetap pergi mamak bila game dekat malaysia takde.tetap bayor dua tiga ringgit untuk beberapa gelas teh tarik.cuma feel dia tak sama  macam kita sokong darah bangsa sendiri.biar fair and square.time game luar nak sokong,sokong.tapi bila negeri sendiri perlukan anda... tu dah kira tanggungjawab..


gua faham perasaan supporter dari melaka,penang dan negeri-negeri yang tak fight atau sekadar nak cukup korum je dalam league malaysia.mereka ada hak nak touching or  protes sampai berkiblatkan terus liga luar.tu semua masalah persatuan.politik dan sukan malaysia memang tak lari.dua benda ni jadi kawtim untuk seiring dan sama-sama pegang telor jaga pengaruh depa..sebab tu gua tak hentam terus orang yang duduk tengok mamak menjerit semua.mereka ada hak mereka sendiri dan sebab sendiri.cuma,gua harap mereka masih ada jiwa untuk bolasepak malaysia.

dah tak ada jalan dah nak selamatkan bolasepak malaysia ni.hanya cara protes berterusan  dan  cipta revolusi je yang selamatkan kita semua pencinta bolasepak ni.gua sedih,baru setahun dua jersi malaysia ni laku gila babi.sampai jadi fenomena kejap untuk rakyat malaysia.itu dah cukup buktikan semua sayang bolasepak walaupun masa tu kita baru naik setitik je.walaupun yang pakai tu ada yang sekadar bermusim.tapi dah cukup nampak nice untuk seketika.dah tiba masa,kita sebagai rakyat lawan dan terus lawan depa semua.dah terlalu lama memimpin.tapi hasilnya langsung tak nampak.kita makin maju,tapi kita makin jahanam dalam bolasepak.

bagi gua,bolasepak ni bukan sekadar nak menang dan bergembira,untuk peringkat international.bolasepak ni pengganti perang untuk menunjukkan siapa negara yang handal dan berkuasa.bolasepak  tu sukan unik...macam-macam terjadi dah pasal bolasepak ni.cuma,keindahan bolasepak diragut untuk kepentingan tertentu.bolasepak malaysia dihiasi maki dan hinaan.


so? gua sembang bebel-bebel ni,kira dah jauh hati dengan bolasepak?  tidak.bolasepak tetap dekat hati.bolasepak tetap peace,freedom dan harmony untuk gua.

gua sedih,tengok rakyat malaysia ni sebenarnya mudah dibeli dengan habuan atau wang ringgit.mudah berubah hati dari setia kepada perjuangan.gua syak,andai terjadi perang dunia 3.mungkin ramai berpaling tadah dan cium kaki untuk dilepaskan.orang kaya melempar duit kepada miskin untuk bagi mereka senyap dan patuh..


-kami boleh putus dengan berpuluh gadis sepanjang hidup.tapi kitorang tak pernah melafazkan kata putus atau touching sejentik pun dengan bolasepak.-



Monday 24 October 2011

rm50 dan semangat bolasepak



gua terketuk hati untuk sembang dick pasal bolasepak,yang sedia maklum.ramai supporters seluruh dunia anggap bolasepak tu religion kedua mereka.tapi dimalaysia,bolasepak masih biasa dan luar biasa bila pasukan kesayangan masing-masing berjaya.tu semua lumrah.bolasepak ada feel dan spirit tersendiri.bolasepak juga adalah sukan yang buatkan para lelaki menangis dengan penuh maskulin.jarang sukan lain boleh buatkan para lelaki gagah menangis.lu orang pernah tengok lelaki menangis sebab golf? tak pernah kan..


cuma di malaysia,bolasepak tak ada la sampai tahap terlalu ekstremis dan buatkan setiap rakyat malaysia menganggap hari sabtu adalah football day.ok,ok. ramai yang still anggap hari minggu adalah hari bolasepak.cuma majoritinya stadium dekat mamak.bersorak di mamak.dengan faktor lambakan siaran liga luar,hebahan besor pasal keunggulan liga luar.sampai ada tahap,bolasepak malaysia dah rupa celaka dekat tanah air sendiri.terkial-kial.

benda yang menjahanamkan bolasepak malaysia ni tentunya semua sedia maklum dari pihak FAM.sekarang semua mood piala malaysia..anak-anak negeri yang setia dengan team negeri masing-masing dah mula lancarkan propaganda dekat mana-mana laman sosial.semua duk bersemangat.alih-alih,FAM naikkan harga tiket tanpa munasabah.kemain lagi dorang cekup duit supporters dua negeri ni.rm50 untuk final piala malaysia.gua tak tahu nak tuduh apa.cuma,gua sebagai supporter selangor turut terasa tempias sebab ramai yang tuding jari dekat team favourite gua.ok,setakat level perli,hina dalam bolasepak adalah perkara biasa.kena steady la.tapi bila melibatkan perkara yang tak masuk akal ni.gua  pun naik angin.kami seluruh fans selangor pun sendiri mengutuk dan rasa tak selesa dengan home ground sendiri.inikan pula peminat-peminat team lain.setiap kali game home,tiket berharga rm15. bayangkan setiap home game.berapa rabak duit gua habiskan untuk team kesayangan,dicampur dengan beberapa awaydays lagi.tol,minyak,makan apa semua.dah berapa banyak duit dikorban semata-mata cintakan bolasepak.gua memang merungut dengan harga tiket,rm15 pun gua dah hangin,inikan pula rm50!

gua masih musykil pada mereka yang bersikap realistik dan back up fam.ada yang cakap rm50 ni masih relevan untuk final di malaysia sedangkan negara asean lain tiket final lagi mahal.dicampur dengan beberapa pengkomen konek senget yang kata,kalau kelab epl boleh sanggup bayo mahal-mahal,tengok motogp sanggup mahal-mahal,redah konsert sanggup mahal-mahal,inikan tengok piala malaysia.gua rasa,orang-orang yang komen ni memang bahlol.tak fikir dari sudut pelbagai.yang pergi tengok game epl julai haritu bebudak yang selalu datang stadium ke setiap kali super league? yang pergi tengok motogp tu bebudak yang pergi awaydays travel negeri orang ke tengok pasukan kesayangan mereka? yang banyak tengok bolasepak malaysia ni.yang setia dengan team negeri masing-masing kebanyakkan nye orang-orang biasa.yang kerjanya petani,nelayan,penjual baju bundle,juruteknik,bawak teksi dan pelbagai lagi kelas kerja yang sewaktu dengannya.tak ramai golongan tinggi or berpendapatan tinggi yang tengok game liga malaysia ni.tak sama taste kata dorang.cuma masih ada segelintir yang okay dan steady duduk pergi stadium gak walaupun kena lempar ayor dari orang atas..bolasepak ni sukan rakyat,tak semua orang mampu nak tengok motogp,f1,golf,polo,equastrian dan apa lancau lagi semua.feel dia tak sama dengan bolasepak.lu orang yang tak minat bola pernah terbayang tak kami yang gila bola ni.boleh berpeluk dengan bangsa lain,menjerit sama-sama,nyanyi dan pelbagai lagi demi pasukan kesayangan.bolasepak adalah salah satu medium yang memupuk semangat tak kira bangsa,agama dan apalagi fahaman politik.tengok kat mamak cukup,semua orang gembira dengan favourite team masing-masing.melayu,cina,india dan semua  bangsa malaysia leh lepak satu table ngeteh.lagi true bila dekat stadium.benda ni tak ada rasa dekat mana-mana.even dekat gig pun tak sepower bolasepak..

gua harap,cadangan boikot piala malaysia adalah cadangan yang diterima pakai oleh semua orang.gua yang tak ada kena mengena dengan dua team ni pun,kadang kesian tengok mereka,lebih-lebih lagi tengok fan terengganu yang datang redah jauh-jauh.memang lah setahun sekali piala malaysia,tapi dengan faktor ekonomi semua orang.FAM kena fikir jugak la.utamakan peminat dulu.tiket rm50 cukup-cukup tak relevan,sejak kebelakangan ni.FAM tak konsisten dalam isu harga tiket.gua tak tahu nak salahkan seratus peratus dekat FAM or tidak.sampai u23 lawan nepal pun dirodok perut kami ni dengan tiket rm20.gila! bukan friendly dapat tingkatkan apa-apa pun.cuma persediaan untuk olimpik dan sukan sea.memang hawau!. gua harap orang-orang FAM dan sewaktu dengannya faham dengan situasi peminat bolasepak tanah air...kesian fan kedua negeri,mereka ada hak untuk bergembira tapi celaka FAM dan sentap semangat kesukanan depa semua.








#gua harap sangat.demostrasi besar-besaran depan wisma FAM terjadi juga tahun ni.dah tak boleh sabar dah!