Monday, 25 April 2011

hati dan tembikai.



  apa kaitan hati dengan tembikai? ada kaitan? bagi gua.jika fikir logiknya..tengok kulit tembikai,keras.mampat.gua pernah tengok national geography(maaf salah eja).ada kajian pasal kemampatan tembikai.mereka uji cuba dengan meletakkan tembikai diatas meja.lapik dengan papan.letak seguni gandum atas dia.satu persatu mereka letak sampai nak dekat 5 or 6 guni gandum.baru tembikai tu pecah...

 bagi gua,ni gua reka dan hentam je.kadang-kadang..hati kita macam tembikai.luaran nampak keras.penuh dengan ego dan sifat yang boleh label sebagai rebel.amat sukar lentur.gua akui,gua golongan begitu.sukar nak didekati..gua bukan lelaki yang lahiriah penuh sifat mesra dan peramah.gua tak pandai sembang dengan orang.kalau dalam alam maya ni.boleh la sebab menaip je.bukan berkata-kata.tapi seperti mana gua kata. gua labelkan hati bagai tembikai

  semampat mana tembikai pun(tolong jelas,jangan kata baling boleh je tembikai uh.ini perumpaan gua) bila dah berjaya dibuka,tengok isinya.penuh air....begitu juga hati gua(termasuk mereka yang rasa dalam golongan orang-orang macam gua)  sekeras mana pun hati,kalau berjaya diketuk.cair juga..

   cair dalam erti kata,kalau terluka.ambil masa yang panjang juga nak pulih.seorang lelaki yang penuh ego,amat sukar percaya kepada sistem hubungan sebelum kahwin.jika hatinya berjaya disentuh,apabila terjadi sesuatu.boleh juga menangis.paling kuat pun,legend mana muka mereka.kalau sekali kecewa,contoh.dengan cinta yang dia rasa paling suci murni.bila putus.bisa menangis juga dong.tak kisah..tolak pasal cinta,jika ego tinggi melangit.kalau bicara pasal kematian.mampu menitis juga air mata.mungkin ada yang jenis lagi sayu.dan mudah tersentuh..orang boleh kata,lelaki menangis tu tak cool.but in fact,lelaki pun ada hati,sekurangnye dalam hidup.mesti akan rasa air mata tu menitis

 pendapat gua,sesekali lelaki menangis tidak salahnya.ok la,seumur hidup memang lelaki just contoh kunci hatinya.kiranya dia punya kawalan minda tu tahap power macam mamat yang pegang kepala dalam iklan setiap kali hari ahad paper metro uh.takkan masa mohon kepada Allah s.w.t,taubat nasuha  tiada rasa nak mengalirkan air mata? banduan yang tunggu hukuman jantung pun menitis airmata pada malam terakhir mereka.tapi bagi gua,dunia akhir zaman.tak ada yang tak mustahil.

 bila sekali pintu hati kita dah tertutup.memang sukar cahaya kebaikan tu akan ada.sampai mati pun berada dalam kegelapan.itu janji Allah.dan itu yang gua dengar pada kuliah maghrib.sejak gua dah makin banyak kehilangan orang-orang yang gua sayang.gua makin dekat denganNYA.gua rasa,itu paling terbaik nak mengadu nasib...gua akui,gua lelaki yang cepat melenting,rasa baran.kerja nak maki je siapa-siapa yang silap.tapi,bilamana gua dekat denganNYA,gua mampu kawal.alhamdulillah..

dan sejak itu,hati gua tak sekeras mana dah.gua boleh cepat tersentuh.gua usha youtube bacaan Al-quran pun.tiba-tiba air mata boleh meleleh.gua tengok anak yatim,pengemis,dan benda-benda yang orang kata.memang untuk golongan wanita je tersentuh.kini benda tu gua yang rasa.gua dulu seorang yang jauh dari kalimah bismillah,syukur alhamdulillah,allahuakbar,astagfirullah dan kalimah lain memuji kebesarannya.yang gua tau. bila datang masalah or disaster,gua sebut pukimak,fuck,babi dan benda-benda perit.gua terlalu jauh sangat masa tu.dalam satu kuliah yang gua dengar.. golongan munafik ni,maksudnya orang itu dasarnya mulut berkata islam.tapi dalam hati menolak islam..

  jantung gua rasa gugur.gua merasa benda itu kena dengan gua.gua mengaku  yang gua umat muhammad s.a.w,tuhan itu hanya Allah s.w.t..tapi gua tak amalkan benda tu.gua tak buat apa yang disuruh.rupanya gua memang terbukti seorang loser.hanya tau sejarah,cara buat,pandai sembang tapi tak praktikkan.gua khayal dalam dunia gua,terlalu bangga dengan apa yang gua usahakan tanpa rasa syukur..22 tahun life,gua tak tahu berapa banyak kali atid senyum mencatat kebaikan gua.dan betapa busy raqib mencatat kejahatan gua.gua jauh..gua perlu basic semula,cari maksud apa tujuan gua dicipta.

   gua perlu berpijak kepada yang nyata.mungkin gua tak mampu ubah atau convert diri gua dalam sehari.gua umat akhir zaman.gua harap secara perlahan,dengan penuh ikhlas.gua kembali pada jalan sebenarnya.dari sehari ke sehari.gua menjadi lebih baik dari semalam.belajar dan terus belajar.ustaz pun pernah berkata,hidup lama-lama didunia.umur 80,90 baru izrail tarik nyawa..tapi amalan yang dihitung  dikumpul-kumpul baru cukup dalam 3 tahun dari 80 atau 90 itu.bermakna 70 tahun lebih tolak belum akil baligh lagi.itulah segala sia-sia yang kita lakukan.
 
 ini peringatan untuk diri gua.gua perlu ubah.gua cerita keburukan gua,masa lampau supaya andai suatu hari nanti.gua dapat rezeki atau harta yang lebih.dari tulisan ini,gua mampu merenung balik.gua takut,amat takut.perubahan gini hanya sekadar menanam tebu di bibir.bila tuhan uji sikit dengan kemewahan,gua jadi lalai..leka kembali.gua harap dan sentiasa berdoa.yang gua perlu mengingati asal usul.gua perlu sentiasa alert dan mengingatiNYA.gua harap ini step permulaan untuk gua berubah.amin.

1 comment: