Wednesday 27 April 2011

may day!

     ini entry khas gua bikin sempena sambutan 1 mei nanti.



gua tahu ramai tak mengerti dan ambil peduli.







Permintaan untuk tujuan publisiti, kepada kawan-kawan Facebook digalakkan untuk tukar image profile anda kepada logo May day seperti dibawa bermula dari 25/4/2011- 1/5/2011.(tempoh seminggu). Juga kepada mereka yang ada blog/ website tolong upload logo & info may day.

Ia adalah 
untuk tujuan massive publisiti supaya ramai orang tahu tentang perhimpunan aman ini dan mengambil bahagian sempena hari perkerja 2011. Kerjasama anda amat dihargai. terima kasih
Bawani.ks
Penyelaras Sambutan Mei Satu 2011
0169008202" 
-Parti Sosialis Malaysia-


Untuk mereka yang kurang jelas apakah tuntutan atau sebab utama perhimpunan ini dijalankan.apakah tuntutan yang dikehendaki




1. PELAKSANAAN AKTA GAJI MINIMA DAN MANSUHKAN POLISI GAJI MURAH
Memastikan penguatkuasaan perundangan berkaitan akta gaji minima serta pemantauan secara komprehensif dan konsisten bagi memastikan tiada lagi pekerja dieksploitasi dalam konteks pemberian gaji yang rendah.
2. HENTIKAN KENAIKAN HARGA BARANGAN – Kembalikan semula subsidi terhadap barangan asas.
3. HENTIKAN RUNDINGAN PERJANJIAN PERDAGANGAN BEBAS (FTA) DENGAN EU - Libatkan rakyat dalam proses membuat keputusan.
4. HENTIKAN CUKAI BARANGAN DAN PERKHIDMATAN (GST) - Hapuskan segala bentuk cukai termasuk GST yang membebankan rakyat
5. GUBAL RANG UNDANG-UNDANG ANTI GANGGUAN SEKSUAL – Elakkan diskriminasi terhadap kaum wanita, pastikan tempat kerja selamat serta diberi perlindungan dari gangguan seksual.
6. TINGKATKAN PENGLIBATAN TENAGA KERJA WANITA yang terbantut selama 30 tahun pada tahap 46.7%. SEDIAKAN TEMPAT ASUHAN KANAK-KANAK yang dibiayai oleh kerajaan untuk membolehkan wanita melibatkan diri dalam pembangunan negara.
7. HENTIKAN PENSWASTAAN - khususnya terhadap perkhidmatan awam seperti hospital dan air dan hentikan Skim Pembayaran Penuh Pesakit (Full Paying Patient) di hospital kerajaan dengan segera.
8. LAKSANAKAN PENDIDIKAN PERCUMA UNTUK SEMUA - Mansuhkan segala jenis yuran dari prasekolah hingga universiti.
9. ISYTIHARKAN KESATUAN SEKERJA SECARA AUTOMATIK - Mansuhan undang-undang yang mendiskriminasi pekerja dan sebarang peraturan yang memangsakan ahli kesatuan sekerja.
10. IKTIRAF HAK TANAH ADAT ORANG ASLI/ASAL di Malaysia dan berikan hak milik kekal serta kukuhkan status tanah Rizab Orang Asli di Malaysia. Rancangan pembangunan tanah Orang Asli hendaklah berasaskan kehendak, keperluan dan aspirasi Orang Asli.
11. HAK PERUMAHAN HAK RAKYAT, sediakan Perumahan yang mampu dimilik, yang selesa, cukup ruang, dengan kemudahan yang perlu untuk pembangunan sosial keluarga dan komuniti.
12. MANSUHKAN segala UNDANG-UNDANG YANG MENINDAS dan mendiskriminasi rakyat dan pekerja, antaranya ISA, OSA, EO, DDA, Akta Universiti & Kolej Universiti (AUKU), Akta Pertubuhan, Akta Penerbitan dan Mesin Cetak.
13. Wujudkan TABUNG PEMBERHENTIAN KERJA dengan segera dan bantuan terus kepada pekerja yang kehilangan kerja. Kerajaan harus memperuntukkan RM0.5 billion untuk mulakan tabung ini dan gunakannya untuk membantu mereka yang dibuang sehingga dapat kerja.
14. Wujudkan POLISI DAN PERUNDANGAN domestik bagi melindungi PEKERJA TIDAK RASMI.
15. Tandatangan beberapa Konvensyen lain seperti Konvensyen 1951 berkaitan Status Pelarian dan Protokol 1967 dan Konvensyen Pekerja Asing bagi membolehkan hak MIGRAN, PELARIAN dan PENCARI SUAKA bekerja secara sah dan bebas daripada eksploitasi dan penindasan.
16. Laksanakan POLISI EKONOMI BERLANDASKAN KEPERLUAN tanpa mengira kaum dan jantina. Menuntut suatu model pembangunan yang saksama, yang memberi kepentingan kepada rakyat setempat di mana segala rancangan pembangunan mestilah dibincang dan dipersetujui oleh semua
17. Menuntut sistem PENTADBIRAN KERAJAAN YANG ADIL serta pelaksanaan dan agihan ekonomi yang benar-benar telus, bersih dan bebas dari segala bentuk rasuah, kronisme dan penyelewengan.
18. SELAMATKAN BUMI KITA, hentikan pembinaan reaktor nuklear di Malaysia, hentikan penghapusan hutan tanpa kawalan untuk tujuan pembalakan dan penanaman kelapa sawit.

sumber dan petikan dari : http://1mayworkersday.blogspot.com/

  kepada semua mereka yang merasakan kerja mereka sepenuh masa makan gaji.gua harap kalian dapat support walaupun tidak turut serta dalam kempen ini.ayuh semua para pekerja.tidak kira dari sektor mana.anda ada tanggungjawab untuk dipikul! ayuh semua.kita bukan turun ke jalanan tanpa sebab.kita turun atas kesedaran!

No comments:

Post a Comment