Thursday, 19 May 2011

pagi yang lancar.



   pagi yang cukup lancar.dah terperap lama nikmat begini gua tak rasa.kalau gua terjaga dalam waktu sebegini.pastinya dalam keadaan yang terpaksa atau dalam situasi yang kabut.hari ini sungguh bermakna.sebab gua dapat meresap nikmat pagi dengan penuh tenang.cukup bangga dengan diri gua pada waktu begini.keadaan tidur yang tidak menentu,kondisi malas untuk melempar selimut dari badan adalah salah satu faktor gua jarang menyerah pada matahari.

   gua tak pernah anggap matahari sebagai kawan.teman baik gua malam! sejak habis belajar,gua tak pernah dan tak perlu rasa tergesa-gesa.cukup rilek! kerja pun kerja yang rilek-rilek.lingkungan satu tahun yang cukup membazir.sebab gua terlalu banyak tenang.dalam tempoh begini,gua tak pernah berfikir hal yang berat.maknanya.otak gua terlalu kosong dan amat-amat ringan.patut dah kurang sakit kepala.gua berjaya kosongkan minda dalam tempoh satu tahun.

    jadinya,sebagai menuju kearah lelaki yang lebih berkarisma.gua akan mula memikirkan sesuatu hal yang berat dan banyak faedah.gua takut,akibat terlalu lama tidak ada rasa runsing,pening,dan mengerah idea ini.otak gua sama taraf dengan ayam.kosong! jadi,dengan semangat mentari yang penuh memancar.gua mulakan hari ini dengan iltizam yang jitu.

   ok,untuk menjadi manusia sediakala.perkara yan gua perlu lakukan adalah mencari nasi lemak seperti manusia lain.mengisi perut di waktu pagi.sekian!

No comments:

Post a Comment