Wednesday, 8 June 2011

babak satu malam.



      semalam,gua pergi makan di kampung baru.gua tak ingat apa nama kedai seafood tu,not bad.cuma kurang padu sup daging dia.masa tengah berbual-bual dengan kawan.ada satu pasangan masuk kedai..cam biasa,gua tetap usha jugak.ranggi awek dia.seluar koyak-koyak lutut.tang boifren,lain pulak.muka ketat,perut saing gua.rambut macam bulu-bulu halus jembut.pakai gelang abang-abang kawasan.ok,mungkin pasangan yang menarik.itu syak pertama gua.

      makanan kami sampai,gua terus telan.bila pasal makanan,gua memang tak pandang kiri kanan.clear terus.situasi tenang,semua menghadap makanan.ops,kapel tu duduk sebelah kiri meja gua.tunggu makanan mereka sampai.5 minit,makanan gua settle.amik rokok,sedut.masih gua buat tak heran,cuma jeling-jeling sikit usha keliling.tak ada yang menarik.

      makanan mereka sampai.gua perhati,dua-dua muka macam ketat.selalu kalau air sampai.orang akan ambil gelas tu letak dekat -dekat.tapi,sejak waiter letak atas meja.masih tak terusik.gua makin syok perhati.ada sepinggan nasi goreng kampung atas meja.meja kapel tu sunyi.tiba-tiba boifren dia cam pandang gua.terus gua alih muka.hembus asap tempat lain.gua sembang-sembang dengan kawan gua.5 minit kemudian,gua perhati balik...

     kapel borak-borak dengan nada cam serius,si boifren rambut bulu jembut angkat-angkat kening.awek tetap ranggi.gua cam dapat syak,mesti ada krisis ni,minuman tak terusik langsung.makanan pun sama.si awek dah pandang tempat lain..dan,pandang awek tu macam tengok kitorang.bullshit,tak dapat gua kaji lagi.terpaksa gua borak-borak dengan kawan.dalam 10 minit,line clear balik.still sunyi dan hambar meja mereka.gua jadi macam syok perhati.perbualan mereka slow,tapi gua macam dapat tangkap.last part,awek tu amik sesudu nasi.nak suap boifren dia.tapi boifren dia pegang sudu,suh letak je.awek tu kecewa,bangun terus chow.boifren follow,muka ketat,masuk dalam kereta.vtec agaknya..berlalu dan terus pergi.dan gua? continue gelak-gelak dengan kawan.
     
     apa motif gua cerita? motifnya,kalau tengah krisis,jangan bawak berbincang dekat kedai makan.habis duit rugi.makanan tak jamah,air tak sedut.sia-sia..tengah ada konflik percintaan pun,come on la.makan pun penting juga.gua syak,boifren dia tengah soal awek dia pasal kes curang.sebab awek dia boleh tahan hot,dia tak kemana pun.tapi..boifren dia gunakan cara yang ego,dengan muka ketat dan bukan cara yang tenang.bila dalam perhubungan,ego tolak tepi.slow talk cara muhibbah.cari konklusi,kalau dua-dua ego.memang sukar la nak tengok penyelesaian.come on,kita bukan lelaki type hang tuah or cerita melayu.yang perlu nampak sasa sentiasa.asyik nak menang.sesekali,rendahkan diri tu dan perlahankan suara(kecuali jenis pekak).dan wanita,sesekali kena jadi tun fatimah or hang li po.jangan rasa keras kepala je.wanita sekarang,tak ramai ada rasa respect kepada lelaki.mungkin kisah lalu buat mereka lebih berhati-hati.chill,pasang surut tu biasa.cemburu tu memang kena ada.cuma cara nak bawak berbincang la kena pandai sikit adjust.tengok kepada perangai dan kepala angin pasangan.kita bercinta,tak boleh bawak cara yang sama.kita tak boleh bawa style masa dengan ex masing-masing dengan kekasih sekarang.benda tu takkan sama.dan lagi tak cool,buat perbandingan antara ex dengan sekarang.kesian pasangan kita kalau kita asyik banding dan puji benda lama..

        sesekali,pendam sesuatu benda, boleh diguna pakai.biarkan pasangan tak terasa terkongkong.dan rasa aman dibawah ketiak kita.walaupun dia salah, 2 3 4 kesalahan pertama.cakap cara lembut adalah paling neutral.bercinta,perlukan atau ada masa,buat kita menjadi seorang yang ada dua perwatakan.depan awek lain,depan kawan lain.bohong la kalau ramai tak pernah merasa begitu.depan kawan always nampak gagah.tapi depan kekasih,dialah paling manja dan penuh romantik di cakerawala.benda ni hakikat.romantik bukan ditunjukkan pada gaya bercakap.romantik ada pelbagai cara.tak semesti lihat lelaki yang kasar luaran,cakap kasar.tak ada yang romantik.dan selalu yang gua lihat.yang jenis romantik, mula-mula masa tengah hangat mengurat dan bercinta.bila dalam tengah atau hujung perhubungan.selalu akan tunjuk belang mereka.tu ada yang mengadu lebam mata,tak sweet cam dulu dan pelbagai lagi.berpuluh tahun bercinta pun,sampai kahwin.belum tentu 100% kita dah tahu selok belok hati pasangan.zaman sekarang,cerai pun nak level clash juga..cuma kahwin lebih nampak halal.jadinya,cari idea.perbaharui hubungan.ego? ada masa perlu tinggi,ada masa perlu rendah.jangan bercinta hanya kerana lihat pasangan lain bahagia.bercinta apabila kita sudah sedia.jangan bercinta hanya kerana kita sunyi,sebab itu bukan rasa hati kita yang jujur.bercinta apabila betul-betul kita rasa ianya tuntutan.penuhkan hidup kita ni dengan pelbagai gambar warna-warni.bukan penuh dengan cebisan kisah-kisah cinta yang sebenarnya,kita anggap tak ada jodoh.jawapan klise orang-orang malaysia... ada masa,gua story pecahan cinta dan kategori dan lingkungan cinta kita...hehehe,siapa ada rasa gua salah dan cara gua tak betul dalam ni.yang nak bangkang.maaf,ni kata-kata orang yang gagal je. ;p

2 comments:

  1. tu diaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa :D

    ReplyDelete
  2. gua rasa waktu hang tuah nk mngayat tun teja dulu pun dia jd sgt lemah lmbut...ini pulak laki2 zmn skang...gua rase die msaih kanak2 utk jadi matang dlm hal2 cintan2.. sebab tu die ego utk sorok sifat kanak2 die dpn awek yg lu kate hot tu...kihkih

    ReplyDelete