Wednesday, 1 June 2011

menakluk siam.




                       hari ini,gua berangkat.cuma yang beza dengan orang lain.mereka excited pergi negara orang dan lihat benda-benda baru.gua pula,nervous sebab dalam saku gua.ada rm300.tepat-tepat! tak ada yang terlebih pun 10 sen dala purse LV china ni.ok,sekarang dah tinggal rm250.masih cukup-cukup juga.sebab rm45 dah beli tiket bas.kuala lumpur ke hat  yai.rm 5 dah buat beli sebungkus maggi dengan gula-gula.hat yai ke bangkok? gua tak tahu lagi nak naik apa.lagi satu,aku dengan kawan.semua tak pernah ke siam.dan kami tak tahu apa-apa pasal sana.gua tak tahu nak kata berani-berani atau cuba buat bijak dekat negara orang.yang gua boleh cakap.lepas dari imigresen nanti.gua betul-betul berserah dan tawakal pada Allah s.w.t ..

                      gua tak boleh atau tak tahu nak rangka plan macam mana lagi.sebab gua tak sampai lagi sana.kalau gua cerita dan beritahu plan awal-awal.takut tak menjadi.kita rancang begitu,yang jadi benda lain.tuhan yang tentukan keadaan gua dekat sana nanti.anda semua,doakan gua selamat ok dengan berbekal rm250 tu.nanti dah pulang malaysia.gua akan tuliskan catatan disana.macam mana gua survive ,mana gua tinggal dan macam mana gua makan.mana tau,ada yang nak sangat masuk sana.tapi duit tak berapa cool dekat poket.boleh la try-try buat cara soldier cam gua.okay! bye-bye malaysia.hehehehehe




p/s :doakan semuanya selamat!

       

No comments:

Post a Comment