Tuesday 5 July 2011

ciri-cirit wanita yang saya idamkan.




aku teringat pada soalan seorang teman.`chai,kau nak awek yang macam mana?'..soalan yang simple dan tak perlu berfikir sangat.(kalau berfikir,tu yang nak calon sampai 100% perfect).masa tu,aku cuma gelak.aku geleng dan kata aku tak tahu.salah teman aku masa tu.sebab dia tanya masa tengah RIANG.memang tak boleh jawab la soalan tu.

umur dalam 17 hingga 19 lebih.aku hanya fikir.nakkan kekasih yang sedap dan memuaskan.mind set aku masa tu.aku nakkan kekasih yang beri aku nafsu.of course,aku budak lelaki.dan aku tak boleh tipu apa yang lelaki semuda aku masa tu nak rasa.semua lelaki(maaf,segelintir.sebab lelaki takkan mengaku benda ni) nak rasa nikmat sementara.aku set,aku bercinta.aku nak ronggeng je keje.keje nak bagi gading tonjol je.yang lain aku tak peduli.sex,drugs and rock `n roll!

tapi,aku tak pernah meredah paya bekas-bekas aku.aku sendiri pun tak tahu.kenapa aku gagal rebut peluang masa tu.aku kena tanya balik semua bekas kekasih aku kenapa kami tak pernah senggama masa dulu.sebab aku dah lupa atau aku loser, baru ringan-ringan aku dah menepek jizz pada muka mereka.

bila aku dalam awal 20an.aku pakai otak sikit mencari wanita idaman.aku cari yang memahami dan sama jiwa dengan aku.biar seiring dan sejalan.itu matlamat aku masa tu.aku nak rasa mudah dan berjalan dengan tenang.aku tak nak gadis yang memeningkan kepala.aku nak gadis yang paham dan boleh terima aku macam mana.tak halang apa  ideologi aku dan terima segala kritikan aku.tapi aku gagal...aku gagal kerana ego aku yang tak cuba nak memahami wanita pulak.loser!

sekarang,jika orang tanya aku nak kekasih yang bagaimana? aku cakap.aku nak berlawanan dan lain beza dari segi perangai dan gaya aku.rupa,harta,besar,kecik,banjir,meleleh,padu atau tidak.aku dah tak ambil kisah.example, aku rocker.aku perlu mencari seorang punkers,screamokers ataupun minah-minah besi..aku rasa,mencari yang sama genre.tak boleh move on kekal terlalu lama.tak berganjak minda dan sosial aku.aku masih terpompong dalam kelompok itu dan tidak berubah.aku perlukan sesuatu yang fresh or new knowledge untuk berpasangan kembali.kalau aku bercinta dengan gadis yang dunianya agak raw dan hardcore.aku dapat belajar sesuatu yang baru or ambil tahu dunia mereka.bukan bermakna aku cuba jadi universal, nak jadi semua.tapi  cuma meraih pengalaman hidup.aku nak tahu apa yang mereka rasa dan apa yang buatkan mereka bahagia dalam kelompok begitu.kalau aku seorang supporter chelsea.aku tak nak kekasih yang sama menyokong pasukan  kegemaran aku.kalau dapat supporter dari liverpool,or man u.lagi bagus.sebab hari-hari boleh lancar war psikologi dan nganjing tahap boleh buat putus! lagi bagus gadis tu ada spirit nasionalis yang tinggi.bawa pergi stadium.sampai stadium,dia tahu mana team aku sokong.mana team aku benci.dari no jersi pun dia kenal siapa player tu.tak perlu masa nak tengok,masa tu la duk bertanya macam-macam. gadis yang ikut balak dia sarung jersi or sokong team yang balak dia support tapi haramjadah satu apa pun tak tahu.tu bullshit! tu sebenar nak tunjuk rasa setia pada kekasih dan sokong apa kekasih buat.bagi aku tak berkembang daya.orang jerit goal.dia pun jerit goal.cabut bra,angkat keatas pusing-pusing buat helicopter semata-mata nak tunjuk true! lagi better jenis yang bertekak sebab nak pertahankan team masing-masing.bodoh dekat girl yang ikut je telunjuk apa yang si boy dia suruh..girl patut adakala melawan dan buatkan lelaki terduduk .adakala je ok,bukan aku suruh selalu.kalau selalu melawan tu pasal yang jadi kes pukul apa semua tu.baran lelaki tak sama.ada tahap dan genetik yang sukar diramal.dan off course,aku suka wanita degil!

aku suka pada cabaran.dan aku agak kurang pada yang mudah tersandar awal.aku cuma berborak nice,puji dan cakap penuh sweet.dah boleh dapat.tapi..sekarang dah fair and square,lelaki boleh buat gitu,girl pun boleh buat gitu.dah sama level masing-masing tahap celakanya.dah tak boleh kata,lelaki penyebab girl jadi jahat.jadi lesbian apa semua.jawapan macam tu dah tak relevan untuk masa sekarang.semuanya sama,lelaki cukur perempuan.perempuan cukur lelaki.yang jadi masalahnya.cukur sama cukur tak pernah bercinta bersama lagi.selalu tuhan uji kita dengan jumpa yang sebaliknya.itu kena terima,menyalahkan orang atau takdir adalah benda bodoh.lelaki baik jumpa girl yang cukur,girl yang baik jumpa lelaki yang cukur.ending dia.selalunya disaster cash la yang tuhan beri.maka,dari situlah mereka merasa erti penyesalan.itu semua belajar dan membawa kita ke alam dewasa.

mencari sama perangai dan ciri seperti kekasih lama pun tak cool.cerita lama,itu kenangan dan pelajaran.buat apa kita perlu nak sebijik kembali seperti cerita dulu.aku perlu membesar dengan pelbagai lagi tipu helah dan cabaran  getir. yang aku perlu hadap.aku tak boleh membesar dan mati dalam lingkungan cara yang sama.setiap hari adalah cabaran dan setiap terjadi ada sebab jawaban.aku sukakan gadis yang lasak dan boleh berdikari sendiri.semakin membesar,tanggungjawab makin banyak.melayan kerenah tak masuk akal atau mengada-ngada pada umur begini dah tak mampu lagi la.masa belasan tahun bercinta.cinta monyet tu yang kita anggap abadi.kita cakap api,sungai,raksasa apa semua benda fuck kita janji nak harung bersama.mana ada..... taik je semua tu! lelaki punya janji paling kuat pun 2 3 bulan dia ingat dia pernah cakap benda tu.lain hari selingkuh gak...lelaki tak pernah puas pada sesuatu.bagi aku,itu cuma cara nak elakkan kebosanan bila sesuatu hubungan menjangkau usia  lebih dari setahun.yang setia dan 24 hour tak pernah berenggang dengan kekasih mereka.you guys rock man! korang memang seorang statik dan tak suka cabaran,just setia dan kumpul duit kahwin.

bercinta,bukan erti aku hanya kena i love you.caring dan sepenuh jiwa beri kasih sayang.bercinta buat aku perlu jadi ayah,abang,sahabat,musuh dan semuanya..tak boleh kalau mind set,aku bercinta.aku cuma berkongsi hati dan pedih.aku perlu berkongsi semuanya..dan memahami apa yang tersirat disebaliknya.sebab perempuan amat behave depan kekasih.mereka totally jarang nak tunjuk mulut murai mereka bila bergosip dengan bff mereka.perempuan memang cover ayu.tu lahiriah.tapi kalau yang tak reti malu pun.gasak gak.tu pun boleh buat berentap gak.agak-agak memang tak boleh kawal punya perangai.cabut je seluar,doggie terus.settle!

aku suka gadis yang berborak semua hal.aku tak suka pada satu limit,topiknya hal sama.lagi bagus kalau dia ada major dalam sesuatu.dia power history.aku lagi suka! banyak pendapat dan debat boleh dibangkitkan.kalau aku cari gadis yang stick hanya tahu make up,menjadi wannabe,fake art atau cuma nak dunia dia je.mesti aku hambar dan tak bersemangat di ranjang.aku pernah bayangkan.ketika berasmara.aku dan kekasih main teka-teki tentang nama tokoh-tokoh imperialism.ataupun masa tengah foreplay.kami berborak pasal berapa banyak kerusi barisan nasional pegang dalam parlimen atau siapa nama-nama isteri senator dekat malaysia.mesti lagi hot dan penuh rolling! 

aku boleh idam macam-macam dan demand yang tinggi, aku nak kekasih yang macam mana.tapi sambil idamkan semua ni.aku patut sedar dan wajib pegang cermin.tiap kali aku nak berangan dan impikan.aku patut pegang cermin.aku patut cakap pada diri aku.layakkah menjaga seorang gadis sedangkan banyak lagi tanggungjawab tertunggak.aku patut cakap depan cermin,layakkah aku gembirakan dan bahagiakan seorang gadis sedangkan aku tak dapat bahagiakan lagi ibu dan kakak-kakak aku.layakkah aku penuh gentleman pada seorang gadis sedangkan aku pada teman-teman sendiri pun masih buat mereka rasa annoying dan tak gemar cara aku.sedangkan,dalam jangka seluk seluar aku.aku terkadang rasa sunyi nak makan penampar dari gadis bukan muhrim aku...

jadinya,aku tak boleh harap or minta mimpi yang nice nak dapat kekasih yang power selagi aku tak boleh nak gembirakan sekeliling.bermakna,aku masih tak ada target or nak gadis yang macam mana.senang cerita,aku tak boleh nak fikirkan dan berangan lagi nak demand macam-macam.dan tak semestinya aku maksudkan.aku akan sambar siapa yang  sudi nak dengan aku.aku cuma cari yang memberikan cabaran pada aku.yang aku boleh lastik minda dia.biar lebam bahagia kekal dia ingat sampai mati.itu baru cinta.aku tak perlu ubah luaran semata desperate nakkan kekasih.aku cuma perlu ubah perangai dan tingkah laku.aku tak boleh terlalu nice,dan terlalu wild.okay, anyone? ada yang sudi nak berkenalan lebih mendalam tak dengan saya? :P




p/s :aku buat statement pasal lelaki dan perempuan,ikut kepala aku.yang tak bersetuju.dialu-alukan maki aku!

4 comments: