Monday 26 September 2011

surat cinta kepada A.

kehadapan A,wanita yang saya menanti terbuka hatinya.harap agar sihat-sihat saja disana atau dimana-mana pungkoq anda duduk.saya doakan terbaik dan cantik perjalanan harian awak macam kate middleton yang gedebuk datang luck jumpa prince williams.

kepada A,tujuan saya menulis warkah ini bukanlah dengan niat nak buat awak lagi rasa annoying dan bertambah benci pada saya.cuma,saya sekadar menyampaikan hasrat hati saya yang tidak tertahan-tahan ini seperti tidak tertahannya bik mama nakkan segera cincin 24 juta tersarung ditangan.saya mengaku,agak sedikit gelojoh dan tidak ada sifat sabar dalam sesuatu perkara,bagi saya menggunakan teknik tunggu dan lihat tidak sesuai lagi digunakan dalam cara mengurat.gila wei,takkan saya takde perasaan kot nak tengok awak kena rampas! lepastu dengan humble saya post status dekat awak bilang `saya doakan awak bahagia'.gila! mana ada lelaki setabah tu dah.paling kuat dalam hati fikir,santau angin je! maaf,maaf.saya sudah lari sedikit dari tujuan asal.kita sambung balik. 

A,walaupun kita ini amatlah berbeza dari segi apapun.harta,rupa,sopan,baik,mulia,amanah,dedikasi,cerdas,pintar dan pelbagai lagi.tapi,satu yang saya pegang.cinta itu tiada sempadan.cinta tidak membezakan kita dengan aang apa-apa.cinta butakan kita dari melihat kedaifan.cinta buat saya lupa yang awak bukan dari kalangan saya dalam erti kata lain.taste kau!.tapi,mengapa kita tidak mencuba? mengapa kita tak berani aplikasikan film-film romantik kedalam dunia kita? kenapa agak sukar untuk awak memandang saya? walaupun secuit pun awak tak melihat saya.

oklah,oklah fine! memang rupa saya nak iras harun salim bachik.memang muka ni kalau kena tahan reman,ops cam muka rogol.memang orang akan tuding kat saya walaupun saya tak buat.tapi saya punya perasaan awak.... saya ada rasa nak bercinta.ikutkan pun,awak tak ada cun mana.yang tak paham tu demand apa entah lagi yang awak nak.agak-agak ler.ingat awak mila kunis? cannot go la gak muka awak tu.tu pasal saya pilih awak.sebab saya macam bajet boleh memiliki awak.tapi rupanya saya silap dan saya memang L!

saya mencintai awak dengan tulus dan ikhlas hati saya.saya dah bilang sebelum ni.saya tersilap langkah sebab tuturkan madah jiwang terlalu awal dekat awak.tu pasal awal-awal kena reject!  awak ajarkan saya tentang satu perkara.cinta pandang pertama dah tak relevan.saya bukan apa,skill saya ikut gaya 70s.bukan jenis gentleman dan penuh manis.saya langgar je main cakap.tapi saya ikhlas,apa yang saya rasa dalam hati.itulah perkara jujur saya tuturkan.saya memang ikhlas nak terima cabaran rintangan segala lancau onak duri apa semua untuk bersama awak!

saya akui,wanita seperti awak.yang hatinya pernah dihiris lelaki agak sukar untuk u-turn dan cuba mempercayai lelaki dengan mudahnya kembali.semua wanita,di mana-mana pun.cinta pertama mereka adalah cinta yang paling mutlak.dan cinta itulah yang diragut,diliwat penuh kejam oleh jantan-jantan gojes yang celaka ni,sebabkan orang-orang seperti saya bila nak cuba berdamping.tak dapat dah.apa salah kami? kami tak macam jantan tu pun! kami akui,memang sedikit pervert dan agak huru-hara sedikit.itu semua sebab dah terlau beku single.air kat otak dah warna teh ais pekat haaa..tu pasal kami ni nampak cam jantan miang sikit.kami tunjukkan perwatakan sebenar dengan terus terang.bukan dengan selindung jadi lelaki yang pura-pura mr.nice guys dan ragut pagar ayu kaum hawa secara tak berhemah.tu bukan cara kami oh..perempuan banyak tertipu dengan luaran lelaki.very very sad!

hal kesetiaan,usahlah ragu dengan saya.come on,saya ni rupa tak ada.harta pun ada motor kapcai sebijik.confirm-confirm ler saya lebih risau dengan awak dari awak duk risaukan saya.bagi saya peluang,sekali untuk buktikan yang saya amat berbeda dari lelaki lain.

saya nak sangat,bawa awak ke alam saya,alam yang orang sekeliling tidak akan mengerti.walaupun peluang saya amat tipis untuk memiliki awak,tapi sekurangnya,bagilah saya peluang berjumpa dengan awak.peluang untuk saya cuba sentuh hati awak.bagi saya,walaupun kebarangkalian tu memiliki awak tidak akan terjadi untuk saya sampai mampos.tapi,buatkan awak tersenyum dengan saya dah cukup nice.sekali pun jadi lah,dah lama saya tunggu awak.dah lama saya cover gagap saya bila nak talk dengan awak.saya ni memang tak tahu dah nak cakap jiwang lagi cam mana saya nak tonjolkan.tapi,inilah paling best saya buat untuk bagi awak baca(kalau awak perasan,sebab saya tahu.memang takde masa pun awak nak baca cebisan sampah ni).

saya harap,dengan izin tuhan.skrip kita ada tertulis dekat dunia ni..saya taknak anggap awak ni jani saya,marilyn monroe saya ke,alexa chung,iman chanel saya ke,neelofa saya ke.awak tetap awak.tak ada sama macam mana-mana orang untuk saya bandingkan.buat apa kita nak labelkan orang yang kita cintai dan letakkan dia sebaris macam jalan cerita yang terhebat? tak perlu.awak ada kelas tersendiri.percayalah.walaupun awak kata awak nothing.jangan marahkan saya sebab cuba memalukan diri sendiri dengan baitkan kata-kata begini.awak nak malu pun tak ada sebab kerna saya tak tulis nama awak pun kat sini.

akhir kata,jika saya ikhlas mencintai awak,tuhan pun restui.maka setiap itulah saya setia menunggu awak hingga terbuka pintu hati awak menerima saya.saya minta dekat tuhan,jauhkan saya dari yang lain.tetapkan saya melihat awak..lagi satu,ni kalau awak nak percaya ke tak.terpulang lah,selesai solat.saya selalu berdoa agar awak terbuka hati terima saya.. saya sebenarnya pun tak faham lah,kenapa saya gilakan awak sangat-sangat.padahal awak dah larang pun,saya tetap berkeras.maafkan saya,sebab buatkan awak tak selesa.saya ikhlas untuk cuba buat awak gembira dengan saya.harap ini bukan sembang kote.harap ini kenyataan.amin!






      yang ikhlas,
      
      airul izwan.



# surat ni dari hati aku,ni paling ikhlas aku beri.

2 comments: