Monday 3 October 2011

orang bilang dan apa yang aku bilang pasal love.



orang bilang,(bukan aku) cinta tu buta.tak ada mata,asal suka sampai tersentuh jiwa.kita akan cuba sedaya upaya.orang bilang,cinta itu bukan dikira pada darjat dan segala simbol yang mempertontonkan hal kebaikan.baik dengan baik,jahat dengan jahat(ni bangang).orang bilang,lelaki tu tugasnya melindungi pujaan hatinya dengan bersungguh sampai sanggup nyawa pun  jadi gadaian.(tu benda gila kan?) orang bilang lagi,lelaki tu tugasnya memelihara dan memberi penuh komitmen kepada si gadis pujaannya,dia kena jaga hati gadis tu dengan penuh amanah seperti relanya gadis tu percaya kepada lelaki  yang berjaya menambat hatinya..ada pujangga kata, cinta sejati gadis adalah cinta pertamanya,manakala cinta sejati lelaki adalah cinta terakhirnya.orang bilang lagi,cinta ini perlu ada pengalaman untuk mendewasakan kita,belajar menerima putus dan belajar untuk lupakan kegagalan.


aku bilang pula,cinta itu aneh.cinta ni.bila kita dah berpunya,cabaran dia getir.kenapa aku cakap gitu? sebab.masa single.bila kau tengah cam ni.cam ni tu maksud dia cam aku lah! bujang je lagi.sekor pun tak dapat,apa pun tak melekat.(yang suka gua,syhhh.senyap2 ok).jadinya,perasaan tu terbitkan rasa sunyi tidak terhingga sampai ada tahap.cannot control! main pervert je dengan sapa-sapa gadis entah.bila berpunya,cabaran pun datang..masa tu ramai yang cuba himpit kita.kita yang muka cam ni pun jadi laku.tu pasal aku kata pelik! andai keadaan begini terjadi.kesetiaan letak tempat teratas ok?


cinta itu,ikut langkah kita sendiri.sebelum ni aku dah ulang dekat entry lama.cinta bukan boleh kau rujuk dari quotes penyedap hati,dari pengalaman teman,dari film romantik,dari blogger,dari watak aktor/heroin film dan pelbagai lagi yang kau rasa,cinta itu perlukan rujukan.benda tu bullshit.kau ada cinta pertama,kedua,ketiga apa semua.kenapa kau tak nak belajar sendiri.yang membodohkan orang-orang bila bercinta ialah mereka tak sedar apa yang mereka lakukan bila bercinta.lelaki dengan kebangangan ego tinggi mereka,perempuan dengan bercakap guna kepala lutut mereka.mereka tak faham beza teguran atau dengki.ramai yang keliru.dan sebenarnya,perkataan yang mereka-mereka selalu sebut `ada aku kisah? ' `talk to my hand apa lancau semua boleh terkena pada mereka balik one day.percayalah cakap aku.aku suruh bercinta dengan cara sendiri tu maksudnya bukan aku suruh mereka-mereka begini pekakkan telinga dari dengar mulut orang dan jauhkan diri dari semua kawan-kawan.tapi aku suruh ikut apa yang kau mampu berikan ikut acuan kau.mulut orang kau ambil mana yang can go.faham? kalau tak faham baik kelar nadi! 


aku fikir,semua orang berhak tu merasa perasaan itu even kalau muka dia kena simbah acid pun,tapi dia ada perasaan suka dekat seseorang,kita patut bagi semangat untuk dia teruskan.aku masih percaya,beauty and the beast boleh bersatu.aku masih percaya,susah senang kita bersama.aku masih percaya,ada anak-anak lord yang sudi nak bonceng kapcai aku tu.aku masih percaya,ada model yang faham dan tak malu dapat bf yang sengkek hujung bulan dan tak mampu nak belikan high heels 6 inci kepada dia bila dia memerlukan untuk photoshoot.aku percaya annoying aku atau seangkatan orang-orang macam aku masih relevan untuk seorang gadis yang dibesarkan  dengan kasih sayang dari wang ringgit dan tidak pernah menaiki bas untuk kemana-mana! aku tetap yakin,ramai perempuan yang sanggup lagi  dari zero bersama seorang lelaki yang tak punyai apa-apa.realistik aku dari kacamata aku melihat seorang gadis bandar yang terdedah kepada macam-macam hiburan.(sebab benda ni memang ada je dekat kampung,felda,atau pedalaman).cuma,kualiti tu agak sukar dicari masa kini.kena ambil masa dan yakin pada diri.benda tu ada,percaya gua beb geng2 lelaki bujang! 

cuma,aku harap.kita masih berpijak dibumi yang nyata.angan biar tinggi melangit tapi ada masa kau kena sedar kau patut landing kembali ke realiti.benda ni untuk zaman ni, 1/10 boleh terjadi dekat hidup kita ataupun langsung haprak memang tak jadi(kalau xberjaya jangan serang aku).bila tak terjadi,kita kena stay cool dan terus,terus mencari sampai kita akan jumpa..trust me mate! kalau kamu-kamu semua kata,kalau sampai mati tak jumpa-jumpa gak? aku anggap anda-anda semua hidup dalam sia-sia.sebabnya jadi pemburu cinta yang gagal dan terlalu kejar cinta.padahal kita patut hiasi dunia kita dengan penuh warna dan cita-cita melainkan ambition kau sudah tertulis bekerja sebagai pencari cinta.tanpa cinta dunia,kau merana! tu fuck je aku boleh bagi.hahaha


jadinya,aku tulis panjang-panjang ni.bukan sebab nak nasihat atau bagi dorongan.cuma aku nak berkias kepada yang selalu tulis dekat wall fb atau twitter yang terlalu menyalahkan cinta.salahkan girl,salahkan boy.salahkan orang ketiga dan segala pussy paling dalam pun diluahkan supaya orang lihat dan rasa simpati.silap sekali sebab bercinta boleh diterima sebab kita kena ingat kita naif untuk pertama kali.silap kedua kita kena anggap yang mungkin salah kita sebab masih tidak reti cara menjaga hati.silap bercinta kali ketiga masih boleh dimaafkan sebab kali ketiga kita cuba cari yang serasi dengan cara kita.silap kali keempat masih dapat ditelan sebab itu mungkin bukan takdir kau untuk dengan dia.tapi silap seterusnya dan seterusnya hingga berpuluh kali seterusnya,nampak sangat kau bangang dan tak pernah belajar apa-apa dalam cinta! hahahaha. shame on you kalau banyak kali bercinta.jadi pujaan lelaki,hero gadis-gadis ke apa ke tapi kau tak pernah belajar dan kaut segala pengalaman dengan elok.itu memang orang boleh tau.kau asal suka,terus terima tanpa kenal hati budi dulu(macam aku,cakap depan cermin).hahahahaha.

ini kata-kata aku,aku cakap apa yang aku lihat dan perhati.mungkin ada yang tak selesa,mungkin ada yang terkena tempias apa aku cakap,terasa atau pelbagai-bagai lagi.aku tak nak cakap ni blog aku dan apa aku kisah orang nak kata apa.ayat tu tak elok amalkan..aku terima orang kritik dan persoalkan.sekurangnya,ilmu aku bertambah dan aku boleh belajar sesuatu lagi.betul tak?





#  aku yakin,miskin harta,rupa,attitude tetap boleh buat segelintir girl hot cair dengan kita... kan miss boyd? haha..




p/s ni kata-kata je wei.jangan korang anggap aku ni pakar motivasi.

No comments:

Post a Comment