Saturday 8 January 2011

dari kajang mendarat ditanah carnaby.





sambil mulut masih lagi mengunyah-ngunyah cebisan sate haji samuri.aku leka dalam halusinasi palsu tengah hari.laptop peneman diri ini sentiasa meliar-liar dengan nyanyian dari irama 60an.. bingit? mana mungkin...aku selalu berangankan kebahagian..(mood mendengar lagu pergi)..aku leka dan selalu juga terlena diiringi gesekan ghairah biola.pernah juga mimpikan carnaby..kenapa carnaby? bukan milan,paris,osaka ataupun golok?
       saya sendiri tidak mengerti kenapa sukakan tempat begitu
 mungkin aku suka mengembara,gemarkan sesuatu yang buatku pelajari cara berinteraksi dengan bangsa lain.tidaklah berbeza jika carnaby itu dibandingkan dengan petaling street.. yang pintu gerbangnya mungkin seakan sama cuma berbeza pembuatnya.kerana bagi abnormal sepertiku,tidak salah jika aku mempunyai cita-cita normal seperti sahabat lain yang ingin berkelana ataupun bergambar ditempat impian masing-masing.cuma mungkin,aku nak menetap disana.tidak kira lama purnama bulan berlabuh.paras berbeza mata wang dan kefasihan slanga frasa bahasa keduaku.aku cuba bertahan disana.
        hujan hina di negeri orang,hujan sanjung di negeri sendiri
dan semestinya itu kebenaran..siapa tak nangis tinggalkan tempat kita kencing,berak bertanam dekat sini..ulam raja,jering,petai,pucuk ubi yang selalu ibu buat mana ada muslim pakistan dekat sana reti..gila berbeza sosio akhlak andai tidak pandai mengatasinya.mana tau suatu hari nanti,aku minum teh petang-petang sambil bincang politik dengan carl barat.sungguh indah begitu.ajarkan anak john terry cara pakai kain pelikat.kan pelik begitu? benda-benda yang tak logik ni selalu buatkan kita senyum sendirian.bukannya aku mengidamkan tubuh kate beckinsale(terbukti aku gila andai aku kata begitu)..tapi selagi rasional dan masuk akal..buatlah apa daya kreatif yang kita ada
            dan terbukti ini benar
 suatu hari nanti,tidak kisah la 5 tahun lagi,3 tahun lagi.aku pasti akan tinggalkan kajang dalam erti kata lain malaysiaku no 1! buat sementara..pasti,akan aku gendong segala yang aku tahu.hinggap disana(jika tak kesampaian ke carnaby pun.aku tetap pergi) aku akan catat segala yang terpikir untuk nostalgia buat yang lain.aku akan teroka dunia sahabat yang lain pula...moga niat aku mencari permata didengar yang esa.bukan tidak impikan makkah,madinah dan jerusalem,tetapi sementara masih ada tenaga..aku akan terokai tempat lain dahulu..tidak kisahlah mengembara ke negara orang semata-mata angkat senjata masuk kehutan(ideologi yang sama) yang penting aku akan cuba...harap agar impian nak ucapkan selamat tinggal  dekat sahabat terlaksana nanti...amin.







“It's a good thing we won, because we were going to thrash the place if we didn't.”


*doakan ya ramai-ramai. :)

No comments:

Post a Comment