Saturday, 8 January 2011

macam mane datangnye chai......

alkisah namenye yang muncul masih lagi dalam tahun masihi,ketika era kanak-kanak...bernomad dikawasan yang bukan elit di kelilingi kawan-kawan sama madrasah di sebuah tempat belajar yang mana apabila pulang,terpaksa mendaki bukit..ini menyebabkan apabila saya pulang dari mengaji,ilmu yang masuk didalam otak mula keluar apabila mendaki bukit sambil mulut terkumat kamit memaki...

   padang bola madrasah yang tak berupa padang bola,dengan banyak kesan bom-bom jatuh bertakuk sana sini,keadaan ini juga salah satu sebab bolasepak malaysia tidak bermutu kerana kurang prihatinnya pihak gomen menyelesaikan masalah niy.sibuk dok tumpukan kejayaan pelajaran yang akhirnya bila besar tetap lingkup pelajarnya..
  
  kisah bermula di padang bola,ketika mula nak menendang bola..menyarung kasut bola...saya terpakai baju yang saya takkan maafkan sampai mati!.baju itu saya jumpa di almari,merupakan karikatur lukisan pakcik din majalah ujang,,yang tertulis,(jangan jadik soh chai).. bagi saya,baju itu cukup biasa je... tapi bagi pandangan teman-teman se madrasah.. baju itu pelik,,lalu dengan mendapat majoriti penuh dari semua yang berada di dalam padang yang dibom.. maka melekatlah nama itu,walaupun saya cukup-cukup tidak mengemarinya...

   apabila nama itu dilaung setiap hari melebihi 40 kali setiap hari,,saya yang dulunya,,, bukanlah terlalu pintar,tapi time darjah 3 lepas jugakla PTS.(cuma ibu tak bagi lompat) mula merosot pelajarannya akibat sikap dan perbuatan biadap ganyang kawan-kawan satu madrasah..saya menjadi terlalu blur atau dengan kata lain terlalu bengap dah untuk menerima pelajaran,saya yang berada di kelas no 1,(btol tak dinamik no satu? ke aku yang mmg bodo) sering mendapat no cencorot dalam kelas..bagi ibu,no cencorot adalah terlalu bongok sekali.. padahal jika disemak di kad laporan saya,saya cuma bengap satu pelajaran saja

  yaaaa!!! saya cuma bengap matematik! terlalu bengap.. kerana matematik,sampai sekarang dengan jujurnya saya berkata, tolak tambah masih menggunakan calculator telefon bimbit.mengikut dari sejarah keputusan peperiksaan saya,saya tak pernah lulus trial ke,ujian ke atau pe yang haram jadah lain bagi subjek matematik.. BM dpt A,agama A,geografi A,sejarah? lagi la.. muka top naik pentas 100%(muka berlagak seketika) subjek lain,maintain kredit.. tapi matematik?

  yaaa juga!! kerana matematik,habis rosak sijil PMR  yang tercatit dalamnya.. ketika menunjukkan slip keputusan kepada kakak-kakak saya,mereka melihat dari atas tersenyum,tetapi apabila sampai ke matematik, dengan serta merta arwah abang saya melibas dengan tali pinggang bertubi-tubi..nak menangis pun ada,kerana kebengapan tersebut..tapi sayang,saya hanya
 menangis selepas arwah ayah pergi,dan selepas itu,menangis sekali lagi sebab abang pula ikut jejak arwah ayah..dan selepas itu,mata seperti tiada air mata,mungkin sudah kebal temboknya.

  berpindah pula ke madrasah yang lain,bertemu dengan kutu-kutu yang lagi dahsyat dari merata-merata pelusuk busut! pembelajaran mula dengan tenang,sehingga diganggu oleh guru yang menjaga pengawas,,memanggil suma kutu-kutu termasuk saya berbaris didepan bengkel,apabila si guru tonggek itu melihat sesuatu di dalam fail,beliau memanggil nama saya untuk temuduga menjadi pengawas.. chai menjadi pengawas? yaaa.. realiti memang,tapi untuk sementara, kerana beberapa bulan kemudian,sebab-sebab tak menjalankan tugas yang di amanahkan.. saya dipecat seperti digantung tidak bertali

  adakah saya kecewa? tidak la beb.. lagi suka la.. bebas,tidak perlu diarah-arahkan seperti lembu dicucuk hidung,di madrasah baru,kutu-kutu suka meniru saya,saya pelik! terlalu pelik sebab saya pun kutu seperti mereka.. kenapa perlu tiru jawapan saya,.,, saya soh chai laaa...dengan jujur saya berkata,,
di madrasah itu,sepanjang 2 tahun menuntut mengaji di sana,hanya sekali kedudukan saya di antara semua kutu-kutu jatuh no 2..ketika itu,saya pula tidak heran dengan kedudukan itu..kerana saya  masih dendam lagi dengan satu subjek... anda tahu sendiri subjeknya..

 selepas keputusan SPM,jawapannya tetap sama.. matematik saja buat saya tidak lepas kredit,kalo kredit itu..dengan senang saya sudah lepas ke universiti..tapi,,, mungkin saya tetap akan bengap matematik jika belaja di mana-mana... mungkin sudah ditakdir... saya soh chai dalam matematik!!

No comments:

Post a Comment