Saturday 8 January 2011

gua yang tidak istimewa

saya tiada apa-apa yang istimewa,apatah lagi rupa untuk membuatkan seorang gadis itu tergoda,harta? jangan cakaplah,semuanya menumpang dari keluarga,saya tiada bakat untuk menjaga seorang wanita,apatah lagi memilikinya.bakat yang saya ada hanya berkata-kata dan menulis di merata-merata kertas.ya! saya masih lagi mencuri-curi buku sekolah anak saudara saya untuk melepaskan gian saya.saya boleh dijumpai dimana-mana kecuali tempat orang-orang kaya atau kelab dan tempat orang-orang `Melayu Lingkupkan Melayu' berada yang menayangkan kereta-kereta mewah mereka.termasuk juga di kedai-kedai kopitiam yang tidak halal.ini kerana saya tidak mampu untuk membayar harga sebotol mineral yang boleh mencecah 3 ringgit.sedangkan saya sendiri makan lari di kitaro atau restoran-restoran mamak yang disinggahi punggung saya.gaya saya,pemakaian saya tidak langsung mencerminkan saya orang yang mampu duduk setaraf dengan anak datuk atau datuk yang membeli pangkat.kerana saya segan untuk bergaul dengan mereka dan tidak tahu nak mencelah sembangan mengenai topik apa yang dibuali.saya juga tidak petah untuk berkata-kata dalam bahasa penjajah walaupun hari-hari saya mendengar lagu penjajah,dan menggunakan kemudahan yang dicipta penjajah.termasuklah blog saya ini.yang dicipta penjajah.kerana kurangya reti saya dalam bertutur bahasa penjajah,maka apabila saya cuba berbual dengan wanita-wanita melayu minah saleh ini di mana-mana ruangan soSIAL,maka peneguran saya tidak tidak dilayan oleh mereka,entah apa silap saya.. mungkin saya perlu mengubah penampilan saya atau cari idea macam mana nak buat mereka berbual bual dengan saya.mungkin saya perlu menangkap gambar di kereta mewah,atau menayangkan segala harta keluarga yang ada untuk menarik perhatian mereka.satu lagi kelemahan saya ialah,saya kurang berpengetahuan untuk mengEDIt mak dick gambar-gambar saya,supaya saya sentiasa nampak tampan atau mempesona di dalam alam maya,maka hanya gambar-gambar hodoh yang memang terbukti hodoh rupa saya terus saya saja masukkan kedalam ruangan suai kenal.saya juga bukan budak SAHAJA..maka,apabila saya menegur mereka,melihat rupa saya,terus wujud perasaan insomnia kepada mereka yang jelita tersebut untuk menegur saya.adakah saya berkecil hati? oh tidak,kerana saya memang sudah biasa dari tadika.jadi tiada masalah buat saya mengharunginya.malah saya bersyukur kerana saya tidak perlu hanyut ke lembah bermanja-manja dengan wanita.macam mana hendak bermanja,tengok badan saya pun mungkin dah cukup geli bagi mereka.yaaaa! badan saya pun problem juga,mungkin saya kurang titik beratkan.nak titik beratkan bagaimana,kalo bulu kaki pun tiada..tapi saya sudah mengkajinya,mungkin disebabkan masalah kurang hormon bulu menyebabkan saya tidak seperti jantan normal yang lain.tapi tidak apalah,bukan bulu saya yang dipandang oleh mereka.tapi kerana keikhlasan saya.cukup saya masih ada keluarga dan menyayangi saya.itu sudah buat saya bahagia.tidak perlu tokok  tambah impian yang memang tidak akan ada.sesiapa yang memahami saya.terima kasih kerana sudi melayan saya,perangai saya dan juga kata-kata aneh yang keluar dari mulut saya.cukup anggap saya hanya badut untuk menghiburkan kalian semua...dan terima kasih kepada sesiapa yang terpikat dengan kejujuran saya.bukan niat saya untuk tarik perhatian anda semua,kerana sudah terang touchlight disuluh,saya tiada daya pemikat..yang berada didalam hati saya..terima kasih kerana bagi saya ruang untuk menyelit dan mewarnai hati anda,sebelum saya pergi menghadap yang mencipta saya.dengan ikhlas,memang saya tidak mempunyai apa-apa yang istimewa.............
      

No comments:

Post a Comment