Saturday 8 January 2011

Aku anak rock n roll




 ketika orang-orang kita mula terkinja-kinja,bertukar genre dan rasa.aku mula pelik tidak terkata...tengok  keadaan tengah ibu kota,melepak melihat busking dicelah kesibukan kota.aku hanya duduk dengan orang-orang tua.yang lidah fasih bercerita.dia merenung aku lalu berkata..`mana anak muda yang lain? ada! ditengah-tengah maybank star hill...buat apa aja disana? ntah,tengok orang kuning agaknya. ramai kah disana? ramai..semua dari  bawah baya hingga usia saya. kenapa kau ada disini? aku bukan seperti mereka. kenapa? kerana aku tidak layak bergaul dengan mereka... sebabnya? mereka bukan pemikiran seperti kita... iyakah? iya.. sebab mereka semua golongan yang suka gembira.. jadi engkau sedih orangnya? tidak juga,sebab aku terbeliak mata saja disana?  kenapa? terlalu syurgakah disana? yaa...terbojol,terkangkang,ternganga,tertindik,tertonggek,tertayang ..semua ada disana.. bukankah jiwa engkau disana?  memang jasadku disana,tapi rohku memanggil disini..aku rasa cukup tak selesa disana.sebab batinku memberontak saja,sambil aku naif melihat fesyen mereka...mengapa? mereka memakai leather di tengah panas buta,tidakkah encik pelik juga seperti saya?? hmm,mungkin fesyen mereka,tidak kah begitu? bukan fesyen mereka,tapi hamba trend semua anak-anak muda.engkau tidak begitu? yaa.. aku mengaku dulu seperti itu,tapi ada sebab aku buat begitu.. sebab apa? sebab aku tahu apa yang aku sarung,makna setiap gaya.tidak campur aduk untuk menjengkelkan rasa.. perbualan tamat seketika,aku pulang ikut muara,disepanjang hujung senja,seorang teruna menegur dengan gitarnya,,, mate! lame tak nampak..aku pandang geleng kepala,aku tak pernah berubah apa-apa seperti kau lalang,yang ikut cucuk punggung orang..dia berkata,ini trend anak malaysia la beb.. lu yang kuno.. aku kuno sebab aku seorang yang setia! alaa,orang tak minat dah fesyen ko... aku berpantun balik kepada dia,aku bukan hamba fesyen seperti kau,aku memakai ikut selesa..sarung apa yang ada,dengan duit yang ada sejembut saja! alaa, nanti RNR naik,aku join la balik.. kau lah orang pertama yang kena kaki kalau kau masuk balik... dia berlalu dengan kasut new balancenya....aku memerhati,dengan tawar hati.. kenapa rakanku semua begini,yang mabuk sama ditangga tepi,kini dah heboh menari-menari ballroom ciptaan  yahudi.yang dahulu selekeh seperti diriku ini,kini menjadi urban sejati..dahulu yang berkata bagai nak mati..tiada yang  sehebat muzik kita dengar ini..aku maki dalam hati,,,kaulah yang akan berubah suatu hari nanti...aku kini dah tak peduli,tiada kawan di kiri dan tepi..aku lagi selesa begini,aku tidak peduli kata-kata manusia berubah ikut masa,bagiku perubahan mereka membazir saja.kejap itu kejap begini,bukan berubah bila mati muncul dalam mimpi,malaikat menampar pipi kejutkan diri dari keseronokan duniawi..mereka berubah ikut gaya,menambah selakan untuk menayang lurah dada,bagi dilihat oleh semua buaya.buaya yang berkaki babi yang bershuffle asics di tengah-tengah hari..untuk dilihat oleh pejalan siar kaki,yang dalam hati maki tidak henti-henti,anak siapalah ini...aku berjanji dalam diri,jika aku berubah sesekali,aku berubah kerana cuba mencari kesedaran diri,sampai masa aku angkat kaki,meninggalkan kesan untuk sesiapa yang nak ikuti,biarlah knowledge penuh di hati,baru dress up berani mati..bukan berSahaja untuk memotret diri,dengan pose berahi untuk buat ibumu mati.biar tidak ada rupa..kerana rock n roll tidak pentingkan gaya.cukup beringkas sahaja,kerana rock n roll itu attitude kita,sudah sampai masa aku berhenti mengembara,penat untuk lihat anak muda malaysia.. yang hebat dan cantik-cantik belaka,.. cukup sekadar,aku hanya anak rock n roll sahaja.....

No comments:

Post a Comment