Saturday 8 January 2011

Aku dan Hofner...




aku dan  hofner bukannya jiran,yang duduk memanggil dari tepi ampaian..ajak mengumpat isu-isu yang hangat.tidaklah aku kenal terlalu rapat,sebab aku kurang bermasyarakat.cuma aku kenal dia,,ketika paul mccartney memeluk erat tubuhnya,membelek-belek dengan asyiknya.hingga terkeluar esakan ghairah dari badannya,aku leka memerhatinya.kerana aku sudah mula hilang daya,sambil mata hanya bersaksi dari sebalik kaca audio,memerhati dan terus memerhati.bukan aku tidak mahu mendampinginya,bukan aku tidak mahu memilikinya.tapi aku malu,kerana sukar untuk aku jinakkannya..aku bukan  pemuzik,memetik gitar disetiap hari,mencipta lagu mengikut acuan  sendiri.berdiri megah menjinjing kotak bersegi,mencipta lirik untuk dihayati.agar diri dijulang dan disegani..mengikut peredaran kini,menjadi pemuzik indie...yang berseluar skinny sambil mata dilindungi
kaca mata empat segi setelah diri dipengaruhi LSD...aku hanya mengerti,bahawa jari jemari ini tidak layak memetik tali-tali..mendendangkan syair lincah,membuat diri rasa tidak tentu arah.kerana aku bukan dari warisan seni,yang sejak lahir dibimbing untuk menjadi kegemaran muda-mudi,lalu aku belajar untuk mengerti,aku tidak mahir  maka tidak bermakna akan mati.cukup sekadar jadi pemerhati.melihat kawan berdiri,di sebelah amp yang gagah berdiri..memekikkan bunyi yang kita wajar hayati..sangat-sangat kasihan diriku ini,cuma petah berkata dan mengata..tidak pandai bergaya untuk merangkul hofner yang tersedia,yang berkata dari ilusi..suatu hari nanti,engkau pasti miliki diriku ini,yang akan terus menanti,sehingga kau dan bersedia menyeru namaku lagi,tidak akan ku pergi kemana,kerana kau dan aku akan bekerjasama....aku ketawa lalu berkata,tunggulah sehingga datang serunya...

No comments:

Post a Comment