Saturday 8 January 2011

hadiah terindah dari seorang ayah




tarik nafas,dan mulakan kisahnya.ini cuma cerita tentang kasih seorang ayah kepada anak yang aku sendiri akan cuba terjemahkan dalam serungkai kata.kisah si anak yang hanya bersahabat dengan bapanya selama sebelas tahun sahaja.maka,sisa kasih,sisa rasa dan sisa sedih hanya berlagu dalam lingkungan itu sahaja.si kecil yang berdiri sendiri,mengenal abjad dan rumi dengan cara tersendiri.kisah ini lebih bernada di sekitar si anak di umur derita,sembilan tahun adanya ketika di darjah tiga.bersekolah di tengah kota,yang rakan sebayanya semuanya sejenis dengannya.si anak sejak kecil tidak pernah bertanya walau dalam sekelumit kata,kenapa si anak berada di sekolah itu,lalu dijawab sendiri ayahnya,disitu kau akan belajar dewasa,tanpa rasa ingin bercinta.sebab bila dewasanya kelak.kau akan sopan dan jaga tuturmu didepan sifat berlainan jantinamu.si anak kecil angguk mengerti,dihantar ke sekolah setiap hari.dengan menaiki kapcai yang setia menjadi peneman ayah.ketika keluarganya hanya duduk di perumahan berkotak,sambil diisi penghuni yang setaraf dengan mereka.si ayah bekerja sentiasa,sambil tidak leka menjemput anaknya setiap hari selepas tamat waktu persekolahan.tidak kira embun pagi,tidak kira senja hari,tidak kira ribut untuk diharungi.si ayah tetap menanti di pagar itu.bersedia untuk mendakap si anaknya yang riang bebas dari bebanan pelajaran.pernah si ayahnya tidak hadir di depan pagar,tapi si anak tidak mengerti.tetap setia menunggu dengan harapan ayahnya akan muncul nanti.pernah juga si anak pulang sendiri.meredah jalan sambil menjinjing beg yang mula reput serba serbi,kerana muatan melebihi kekuatan.tapi si anak tidak peduli,yang dia kisahkan,biarlah dia pulang dengan senyuman.untuk mengaburi penglihatan.apabila si ayah pulang,si anak terus berlari,ingin cuba memencil diri.tapi si ayah menarik lalu dakapkan diri.abah lewat sebab nak cari lebih rezeki,buat kau yang derita,untuk aku gantikan beg lama.si anak menjerit,aku tidak perlu beg baru bah,sebab aku hanya mahukan kau menjemputku sahaja.lalu balas ayahnya,itu tanggungjawab abah.kau terima sajalah..si  anak diam tidak berkata,lalu pergi bermain dengan anak-anak jirannya..ayahnya seorang penjaga stor sahaja.yang bernaung di bawah dewan bandaraya.kadang mengutip sampah selepas waktu kerja.untuk menampung isi keluarganya.si anak pula tidak tahu apa,yang dia tahu.bermain dan bebas sahaja.sehingga suatu ketika,ketika berada di rumah jirannya.penuh alat mainan yang dia sendiri tidak menjangka,si anak jadi tidak tentu hala,kerana mainannya ketika itu hanya senapang ceri,polis entry,menyorok-nyorok sambil  mengira dengan jari,guli dan juga gusti.memang si anak tidak pernah menyeberang sebelah hadapan,kerana sudah diberi peringatan.jangan masuk ke kawasan itu,sebab kau akan leka sahaja disitu..tapi sifatnya anak kecil,yang suka meneroka mungkin dari darah ayahnya..yang berhijrah ke kota untuk melepaskan duka.setelah dibuang keluarga.si anak tetap kering,redah dengan hati sekeping.untuk melihat syurga yang lain.apabila diketahui ayahnya.maka tali pinggang menjadi saksi,betapa teruk diuli untuk mengerti,mengapa ayahnya begini.si anak berhenti madrasah dari darjah dua hingga empat,kerana diminta untuk membantu ibu berniaga,setelah ibunya diberhentikan kerja.lalu si anak yang tolol tidak tahu apa,terus ikut katakan ya.si anak hanya bersekolah biasa diwaktu petangnya.pagi menolong ibunya berniaga.angkat meja,sapu sampah.si anak ketika itu memang keding orangnya.kerana baginya,makan apabila ada disedia.bila tiada maka hanya masam muka sahaja.si anak mula teringing,hendak ada robot sendiri.walaupun ketika itu si anak sudah mula ada mainan elektronik sendiri,pemberian saudara dan teman.lalu di suatu hari,si anak berkata dengan ayahnya,,,aku mahu robot sendiri bah.sebab kawan-kawan semua dah ada mainan begitu,mereka semua tidak mahu bermain teng-teng lagi denganku.sebab mereka kata itu kerja orang-orang dulu..anak bandar mesti ada mainan istimewa..si anak terus berkata,aku akan tetap minta bah,tidak kira letih aku tetap jeritkan juga.lalu si ayah berkata,bolehkah kau berjanji sesuatu denganku? si anak berkata apa dia? kau mesti belajar bagus dahulu.biar periksa dapat nombor satu.aku janji aku belikan robot yang kau akan teruja...lalu anaknya membalas pula..aku cuba apa yang aku tahu bah..setelah hati mula gembira,dijanjikan habuan limpahan ayahnya,si anaknya mula belajar,tidak kira masa.tidak kira waktu berniaga.jika tiada pelanggan..si anak akan mentelaah apa yang dia tahu sahaja.demi mengejar sebuah robotnya...setelah tamat periksa,anaknya mula riak bangga..kerana dia tunaikan janji kepada ayahnya.lalu dituntut janji pula kepada ayahnya..abah,aku dah buat kerja yang kau pinta,aku dah selesaikan dengan jayanya..mana robotku bah? aku akan beri esok hari...tidak lena tidur anak,asyik terkenang untuk ditayang kepada teman.tanpa si anak sedar..si ayah tidak seharian pulang..pagi esoknya,si ayah pulang.dengan bercomot wajahnya..anaknya berlari tidak kisah bau busuk  melingkari tubuh ayah.. mana robotku bah? ada.jangan gelojoh,aku dah dapatkannya wahai anakku tercinta..ayahnya mengeluarkan sarung guninya..didalam kotak,impian didepan mata..si anak bertanya,kenapa kotak lain,isinya lain bah? kau tipu aku ya bah? lalu dijawab abahnya.itu khas buatmu nak,tidak ada yang sebegini di dunia.si anak jadi teruja,tinggalkan pergi ayahnya tanpa terima kasih yang jadi amalannya.tidak kira hari,robot itu peneman diri,dimandi dan dibawa ke kanan dan kiri,baginya dia ada robot istimewa,yang tidak mampu juga dimiliki orang kaya..sehingga suatu hari,apabila ayahnya sudah pergi.baru dia mengerti cerita disebalik tirai hati...ibunya memberitahu,robotnya itu dari sisa sampah sahaja..ketika kau meminta hadiah,keluarga kita dalam kesusahan adanya..abahmu tidak mahu mungkiri janji,lalu dipanjat dan menyelongkar sekalian isi..untuk menunaikan hajatmu dihati..si anak menangis tidak henti-henti,kerana dia ditipu sehingga ayahnya tidak kembali.si anak sudah mengerti..bahawa itu hadiah yang tidak akan ditukar ganti.dari seorang ayah yang hadir sekelip disisi..si anak berjanji..abah,aku akan jaga robot ini hingga hari tua...kerana kau berikan aku hadiah terindah yang kau kutip dicelahan sampah......




p/s:jika kita ada bapa,ambik sahaja pemberiannya...abah,kau hero aku sampai aku mati!
      

No comments:

Post a Comment