Saturday 8 January 2011

soljar jalanan (tribute to all my lads wearing their boots and braces)

There was a time when the world when wrong 
There was a time throught that i was strong 
Never really cared for everyone 
Never really cared if sun won't shine 

Coz the wrath of Oi! was far from dead 
And ourselves bled the streets of the city, red! 
But like a warrior i am, I've stread and survived 
The darkest days & times of life 

For all the years of suffering 
And all the years of broken hearts 
We will remember when the revolution starts 
And now like a warrior that I was meant to be 
I will stand in this ground with pride and dignity 

We are the youth 
We are the truth 
We have survived the darkest time of lives 

We are the youth 
We are the truth 
Our turn will come and we will have our day



    mereka disalahertikan,dipandang pakai mata paling tepi,dimomokkan oleh media yang tuduh berbagai-bagai kata-kata paling busuk! hina sangat bagi pandangan orang- orang yang berada dalam golongan rakyat yang angguk-angguk dan patuh kepada pemerintah.aku bukan skinhead,bukan trads,nazi ataupun sharp dan pecahan-pecahan yang lagi kecil...aku juga bukan rudeboy..bukan tru atau followers.tapi aku suka kawan dengan skinhead..memang dari hakiki,kadang-kadang kebenaran itu tidak boleh dinafikan,setelah habis membaca spirit 69:a skinhead bible..yang sesiapa golongan tidak cerdik kata itu bible itu siapa baca boleh fasik,kira kalau begitu..kita tidak boleh baca taurat,zabur dengan injil? ini bukan mengenai agama atau pegangan kita..tapi pembentukan sifat kita,cara mengenal kehidupan dan cara pemakaian kita.. ada sesiapa yang berani? pakai boot tengah-tengah hari buta,jalan pusing-pusing bandar.berlari dari dikejar polis,tidur dengan boot..24 jam dengan boot...tentera ATM pun tidak berani lads macam kawan-kawan aku ni..memang aku akui mabuk,free seks,riot dan segala keganasan yang mereka lakukan itu benar..tapi scene lain itu pun ada juga kan? skinhead itu ideologi,budaya yang dibawa oleh barat mengikut acuan mereka.mereka ada visi dan matlamat apa sebab mereka lakukan demikian,tapi kita orang timur..boleh aplikasikan benda itu kearah lain..banyak lagi spirit yang kita boleh ambil.. tapi kalau dah betul tru itu,memang 100% mereka akan ikut kiblat uk...tatu kat tangan,tidur merata-rata.. melawan mak ayah..itu keobsesan mereka..semua skinhead itu di label jahat ke? dah tertulis kat dahi ahli neraka? syurga dan neraka itu urusan yang atas dan maha esa.. ada skinhead aku kenal jaga 5 waktunya,tolak secawan walau kena perli sebab tidak tru...tak nak main ramai-ramai.walau lubang sedia terhidang.. itu semua aspek pembawaan diri la..skinhead banyak type la.. pilih cabang mana...tapi kalau budak newcomers itu,kadang-kadang baran juga aku tengok, budak-budak kecil ikut orang.. pakai saja apa yang di tahu.kadang-kadang..pernah juga aku lihat..jaket badge sharp,tapi baju terpampang swastika besar-besar..dr.marten tali biru.. tapi diri kipas susah mati liverpool..mereka yang tidak paham maksud inilah kadang-kadang buat scene ni jatuh.. nak ajak dorang,bawak dorang paham maksud sebenar dulu.. jangan terus nak jadi boneheads je... fresh cut dulu bro,,,kalau dalam tahun 90 an,siapa yang tak tahu knowledge.. kena tarik...jadi,nak g bandar pun takut-takut..pakai je sandal dengan baju kiko or swarzenbach.. kalau sekarang ni,kita tanya kanak-kanak itu semua,, last resort apa? A.P.I? american hell angel? gary bushell? story about fighting 84? belum tentu kanak-kanak itu leh jawap...ikut saja telunjuk,kanak-kanak ini lah dengan dr.marten dorang yang crik kt bundle saiz tak ikut kaki,terkedek-kedek jinjing arak beli kat 7e malam new year ataupun gigs.. orang minum,dia minum.. minum tepi-tepi lorong..kalo ikutkan,hang out kat pub ngan snuker..tapi duit pun tiada..mak ayah masih tanggung.. tapi laung-laungkan working class...kira versi di malaysia...tak balik kilang or pejabat bagi mods(pecahan lain plak,tapi tetap brotherhood) balik sekolah...dah takda dh spirit bertukar2 zine,photostat, kongsi kaset(zaman aku dengar guna kaset je).. itu belum disentuh lagi semangat persaudaraan(brotherhood).. kalau zaman sekarang niy..bergaduh belum tentu kalo yg pakai boot berani kedepan,tunggu je semua jerit behaviour..belum lagi yang tikam belakang.tengok saja kawan kena pukul,kalau tidak pun.kena pukul mula la libatkan pertubuhan segala NGO yang ada..abang di Pekida la,bapak dia perkeso la,nenek dia perkasa la... mula la babitkan semua..ini dunia underground,uruskan secara terhormat.. back to 90s.. setitik darah mates keluar kena pukul,cari sampai dapat....ada lagi jb riot? kl troopers? bentong pirates? sunway city skin? orchid city? dah hilang..sebab apa? sebab 1 malaysia.. maka yang neo nazi,berjabat tangan ngan  scene lain dan buat mosh..mula tukar aliran,(mungkin sebab dah bosan,biar dalam hati je attitude skins,muzik biar lain).. tuhan saja yang tahu...persaudaraan juga la yang selalu rasulullah s.a.w tekankan.. maka,benda yang elok.. boleh la kita sebagai hamba biasa ni amik semangatnya..vespa rosak tengah federal..ur lads juga yang akan turun betulkan...skinhead itu juga mengajar kita jadi berdisplin,kemas dan segak! tengok la brand mereka pakai....mawi yang botak rakyat puja..takkan skins yang perjuangkan dasar-dasar mereka dianggap pengkhianat,band-band skinhead semua berhaluan kiri,perjuangkan hak rakyat marhaen..mereka nyanyi sebab mereka tahu keadaan diri mereka..ada orang-orang kaya lalu tepi lorong tengok keadaan penagih? pelacur? anak luar nikah? pernah mereka rasa kesusahan rakyat yang miskin? dari muziklah mereka bersuara,melawan kapitalis..meluahkan segala rasa..kita kan negara demokrasi berpunklimen..kita ada hak untuk suarakan kebebasan...bukan ditangkap sebab bawa pengaruh buruk,pengaruh itu boleh hadir dalam diri sendiri..mahasiswa yang belajar luar negara pun yang bersalam-salam dengan ibu ayah mintak restu semasa dihantar ke lapangan terbang belum tentu balik-balik jadi orang..tahu-tahu sahaja masuk berita tukar kewarganegaraan merangkap tukar jantina sekali.siap dibantu oleh media-media hiburan(yang anti scene underground0)buat ruangan khas untuk luahkan perasaan..majalah durian ke,apam balik ke,untung piang ke. yang eksplotasikan gambar wanita-wanita melayu di kolam-kolam renang untuk dibaca oleh orang muda seperti aku jadikan modal onani....ada semua skinhead golongan bawahan saja ke? tidak...ada juga anak doktor,mamanda-mamanda kerajaan,anak bilal,anak gabenor,anak pengarah ,tok mudim yang sedar bahawa mereka bukan golongan yang buta kesedaran untuk perjuangkan hak dan tuntutan mereka.mereka celik kerana mereka berkawan dengan semua orang.tidak kira darjat atau pangkat..kerana skinhead,yang dilabel sampah lah,, tahu untuk belajar erti kehidupan sebenar..dari bawah dan naik keatas,tidak meninggi diri atau lupa yang dia juga pernah berada di kalangan sampah-sampah..mereka yang berubah kearah peribadi yang lebih baik inilah yang sesuai memimpin negara sebab mereka dulu berada dicelahan longkang,sama-sama hentak kaki sebelum masuk stadium..tahu untuk menghargai golongan bawahan...kerana mereka adalah true street soldier!!! 






p/s=cheers to all my mates,because you are skins.! make a justice with your
      boots and brain....

No comments:

Post a Comment