Monday 7 March 2011

the king dan gua.






                             arwah ayah gua orang melaka,  ibu gua orang perak.ayah dari alor gajah,ibu dari kuala kangsar.perkahwinan mereka menghasilkan gua.dan gua membesar di kuala lumpur.mereka berdua menetap dan bermastautin hampir 30 tahun disini.jadi automatiknya,gua bergelandangan disini.tanpa perlu pulang ke melakau dan perok.faktor itu sedikit sebanyak buatkan gua tidak mahir slang melaka dan perak.tapi yang menyebabkan gua masih ada hubungkait dengan kedua negeri ini ialah..

                         mulut gua memang ikut orang melaka! gua main sembur tanpa membezakan gender.jika gua ingin lepaskan sesuatu,amat berisiko untuk gua tarik balik dengan minda sedar kerana selalunya mereka-mereka dikeliling gua akan tarik muka atau buat muka.dari situ gua dah jangka bahawa gua terkeluar sesuatu perkataan yang amat pedih.faktor lain boleh gua goreng,gua meminati hang jebat keseorangan.(tanpa melibatkan 4 saudara lain).yang diakui oleh ramai pengkaji sejarah dan buta sejarah..sebagai penderhaka.sesuai dengan imej gua yang langgar je perintah.dibelah pihak ibu gua..gua dikhabarkan oleh satu suara ghaib... gua berketurunan bugis perakian..

                        dan,gua juga diberitahu.gua punya susur galur ada kaitan dengan king sikit-sikit.ikut perkiraan zaman nenek moyang gua,gua ini ada bau sikit dengan dato maharaja lela.gua pening..sebab gua rasa macam kena game.jadi gua tak ambil pusing sangat hal dengan dato.melalui hal darah dengan bugis.gua secara jujur sepatah haram tak tau cakap bugis.gua tak tau nak buktikan apa yang mengatakan gua bugis.adakah ujian DNA  boleh dapat detect yang gua ni bugis.masa raya lepas.keluarga kami pulang ke perok.gua tak tau apa misi.tapi gua suspek mesti hal tanah.(dalam kepala gua hanya pikir tanah! tanah! tanah!) ada sedara teman kabo kat teman,`iwan,kome pulang kolumpo nanti.search je tenet.cari web ni(gua tak dapat listkan sebab gua tak ingat).dalam tu ada salasilah keturunan kite.nanti kome letak ler nama-nama adik beradik.campor sekali.bior waris lain kenal...gua masa tu anggukkan je.(sebab malam sebelum uh,gua kena kacau hantu time tido homestay).jadi fikiran gua tak berapa stabil..kalau gua ingat nama web uh.mesti gua dah tau list keturunan gua.. takkan gua nak research kt yob4ever.com pula.ater mana nak dapat jawapanye.

                         hal darah king ni.dekat rumah gua,belambak pinggan antik,alatan nak g meminang.alat mekap zaman dahulu-dahulu,keris dan paling gua dapat buktikan yang gua ada sikit bau bugis.cawat besi! yaa kawan-kawan.dekat rumah gua ada cawat besi yang kuncinya gua tak tahu kat mana.rare benda uh.gua tengok macam tembaga pun ada.berat pun berat.cawat besi sinonim jugak la dengan orang bugis.sebab zaman dahulu kala.jantan-jantan bugis,pergi belayar untuk mencari rezeki atau berperang.menyuruh isteri-isteri mereka mengunakan cawat tu.supaya tiada kes curang apabila sang suami pergi berpurnama-nama meninggalkan isteri.cuma gua agak sikit rasa kesian.bagaimana perasaan si isteri jika ditinggal terlalu lama oleh suami.yang gua terfikir.bagaimana kalau si suami tu,terkorban dilaut dan kunci untuk membuka cawat berada di tangan suami.apakah nasib si isteri? (gua tak yakin masa tu bisnes duplicate kunci or jual kunci dah ada) .benda ni buat terfikir.(gua lagi aneh,memang gua berfikir sampai merepek).macam mana agaknya kalau melecet? dan paling menjentik hati gua.sepanjang pelayaran sang suami.gua yakin si isteri tidak mungkin dapat bercukur mana sepatutnya.barangkali bau hamis atau belacan maha melentung akan terjadi jika cawat itu tidak dibuka untuk tempoh yang lama..datang bulan? gulp.gua geli nak sembang.kalau kencing pun dah seksa.inikan lagi hal-hal sebegitu.patutlah gua macam ada sedikit sifat kejam dan garang..baru gua tau dari mana datangnya sifat itu....



                                                               siapa tak tahu,ini rupa bend alah ni,


                            
                    sambung balik hal barang pelik dalam rumah.ya kawan-kawan.gua memang ada barang begitu.gua pernah bertanya pada ibu.kalau gua nak jual dekat bundle barang-barang antik begitu.adakah ibu gua akan setuju..lalu ibu menjawab,ini peninggalan nenek moyang.warisan,nanti nak pass-pass dekat korang plak.dalam hati gua senyum.. sampai dekat aku,tetap gak macam aku cakap.gua  ni bukanlah pengumpul barang sejati.dan gua tak kisah kalau tak dapat benda-benda gitu.benda tu gua simpan,bukan orang leh caya yang gua keturunan bangsawan..bagi gua,lebih baik gua dapat tanah.gua yakin,dengan kuale kangso uh.mesti ada lagi tanah milik ibu gua.dengan keadaan sekarang.gua rasa sebidang tanah,seluas berekar-ekar lagi penting dari rupa dan darjat.sebab itu semua aset..mana la tau mamak zambry(andai dia kekal mb lagi ler ye) nak beli tanah tu buat jalan ke,futsal ke,balai raya ke.leh tolak harga tinggi.masa gini ler gua dapat permainkan gomen.tanah pusaka beb.gomen takleh amik sesuka hati je.lain ler wakaf.tapi masa pulang sayong tebing hari tu..gua ada perasan.ada sikit selisih paham ibu dengan sedara pasal tanah.kes tikam belakang? gua tak tahu.sebab gua tak membesar disana.gua tak rapat dengan mekome-mekome tu..tapi ikut cerita.ibu memang ada hak untuk tanah.jadi,sebagai anak lelaki.gua akan berdiri belakang ibu sambil laungkan slogan. `lawan tetap lawan'.tapi andai kata itu memang hak kami.takde ler nak naik mahkamah turun naik.pejabat tanah,majlis bandaran pelbagai semua.sebab gua tau.urusan begini memakan masa.jika benar.dapat ler.jika tidak.cam ni je ler..gua nak heran apa sangat..yang gua dah tau.gua ada sikit-sikit darah king.itu lagi best gua rasa..buat masa ni,gua masih lagi mengkaji salasilah keturunan gua secara fakta yang jelas.mana tau,memang gua betul-betul bangsawan kan.kan syok..jika selepas ni research gua dah bukti dan sahih.gua akan try lampirkan segala kenyataan dan hujah buat kawan-kawan gua percaya.itu penting! sebab gua punya cakap,dorang labelkan sama dengan lembu.satu pun tak leh caya.jadi,gua dengan niat murni.akan buktikan gua di pihak benar...amin.

1 comment:

  1. Abes kalau nak berry guane ? Ish ngeri pikio . Haha .

    ReplyDelete