Friday 11 March 2011

ladangku sayang. ep 1.


                  

                 preng preng preng

     bunyi motor hisham godang kedengaran.motokar berjenama honda c70 itu dibeli semasa peristiwa 13 mei.ntah dari mana sumber kewangan pun tidak dapat dipastikan.dari dalam bilik,ali bashah baru terjaga.merungus keras sambil menyelak langsir,memandang ayahnya yang dari tadi dok buat memekak dengan kapcainya.

    ali bashah termenung seketika,biliknya yang hamis dan ibarat studio julian casablancas itu ditatap semahunya.sudut kiri dinding berwarna hijou,sempena simbol pihak yang disokong dalam pilihanraya,penuh dengan gambor,poster dan kata-kata penaik semangat ditampal di dinding kayu biliknya.ada yang mempunyai tandatangan pemimpin idolanya,ada juga yang dicilok semasa ali bashah pergi ke ceramah-ceramah yang dihadiri.sudut kanan,berwarna-warni.penuh dengan risalah muzik,poster pemain bola dan pelbagai lagi memo yang ditampal oleh ali bashah.nota-nota kecil spm yang 5 tahun lepas masih melekat utuh di dinding tersebut.bilik yang menjadi tempat dia melakukan pelbagai aktiviti dari yang baik hingga terbangang pernah dilakukannya..

    sedang dirinya tersengih sendirian sambil memegang bucu bantal busuknya,ali bashah dikejutkan dengan jeritan nyaring ala sound rosnah mat aris dari arah dapur.memang dia kenal suara puaka itu..

  `ali!!! dah pukul brapa ni..ko tak reti nak bangkit g ladang  ke'.. lantang makcik rogayah

    ali bashah memandang jam dinding.dengan waktu gitu,terus dia menyarung uniform hariannya tanpa perlu ke bilik air sepertinya manusia normal lain.dia mencapai apa yang perlu lalu terus bergegas turun ke dapur.
  
   `good morning mother!'.. ucap ali bashah sambil tersengih,dipandangnya nasi goreng sudah terhidang di meja.

    `morning atok kau!.bangun lambat nak english-english dengan aku'...masih lantang nada makcik rogayah dengan volume karaoke paling high.

    ali bashah seperti hari-hari biasa.masuk telinga kiri,keluor telinge kanan.diambilnya utusan hairan yang berada di atas meja makan lalu diselaknya satu persatu.itu adalah perkara wajib bagi ali bashah sebelum check in ke ladang.

    `cisss!! miss 4 nombor la.nyaris nak kena dah ni'...

3 comments:

  1. Lu boleh bikin buku cerita ni :D Menulis lagi dan lagi .

    ReplyDelete
  2. sayang kulu.. <3

    ReplyDelete
  3. wahai anonymous.. tonjolkan diri anda.jika sayang begini.saya akan beranggapan yang lisa surihani yang mengatakan sayang kepada saya.. ;p

    ReplyDelete