Sunday 13 March 2011
ladangku sayang. ep 2.
ali bashah menepuk dahinya.mengeleng-geleng seperti tidak percaya akan tikamannya yang sememangnya tidak pernah terkena sejak dari mula dia menceburi bidang teka dan berharap.
`ni nombor lagi sikit nak kena.kalau aku kerja keras sikit,dah jadi orang kampung pertama yang pergi ladang naik lambo'...ngomel sendirian ali bashah sambil matanya bulat memandang topik bursa saham.
`hari ni kau motong la beberapa baris je.siang nanti ada kenduri dekat rumah orang kaya jalak.anak nombor tiga dia dang mastura yang kahwin.kau tolong la mana patut kat sana.punai dah nak membosar.campur-campur sikit dengan orang kampung....' ujar makcik rogayah yang dari tadi tak sudah-sudah basuh pinggan.
ali bashah hanya membisu,mengangguk tidak,membantah pun tidak.dia menghabiskan nasi goreng yang masih bersisa di pinggan.dengan sekali teguk kopi radik kegemarannya.ali bashah dengan gaya seorang generasi peneroka moden terus ke depan pintu untuk bersiap-siap menyarung kasut kerjanya.
`apa punya suwey la hari ni!! '... ali bashah seakan menjerit dan mula bertaburan pelbagai maki sumpah seranah keluar dari bibirnya.
praaaanng! berderai jatuh satu pinggan dari tangan makcik rogayah
`apo kono kau ni ali? hilang akal ke menjerit pagi-pagi ni. dah rugi aku satu pinggan colgate limited edition ni.tak guna betul la kau ni!'.... marah makcik rogayah akibat tindakan ali bashah yang tidak semena-mena menjerit bagai orang minyak gagal dalam misi mencalit kiwi di peha anak gadis yang ke 40 .
`mana orang tak ngamuk ni mama,cuba tengok dalam kasut ali ni... cannavaro baik punya cirit dalam red wings ali ni.orang dah lambat nak motong ni.bangang bangang bangang! '.... mata ali meliar-liar dengan penuh amarah mencari cannavaro.kucing berwarna putih bertompok-tompok hitam yang merupakan haiwan kesayangan adiknya,fatimah helena.
makcik rogayah senyap.lalu terus berlalu untuk mengambil penyapu untuk dibersihkan serpihan kaca pinggan yang jatuh tadi.
`tengok! mentang-mentang fatty anak manja mama,mama buat donno je.tak adil! tak saksama! argggghhh...' ali bashah mula protes.walaupun dia memang menyedari yang adik bongsunya itu manja dan bijak.baginya,jika penganiayaan sebegini terus berlaku.ini merupakan kes pilih kasih..mulalah ali bashah memikir yang bukan-bukan.ali bashah lantas pergi ke rak kasut untuk memilih kasut yang sesuai digunakan untuk motong getah.dia tiba-tiba tersenyum sendirian.
`along takde,ada chance aku nak bergaya motong pakai aliph dia ni'.....
kehkehkehkehkehkeh..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment