Monday 28 March 2011

maaf terakhir dari adik.




                  bila maut memanggil,rela atau tidak.kita kena lepaskan jua.walau masih banyak belum terlunas,impian bersama kita,cita-cita..kasih sayang yang baru bercambah lagi,ukhwah kita..namun yang kuasa penentu segalanya.sekelip mata tanpa mengira siapa.pergi buat selamanya...

                 aku akui,orang-orang yang tinggalkan aku selamanya.inilah orang yang selalu aku bertengkar,terjerit dan mendengus bila ada selisih faham.merekalah yang rajin untuk berperang dengan aku tidak kira waktu.asal berjumpa..itulah masa bertengkar.namun,tanpa terjangka..mereka sudah pergi selamanya.selepas angah,kau mengikut jejak mereka pula ateh.
  
                aku ingat lagi,masa kecil.arwah abah ada lagi.kita tinggal dekat flat,bulan puasa waktu itu.kita main bunga api ramai-ramai.dengan tak sengaja(walau berkali-kali,sampai sekarang aku rasa benda tu memang sengaja) kau tercucuh bunga api dekat kepala aku.luka  yang teruk,sampai raya balik kampung berkesan luka tu.tu semua memori yang kekal.walau memang kau dan arwah angah selalu bertengkar,marah aku.tapi bila aku tiada duit.dan selalunya korang memang aku takkan mintak duit sebab ego yang tinggi.korang tetap bagi juga walau aku tolak.aku tak mengerti masa tu,setiap kali tanya aku pergi mana,buat apa.mesti dengan suara yang garang.bagi aku,masa tu korang berdua bukan abang dan kakak yang baik.ada saja salah aku depan mata korang.korang tak sama macam along dengan alang.walau alang pun tak amik pusing hal aku.sebab aku rasa alang cool tak marah-marah aku.along memang tempat bergantung aku.sejak arwah abah takde.bagi aku along itu mak juga.dia yang besarkan aku.bagi aku sekolah apa semua.tapi kau ateh dengan angah tetap terbaik.kena belasah,rotan apa semua.itu aku dah tak ambil hati.bila aku sedar dewasa ni.itu tanda kasih korang berdua dekat aku..

                ingat masa kau nak bernikah? aku wali kau.sehari sebelum akad nikah.kau bertengkar dengan aku.aku pernah terlintas taknak balik rumah masa tu,biar kau dengan pae tak kahwin.tapi aku teringat amanah arwah angah.dia pesan dia tak sempat jadi wali untuk kau,lihat atas pelamin.dia suruh aku ambil tanggungjawab tu.sebabkan arwah angah,aku balik dan lupakan hal kecil tu.semua lancar,sampai lahir sarah,anak kau..pasal sarah,aku,along dengan alang dah janji.takde bezakan dengan sesiapa.kitorang akan jaga sampai dia besar.beri yang terbaik untuk dia.walau pae ada lagi,kitorang tetap ambil berat.aku cuma terkilan,sarah dah kehilangan kau masa usia yang cukup muda.tak tahu apa-apa.sejak kau pergi.along dengan alang amik telefon kau,tunjuk kat dia gambar kau dengan dia.buat dia lepas rindu.bila dia menangis.kami tunjukkan gambar kau..sampai aku memang tak tahan airmata ni menitis sekali.telefon tu memang untuk sarah,buat dia lepas rindu tengok wajah kau.

             aku pernah berjanji,aku taknak nangis lagi sebab sedih lepas arwah angah pergi.tapi tak mampu tahan lama,sebab aku betul-betul terkejut dengan pemergian begini.mak,bila macam ni.sampai kena papah,mak cepat tersentuh.bila sorang-sorang.mak akan nangis.mak cium je baju yang kau pakai masa terjatuh tu.kitorang takleh tinggalkan mak sowang-sowang.kalau along atau alang yang tak teman,aku yang teman.meleleh air mata mak.trauma arwah angah pergi pun tak hilang lagi.tapi kau pula yang ikut arwah angah dan abah.keadaan cam ni.buat kita adik beradik rasa tak terpisah.dah tak sanggup nak hilang lagi.

           maafkan aku ya ateh,halalkan makan minum tanggungan apa semua.aku tak pernah terguris lagi atau simpan apa-apa dengan kau.walau kita begini,kau tetap kakak aku yang terbaik pernah hadir dalam hidup aku.walau hubungan kita ni tuhan bagi pinjam sekejap,tapi memori bersama tetap aku ingat sampai aku mati..semua yang indah,yang buruk.kau tetap aku sayang.aku sentias akan ingat dekat kau.walau kita terputus didunia..doa aku takkan putus untuk kesejahteraan kau disana..maafkan aku sekali lagi,aku banyak buat salah dekat kau.terlalu banyak.tinggi suara apa semua.maafkan aku kakak,aku benar-benar terasa kau pergi.aku menulis ni dengan linangan air mata aku.aku tak mampu tahan.macam-macam ujian allah kasi,aku harap aku ada kekuatan yang cukup kuat untuk jadi ketua keluarga.jaga maruah,nama baik mak,along dengan alang.aku janji...

          dulu,sebulan sekali.bila nak pergi kubur.aku sediakan dua jambak bunga.satu untuk arwah abah,satu untuk arwah angah.sekarang,aku akan beli tiga jambak.untuk korang.aku sentiasa akan lawat korang.aku cuba semampu melawat.hanya iringan doa yang mampu aku beri.pengikat kita adik beradik sampai mati.moga kau lena dalam pelukanNya,senyum dan sejahtera menanti kami mengikut kalian.maafkan aku sekali lagi kakak,tak dapat balas jasa dan pengorbanan kau.aku janji,aku balas balik dengan beri yang mampu untuk sarah.maafkan aku sekali lagi.insyaallah,berjumpa kita di syurga tertinggi nanti.amin....



penuh rindu dan cinta paling tinggi dari adikmu.
al-fatihah
zaihizma binti zainudin
14/3.1982  - 26/3/2011

6 comments:

  1. Keluar air mata baca ni . Damn !

    ReplyDelete
  2. i cry badly when i read this. Al-Fatihah

    ReplyDelete
  3. sedihnya... ='( alfatihah tuk arwah~ takziah tuk kamu n family~

    ReplyDelete
  4. sedih..tak tahan aku..sebak.. huuuuuu.. sabar. semuanya ketentuan allah..kuatkan semangat. rakan2 sentiasa dikeliling kau.

    ReplyDelete
  5. takziah sekali lagi ya izwan.

    ReplyDelete