Saturday 19 March 2011

untuk kau yang menyerah pada derita.



And though the world would 
Never understand 
This unlikely union 
And why it still stands 
Someday we will be set free. 
Pray and believe 



          acapkali aku terfikir,mereka yang menyerahkan jiwa dengan tulus.jarang dapat balasan yang setimpal dengan pengorbanan yang telah diberi.memberi dan menerima satu benda yang tak perlu timbal balik...tapi pengakhiran dahsyat,terkena balik!.. aku lelaki yang jarang nak lekapkan telinga,selongkar segala hamis daerah sulit wanita.mengambil sesuatu yang berat dan simpati hal sedih. mendengar tragik malang asmaradana.aku lebih suka ketawa berdekah-dekah.downkan mental gadis dari beri sikit kata mujarab atau bunyi gentleman,lelaki yang sudi bagi bahu ni dipinjam untuk gadis lepaskan lara.benda tu semua shit! tak membina dan boleh angkat aku jadi hero gadis-gadis..kau nak jatuh,kau nak derita,kau nak mampos,kau nak kerat  nadi.itu diri kau.. gadis memang sesuai buat benda-benda bangang dan terus membangangkan diri dengan hal sensitif dan penuh dalih ciptaan lelaki...

From the sheer weight 
Of your doubts and fears 
Weary heart 
You'll be safe here 


              cinta ni,ada banyak part dan melodi.ikut mood dan penuh konspirasi.setiap rhtym yang terhasil...buatkan bait-bait yang indah dan kau rasa itu syurga.tapi hentakan drum buat kau terkesima lantas snare diketuk ikut beberapa step.kau dah mula congak.betul atau tidak nyanyian yang kau lantunkan.kau rasa,bila perlu hasilkan material baru.kena masuk studio untuk recording.ada sound yang baru.tapi kau masih takuk tu high vokal kau.kau tak berani lantunkan lagi tinggi...kau tak yakin akan hasil runut bunyi kau.kau mengalah.. kau mati! kau hanyut..... kau loser!!!!

When the light disappears 
And when this world's insincere 
You'll be safe here 
When nobody hears you scream 
I'll scream with you 
You'll be safe here 
        

         apa fungsi kawan? menyedarkan kau? papah kau.. tampar kau bawak balik ke jalan hakikat..benda klise bila putus cinta,seorang yang dilanda kecewa.pulang ke kandang... kembali cari teman sebulu.. ngadu hal apa terjadi.mintak sedikit tips untuk teruskan kelangsungan hidup.. buat kau senyum.berkobar-kobar dengar syarahan dan ayat pujuk kawan-kawan yang sematanya.. menyedapkan hati..kau gembira seketika.gelak dan senyum.. bila sendirian.termenung.. kau menangis balik.. puiiiiit!!!!! kesian mereka-mereka yang mengorek idea bagi pelbagai penyedap buat kau lupa.. tapi,sebab kau keseorangan.. benda tu terlintas..kau jadi khayal... kau berendam.. meleleh.. jadi loser balik.. sesuatu yang ramai orang rasa..itu semua tak membantu.. merepek.kau jadi lembik,mental tak kukuh..perempuan memang sinonim dengan sifat runtun dan lembut.

When no one understands 
I'll believe 
You'll be safe, 
You'll be safe 
You'll be safe here 
Put your heart in my hands 
You'll be safe here

        
        siapa kau untuk dikelilingi benda-benda indah? yang kau fikir.cinta mengembirakan.. nothing.kau jatuh,kau kena bangun sendiri.kau nangis..tangan kau sendiri lapkan air mata tu.kau derita,kau sendiri kena ubati.takde siapa yang pernah pandang bila kita jatuh.family,kawan..kau anggap kau tunggal! ada masa,ada tika.kau kena rasional.sebab sampai masa,sedikit ujian kau kena handle seorang.sesuatu yang pasti.dan memang akan terjadi..kau perlukan suatu nafas baru.yang buat kau rasa,itu bukan apa yang kau pernah lakukan sebelum ni.kau kena rasa menjadi dan belajar jadi margaret thatcher.walaupun kau ada dua personaliti.yang luaran memang akan ramai lihat dari mata kasar seorang yang dingin.tapi personaliti dalaman,alahai...tak segagah seperti kata-kata yang kau tulis.
       
        kegembiraan buatkan kita rasa kita diatas.kita terlalu selesa...dan sekali datang cabaran,kita tak pernah nak bersedia atau mempunyai akal berfikir bagaimana cara nak atasi.kau mengalah bila kau lihat lawan.kau melihat istana kau mudah diroboh dan dicerobos.. hal yang perlu kau ketahui.lelaki yang mempunyai kekasih.mereka ada attitude nak test market.lelaki bergaul dengan pelbagai lagi wanita dibelakang kekasihnya,atas sebab.adakah dia masih laku dan boleh buat orang cair..kira dari sudut terang.dorang nak ayat-ayat power  mengurat tu maintain.tak berkarat.lelaki ada sikap bersedia dan prepare awal-awal.aku akui.kalau lelaki ada krisis dalam bercinta.mereka tak macam perempuan.yang mana kalau tengah prob,akan bercerita dengan orang dan mintak pendapat.lelaki jenis simpan ketika tengah masalah dengan kekasih.dia akan cari gadis lain.sembang hal yang boleh lupakan masalah dia dengan kekasihnya..yang sampai satu part pulak.perempuan yang belah sana yang berborak dengan lelaki uh mula terpikat.hal ni sebabkan kayu tiga..ada fair n square..satu nafsu lelaki,dalamnya ada banyak pecahan.kena ingat tu...

      bila kau memilih selubung dalam dunia gelap.kau rasa sangat berhati-hati.kau ada rasa untuk menyendiri.ada terfikir untuk malas memikir dah..tapi ada masa tetap memikir.bangun,dan terus bangun.jangan tergolong dalam wanita yang menyerah pada takdir.terima segalanya.. kau cari konklusi apa yang menyebabkan kau rasa kau loser.kau cari resolusi gimana kau nak atasi.semakin dewasa kita,semakin penuh warna warni.jangan sesekali membenci cinta.kau tanamkan diri yang kau adalah golongan melawan arus...bukan berdiam dan mengalah.biar ada dalam list kawan-kawan.kau wanita yang bangun dari kegagalan...

      hidup ni,pentas! ada lakon layar dan penuh sarkastik..kau pilih jalan yang paling art.bertambah rumit tawaran berlakon yang kau terima.bertambah power aspek dan pengalaman kau.kau patut gembira... sebab kau rasa derita.kau pernah rasa diludah.kau pernah rasa dipijak.sebab akhir masa.kau senyum kerna kau boleh atasinya.kau percaya pada diri.sebolehnya kau meminta dan terus meminta..kau minta pelbagai lagi cabaran.biar sakit bertalu-talu.itu baru power! sebab kau manusia yang pernah rasa pelbagai.kau suka gelak 24 jam je? tak pernah rasa jatuh dan hanya menjatuhkan orang.kau jangan mengharapkan kebahagiaan.kau cipta kebahagiaan kau.kau cipta suatu modul yang kau reka,pelbagai fantasi dan erotik.mereka-mereka keliling kau kadang tak ngerti dan ada ketika,cuba tak nak ambil peduli.sebolehnya.seperti aku kata.kau menentang arus..jangan mendoakan kejatuhan orang.membabi dan terus memuki orang lain.dan jangan kau sental diri kau dengan penuh segala hina kau ungkapkan.tak cool...kau perlu sederhana..

    bagi aku,kau tak perlukan nasihat.kata semangat.atau kawan yang memapah kau untuk hidup.kau dan diri kau.kau dan dunia kau.kau merdeka atas kaki kau.senyum.. dan terus senyum.itu keanggunan kau.telan pahit dengan adaanya..kau tadah berbala-bala yang celaka.. kau kutip setiap yang pedih.kau kumpul lalu kau lempar dalam suatu bentuk elemen yang bikin kau puas.kau rasa menulis itu gelanggan kau.itu caranya..kau terus dan terus lakukan dengan penuh sayang.biar mereka yang pernah jatuhkan kau.diam dan terus berlalu.kau depakan tangan di bukit.jerit dan bilang kau perempuan yang tak boleh ditundukkan.aku harap kau berdiri dan  melawan.sebagai seorang wanita yang mengutip segala kekecewaan dengan mencipta satu benda yang orang akan kata wow!.. hidup kau,susah kau,derita kau,nangis kau.anggap itu hadiah.janji dalam diri,yang kau sebolehnya adalah bukan gadis yang lalu.tak perlu berlagak matang.nak tunjukkan dekat orang kau itu wanita yang baru bangkit dari kegagalan.. biar nampak sedikit sentuhan feminin,dan adakala sedikit childish.

     berjanjilah.. bangkit dan bangkit.semalam bukan hari kau,esok belum tentu.lusa belum tahu.redah dan terus redah.kau lawan.. jangan pandang belakang untuk buat kau nangis dan fikirkan lagi.cuma sesekali kau kena toleh kembali agar kau berpada-pada dan tak terlalu selesa.aku bukan lelaki yang pandai memberi kata perangsang.tulisan aku kaku dan baku.boring..anggap aku ni menulis untuk menjatuhkan kau,buat kau rasa loser.sebab aku mencabar kau untuk terus hidup dan berdiri.kau lawan balik dan suatu hari nanti.kau jatuhkan aku balik bila kau dah berjaya kat atas! ingat.. aku mencabar kau.nafikan kata-kata aku.lawan balik dan buktikan kau hebat dan mampu hapuskan sedih dalam diri kau....



p/s :Cinta datang kepada orang yang masih mempunyai harapan, walaupun mereka telah dikecewakan. Kepada mereka yang masih percaya, walaupun mereka telah dikhianati. Kepada mereka yang masih ingin mencintai, walaupun mereka telah disakiti sebelumnya dan Kepada mereka yang mempunyai keberanian dan keyakinan untuk membangunkan kembali kepercayaan.

1 comment:

  1. aku dah tak tahu nak cakap apa.ya betul kau ckp.aku kena bangun.

    ReplyDelete