Wednesday 25 May 2011

50s,60s,70s,80s,90s hingga legasi 2000+,rock n roll tetap dibadan.




It's been a long time since I rock and rolled,
It's been a long time since I did the Stroll.
Ooh, let me get it back, let me get it back,
Let me get it back, baby, where I come from.
It's been a long time, been a long time,
Been a long lonely, lonely, lonely, lonely, lonely time. Yes it has. 


sebelum itu,ucapkan terima kasih kepada dj alan freed.yang memperkenalkan istilah rock and roll.dia ceduk dari patah lirik lagu `my baby rock me with a steady roll'.rock and roll? tak ngam dan cukup padu kalau tidak kaitkan dengan sex,drugs and rock n roll! cuma,di era 50s.hanya skill di ranjang lebih diutamakan dan menjadi trend anak muda di amerika ketika itu.seks bagi mereka adalah aktiviti harian.african menggangap rock n roll adalah seni romen.dan rakyat malaysia lebih komersialkan sebagai adegan asmara.tapi gua bukan nak untold story mengenai kaedah berjimak dan cara penetrasi yang berkesan.gua cuma bercerita mengenai rock n roll...yang budak kini kurang gemar dan semakin tenggelam.try layan rock n roll.. baru tau power ke tak power...

awalan rock n roll,dari pada beberapa sisi.permulaan dari rhythm dan blues.sound yang didatangkan oleh migrasi africa yang berhijrah ke amerika mu meer..fact! suara mamat-mamat bangsa negro adalah paling power dan best! memang tak boleh dinafikan.masa era 50s,gua tahu.kasta dan perbezaan kulit amat sensitif.pecahan kepada bangsa orang putih dan hitam menjadi raw pada waktu itu.tapi,muzik menyatukan segalanaya.adunan rhythm and blues bangsa africa digauli dengan country-and western bangsa putih.maka 50s adalah era belia seluruh amerika menjadikannya sebuah genre yang cukup menggegar.dari situ,makin manusia bijak pandai.makin tiru makin versatil.pecahan rock bercambah dari masa ke semasa.permulaan rock n roll ni juga,sikap rasis yang dahsyat disana menyebabkan rhtyhm dan blues sedikit terhalang dari didengar kelompok mamat mamat berkulit putih.berbanding dengan bangsa kulit hitam,lirik yang berani.tiada tapis dan penuh ikhlas mereka persembahkan pada khalayak.pada waktu itu,sound genre ini dibanned oleh pihak radio akibat lirik yang lucah dan penuh kritikal(gua syak amerika pakai hudud masa tu).namun,dalam semua putih,tak semestinya tiada yang fikiran terbuka.perlahan-perlahan,golongan kulit putih menerima sound rhtyhm and blues.kugiran kulit hitam the chords,berjaya menembusi carta lagu orang putih pada tahun 1954.semua nya juga bermula dari the dominos yang berjaya menjual beratus ribu rekod walaupun tanpa promosi radio.kira macam dunia underground juga laa.1954 di tanah melayu? dasar dan taktik parti komunis malaya mula diperhebat dan menjadi igauan negeri buat kolonial british.so memang rock n roll tak ada lagi dekat tanah melayu.radio pun tak banyak sangat sebab zaman fasis jepun semua dah mereka hancurkan.bukan tak cerdik orang kita ni,tapi itu la..banyak sangat ditindas dan penuh tekanan.itu pasal banyak yang rela mengikut dari menentang.yang dalam buku teks sejarah asyik hero dari umno je.bebudak sekarang sampai tak kenal sangat dah hero-hero lain.


asasnya,orang hanya kenali elvis presley.tanya pada sesiapa pun.dari kecik hingga old timer,tanpa elvis.takkan glamor rock n roll.elvis ikon rock n roll tulen.jadi,mereka lebih tau elvis dan rock n roll begitu saja.macam mana elvis punya style fashion,itulah yang mereka gambarkan tentang rock n roll.gua pun tak mampu nak pakai begitu,lagipun sideburn gua jenis gantung.tak bercantum dengan jambang.hakikatnya,zaman 50s diwarnai dengan ikon-ikon hebat lagi selain elvis.. chuck berry,carl perkins,bill haley,bo diddley,fats domino,jerry lee lewis,little richard,james brown,muddy waters,buddy holly dan ramai lagi.ada yang gua tak habis explore lagi.cuma,chuck berry adalah lelaki yang dalam lingkungan yang ada estetika tersendiri.kalau tidak,masakan john lennon boleh bagi quotes,jika rock n roll ada nama lain.ianya adalah chuck berry .chuck berry bagi gua,boleh disamakan sebagai orang terawal pada genre rock.dia yang gunakan gitar karen sebagai instrumen yang utama.berbanding mereka yang lain pada waktu itu yang banyak mengunakan piano atau saksofon.tengok gentel dan skill chuck berry main gitar.itulah identiti beliau yang gua salute selain cara angus young.hail hail chuck berry!.





 I took my love on over 'cross the tracks,
So she can hear my man awail a sax.
I must admit they have a rockin' band,
Man, they were blowin' like a hurricane


rock and roll makin berkembang ligat.jadi kegilaan yang cukup menarik pada era itu.masa itu,di tanah melayu.orang-orang umno sibuk duk melaung-laung hidup melayu,pastu tukar pula trademarks nak merdeka.jadi.semangat nasionalisme rakyat lebih kepada semangat nak bebas cepat.jadi hiburan ketika itu tak sampai lagi ke tanah melayu.mungkin anak-anak bangsawan yang belajar di overseas sana yang bawak culture itu kembali ke tanah melayu.tapi gua fikir,anak-anak bangsawan banyak yang bangang dalam hal jalanan.jadi agak sukar gua nak jangka siapa pioneer di tanah melayu ni.penghujung 50 an,rock n roll sedikit jatuh di amerika,agak malap macam indie dekat malaysia waktu ini.kira memang tak boleh salahkan rakyat malaysia juga la yang ikut trend.dekat sana pun berpuluh tahun dah orang-orang america duk buat juga.mereka bosan jadi crowd yang hanya layan lagu dan minum-minum.mereka mula merevolusikan sekali lagi rock..ikon bersilih ganti.pat boone,neil sedaka,bobby rydell dan beberapa nama lagi diangkat pula jadi hero muzik.namun still ada lagi kugiran yang tetap main rock n roll macam the drifters dan bill haley pe semua.cuma tak sedansa macam cam yang lain lagi.




di british,awal 60 an baru dikatakan muncul kegemilangan band-band dari sana.the beatles merancakkan kembali nafas rock n roll pada muda mudi disana.the beatles berjaya tembusi pasaran amerika dan nama mereka dilaung cukup hebat.sampai lennon pun mati di amerika gamaknya penangan orang sana bagi.pemuzik rock n roll tak boleh mengharapkan stesen radio memainkan irama mereka,ketika itu.pelbagai perasa dan campuran mula mereka lakukan untuk memastikan rock n roll terus subur.adjust sana,convert sini.tambah sana,buang itu buang ini.sedikit demi sedikit,pecahan genre mula berlaku.namun,waktu itu.banyak penerbit muzik yang buat tak endah mengenai rock n roll.pemuzik perlu cari makan dengan cara yang lain.ketika itulah, fashion dan muzik mula seiring untuk menarik golongan ramai kembali.50s hingga 60s masih kosong lagi dan tidak penuh teliti sound gitar karen.bila masuk 70s,sound yang bingit,penuh garage dicampur teknologi record yang makin bermutu.maaf,gua tak dapat nak detailkan jenis gitar,instrumen,amp,chord dan pelbagai lagi tentang lirik dan penceritaan setiap irama yang dibikin.sebab gua bukan seorang pemuzik,gua cuma seorang pendengar.yang gua tahu lah pasal muziknya ni,ciri khas pada rock n roll adalah ketukan(beat) yang seiring dengan lirik.rock n roll pada dasarnya dari ritma blues yang disebut boogie woogie.basic rock n roll pun terdiri dari dua gitar karen dan satu bass.itu yang paling basic.gitar karen banyak mengantikan peranan saksofon yang pada mulanya merupakan benda yang penting juga memainkan irama blues.rock n roll bukan mengenai muzik saja.. tapi cara pakaian,bergaul dan bahasa juga membuatkan rock n roll menjadi sebuah culture.






Rock n roll hidupku
Tiada resah hinggapi diriku
Rock n roll darahku
Tiada rintang kalahkan semangatku
Tak ada yang lebih pantas untuk kudendangkan
Kecuali nada tentang kedamaian
Yang jadi dambaan bagi setiap insan


di tanah melayu,muzik rock n roll mula sampai sekitar awal 60 an.zaman selepas pasca merdeka,masa itu. pengaruh british masih tebal lagi dekat anak-anak muda yang membesar di kawasan bandar.fashion,gaya rambut semua masa itu awesome.cuma,bila dibawak ke tanah melayu.dan ketika itu,untuk menarik minat anak-anak melayu.mereka gelarkan sebagai pop yeah yeah.yup! pop yeah yeah adalah serpihan dari rock and roll.istilah pop yeah yeah pula diambil dari salah satu nama lagu the beatles.yang ketika itu orang-orang tanah melayu mula mengilai..bagi gua,semasa era pasca merdeka,pop yeah yeah boleh diulas secara nusantara,kerana brunei,singapura dan sebahagian indonesia menggemari irama yang sama.jadi rangkuman sekali adalah lebih mudah. the rhtyhm boys,siglap five,kassim selamat and the swallows,the hook,the vultures,orkes nirwana dan pelbagai lagi artis solo mewarnai dunia muzik tanah air.cuma beza antara rock and roll dan pop yeah yeah,pop yeah yeah mengambil sedikit unsur ketimuran supaya dekat dengan seluruh masyarakat secara amnya.sound yang sedetik mendayu dan lebih melodik,bunyi gitar berulang-ulang,bass yang berbunga-bunga.kalau ikut 100% budaya rock n roll.memang rabak la anak muda ketika itu..namun,masih ramai tak tahu.muzik rock n roll yang rancak dan penuh energetik sebenarnya berasal dari band indo belanda.the tielman brothers,ok la..band ini pun boleh la dilabel one of the piooner rock n roll.mereka dah buat kugiran rancak sebelum the beatles masih lagi merangkak-rangkak main di pub dan tengah mencari keserasian sesama ahli.ringgo starr pun belum join beatles lagi masa tu.mereka juga pelopor kepada skill dan cara bermain muzik yang dikatakan pada masa itu,bolehlah dikira aneh.dan seperti maklum.orang-orang indonesia jika dah mengetahui bahawa datuk nenek mereka pelopor muzik genre begini.mulalah sibuk nak jaja serata dunia dan tunjuk pandai.sejak dari konfrantasi bikinan pak soekarno sampai sekarang,mereka takkan mengalah dengan kita baik dari segi budaya,muzik,claim men claim dan pelbagai lagi.mereka the best,dan kita the loser.





muzik rock makin bercambah,rock n roll melalui pelbagai jatuh dan bangun.perubahan dari imej dan gaya.rock pula dah sampai jadi seperti ranting-ranting yang berselerakan di atas pohon tua.begitu banyak pecahan seperti yang kita lihat masa ini.sayangnye,rock n roll ataupun pop yeah yeah semakin malap dan hilang.dan boleh bilang beberapa saja kugiran yang perjuangkan sound sebegini di tanah air.gua cuma berharap,masih ramai seperti gua yang tetap kental pada jiwa rock n roll..salute you all!






-Rock is so much fun. That's what it's all about - filling up the chest cavities and empty kneecaps and elbows-.

1 comment:

  1. sorry.. gua tak pecahkan lagi banyak bab.sebab ingat dah cukup panjang. lain kali,gua akan ulas tentang blues,gospel,rhtyhm and blues,boogie-woogie,folk,country,jump blues,electric blues,swing,jazz....sebab mereka dalam satu akar lagi..

    ReplyDelete