Monday 16 May 2011

merah kuning lambang kebanggaan.



 there's only one red in malaysia.the red giants!



PIALA KELAB ASIA/ PIALA AFC
Pemenang
-
Naib Juara
1967
PIALA MALAYSIA
Pemenang
1922, 1927, 1928, 1929, 1935, 1936, 1938, 1939, 1956, 1959, 1961, 1962, 1963, 1966, 1968, 1969, 1971, 1972, 1973, 1975, 1976, 1978, 1979, 1981, 1982, 1984, 1986, 1995, 1996, 1997, 2002, 2005
Naib Juara
1921, 1924, 1925, 1930, 1932, 1933, 1937, 1939, 1948, 1957, 1965, 1980, 1983, 1991
DIVISYEN 1/ PREMIER 1/ LIGA SUPER
Juara
1989, 1990, 2000, 2009,2010
Naib Juara
2001
DIVISYEN 2/ PREMIER 2/ LIGA PERDANA
Juara
1993, 2005
Naib Juara
1999
PIALA FA 
Pemenang
1991, 1997, 2001, 2005, 2009
Naib Juara
1990, 2008
PIALA SUMBANGSIH
Pemenang
1985, 1987, 1990, 1996, 1997, 2002, 2009
Naib Juara
1998, 2003, 2006,2011






   jika sejarah ini tidak benar,maka bukan gergasi pada pasukan kebanggaan gua.part sejarah yang ni pula.dicipta dari peluh,darah dan air mata.memang tak mampu di rewind balik.sebab penuh nostalgia dan tradisi.

   jika gua hanya bicara pasal sandarkan pada kenangan? harap jelas.selangor bukan pasukan bolasepak yang sejarah hanya lampau.20 tahun tak pernah menang cup.bolehlah anggap gua hanya pencinta sejarah.sebab gua pernah saksikan beberapa final yang buktinya gua berada disitu dan pasukan gua menang..dan gua bukan lelaki ang mengharap dan cuma minta pasukan lain mengejar rekod kami.kerana kami sentiasa dahagakan kejuaraan.selangor tak akan rasa selesa dan sambil lewa untuk biar 10 20 30 tahun akan datang untuk biar pasukan lain tercungap mengejarnya.bagi gua,sebagai penyokong setia merah kuning.tradisi dan momentum kejayaan harus berterusan dan dipertingkat mengikut peredaran masa.

  apa yang ada pada liga malaysia? generasi muda banyak yang tak peduli.stadium mereka semua dekat mamak.walaupun liga kita tak meriah dan kurang bermutu.tapi ini mengenai proud dan cara sokongan.sebab gua membesar di selangor,sekeliling gua dikelilingi warna merah kuning.kalau gua lahir dekat essex ke,yorkshire ke,southhampton ke.memang gua tak peduli dah pasal selangor ni.sejarahnya...
  
    gua bukan generasi fanatik selangor yang jalan kaki ramai-ramai,turun stadium merdeka,tengok kehebatan arwah supermokh dan kawan yang lain.sebab gua tak lahir lagi masa tu.gua membesar di kala stadium keramat shah alam mula jadi stadium rasmi selangor fa.masa itu,stadium tu la paling besar dekat malaysia.apa-apa big match pun.berlangsung dekat sana.dan pertama kali gua ke stadium tu.seingat gua,dalam tahun 1994 atau 1995.yang gua ingat.selangor lawan pahang.tu lah sejarah pengenalan gua dalam bolasepak.dan jujur,gua kenal selangor lagi awal dari chelsea.awal 90an.selangor memang dicemburui semua lawan.tak pernah game selangor.kurang dari 50k peminat turun.sebab tu ketika tu,dengan kewangan yang kukuh.selangor boleh mampu bayar player yang pernah main liga epl! christopher kiwomya dan tony cottee..kemegahan selangor cukup hebat.selangor bukan manchester united,selangor bukan macam liverpool.kerana sejarah kami tak sama.gua tak kisah orang suka agungkan liga luar dari liga negara sendiri.cuma bagi gua.biar ada fair and square.sekurangnya,ambil la tahu pasukan negeri masing dari ambil segala yang tahu history and success club luar dari era 50 an sampai sekarang.kalau hujung minggu iye mereka terbang ke london sokong kelab kegemaran.itu boleh la gua respek.sebab betul dah jiwa dia sayangkan kelab.ini kalau setakat mamak je stadium dia,tak pernah rasa bersorak dalam stadium sebenar.lepas itu sembang kencang.baik tak payah..true sangat pun tak boleh brader.kiblatkan negara luar sangat pun tak boleh.duduk rumah cari jugak tempoyak,belacan dengan budu.nak tidur pakai juga kain batik atau kain pelikat.ada masa,datang game tengok negeri sendiri main.rasakan feel tu..

   dan,dan dan juga dan.fenomena bolasepak mula jadi macam agama di suatu pihak sana.ok,cukup bagus.pasukan yang tiada apa-apa sejarah dan kenangan.mula mencanak naik dan gugat selangor.jujur,season ni tak berapa bagus untuk selangor.dan pasukan pihak lawan mula cuba mendominasi gergasi merah.gua tak kisah sebab benda tu memang bagus,bertambah kualiti dan boleh lagi jadi banyak saingan.cuma yang gua kisahkan..situasi berlagak dan mula riak mula dipamerkan supporter mereka.ok,tak semua begitu.dan tak perlu melulu gua hentam.bukti pun selalu ada.supporter mana yang suka buat kacau apa semua.orang boleh menilai.gua pun suka riot-riot gini.baru nampak betulkan cinta negeri.tapi jika salah,nak tegakkan betul-betul benang yang basah pun tak boleh gak.gua akui,sana memang true supporter.hari minggu adalah bolasepak bagi mereka.tapi,perlu diperjelaskan.berapa lama mereka terendam dari dasar liga? dan baru berapa lama mereka main division utama? itu dikira faktor juga sebagai tanda balas dendam mereka terhadap liga malaysia.berpuluh tahun mereka tiada apa.dan sekarang hasilnya? setiap kali pasukan mereka bertanding.tak kisah home dan away.pasti ada kelibat supporter mereka.jadi kalau di selangor.boleh dikata tegang juga la keadaan.berapa puluh ribu migrasi mereka bersepah di serata negeri.cuma yang boleh gua tabik.mereka still dalam hati ada panji negeri.itu saja yang gua salute.yang lain? harap jangan dibanggakan sangat.boleh bezakan dari struktur kemajuan dan hiburan antara dua negeri.kalau selangor ni tiada kemajuan,tak ada hiburan dan tak dekat dengan kuala lumpur.memang hari minggu hari bolasepak la buat rakyat selangor.

    bila melihat rekod gemilang selangor,gua akui.sampai bila nak pertahankan nama dan maruah dengan hanya sandarkan pada kenangan.walaupun baru 6 tahun tak menang piala malaysia.tapi bagi kami,tu dah rasa cukup lama.sebab tu bila setiap kali selangor menjulang kejuaraan.memang susah nak nampak perarakan besar-besaran dan open bus.kalau tidak,mesti jenuh jugak la dulu-dulu setiap kali menang.sejarah selangor.boleh dipadam dan disimpan dalam hati.kerana kami akan terus berjuang dan melawan.mencipta rekod baru!

No comments:

Post a Comment