Sunday 15 May 2011

all great artists are communists! part 5.




 sememangnya,apabila bercerita tentang konsep atau disebut suatu ideologi.makcik-makcik,ayah datuk,golongan kelas yang bersandar pada buletin ataupun suratkhabar.golongan yang tahu kebenaran pada sisi situ saja.mudah meletakkan diri mereka di satu tahap dimana `komunis' itu harus dijauhi.dan disini,gua bukan nak bebel bagitau mengenai hal parti komunis malaya.gua tak sembang mengenai chin peng,abdullah c.d,rashid maidin,ibu suriani dan hero lain.cuma bagi gua,buku teks kita tak terangkan secara detail.apa fungsi sebenar ideologi tersebut selain sosialis...

  hal yang paling ditakuti.apabila kita dimomokkan dengan salah satu ayat  dari karl marx. `agama itu adalah candu rakyat'.dari situ,seluruh tanggapan kita akan percaya bulat-bulat.sistem komunis ni tak percayakan agama.benda ni,bagi gua.kadang-kadang boleh tujah juga dekat muka sendiri.kira sama kes black metal dan lain-lain lagi culture la.sebab tu gua jarang blame bebudak cam gitu.sebab bila kita tak cukup ilmu atau tak selam secara dalam.tanggapan kita hanya pada dasar negatif.sesuka hati melabelkan sesuatu hanya dengan melihat secara luaran.ini memang orang kita gemar.cukup pandai menilai orang..

   dari segi maksud,komunis diambil dari kata komuniti.yang semangatnya lebih tearah hidup bersama dan tiada beza antara kita.menentang dasar imperial.mereka yang kurang mengerti.sering menggangap bahawa komunisme dan sosialisme dalam jaringan agama.itu yang gua kata,tak tahu main tabur itu  yang jadi susah.komunisme dan sosialisme bukannya agama atau anutan.ianya adalah bentuk hidup bermasyarakat.sama juga la dengan feudalisme,kapitalisme dan pelbagai lagi  yang ada me semua kat belakang ayat tu.yang buatkan nampak rebel dan rasa jahanam bila ada dua sisi yang memecahkan.pihak di belah kanan dan kiri.sebabkan perjuangan atau dasar komunisme atau sosialisme ni masa sejarah lampau, yang orang kita tahu perjuangan mengangkat senjata berbanding dengan menggunakan akal.terus dilabel sebagai kiri dan penuh kekerasan.sebab itu yang diajar pada kita dan diberitahu.

    dari mana sumber yang gua peroleh? semuanya dari sahabat dan juga kenal di alam maya.gua bukan ejen propaganda yang menegakkan sesuatu ideologi.dan kalau gua terangkan secara detail pun.bukan boleh menarik orang membaca dan mengkaji.jadi lebih baik kita rilek dan steady.sebab gua tau.menulis sesuatu yang lari dari sikit hal agama.pejuang-pejuang fisabilillah ada dimana-mana dan memerhati.termasuk juga puak-puak ultra nasionalis yang kadang gua lihat.kedepan pertahankan bangsa dari agama.jika di malaysia,mungkin islam itu milik penuh melayu.dan kalau berkata lebih pun,mereka akan melabelkan kita sebagai pelacur bangsa! yang lebih cenderung mengagungkan pihak luar.sebab gua pun masih boleh mengerti,dan memikir secara teliti.dengan keadaan yang dicengkam oleh kapitalisme yang boleh kira dekat malaysia ni makin kukuh.untuk laksanakan gagasan karl marx tu amat sukar dengan suasana negara kita.(gua ambil dari sudut ekonomi maksud ayat gua tu).dicampur dengan situasi pecah belah,kurang perpaduan dan pelbagai lagi tafsiran.gagasan 1 malaysia? ok,gua rasa nampak bagus.tapi bila gagasan ni terbit,isu-isu tabu tentang perkauman makin hangat.patutnya dalam gagasan nilah kita akan lihat bangsa malaysia.tapi gua lihat sekarang,macam semakin berkelompok dan mula makin banyak persatuan yang berasaskan majoriti sesuatu kaum saja.bagi gua,kita dah buat kesilapan pada awal kemerdekaan kita.bila kita cuba patah balik,dan cuba bina pasak yang kukuk.belah sana dah makin tinggi dan kuat.kita nak dihormati,hak kita tak diusik.tapi kita tak pelihara secara wajar.kita tak hargai. sebagai seorang dari golongan bangsa itu.tak sah kalau bab fitnah,tikam belakang,kipas mengkipas dan pelbagai lagi.kita yang rosakkan cara pegangan kita.pastu muncullah hero yang datang nak selamatkan.kadang gua jadi pelik.bangsa kita yang bermain api,bangsa kita sendiri yang hangus dijilat api tu balik.gua pun tak paham.gua malas nak menulis lebih lagi dah hal yang berat.gua kena study dulu power-power.cukup masa,sampai seru.baru boleh jadi hero balik.lagipun blog ini dicpta untuk buat gua lepas segalanya.bukan blog yang bagi pelbagai info sejarah atau tip berguna.masa muda kita,bila sampai satu tahap kegembiraan tu kita rasa bosan.kita cari sesuatu benda yang buat kita nampak matang.bella chiao!

No comments:

Post a Comment