Saturday 14 May 2011

all great artists are communists! part 4.


  gua mencari sesuatu formula,atau dalam pucuk pangkalnya.benda yang mampu buat gua rasa.kau,aku dia semua sama.tiada beza.tulisan part ni,harap jangan labelkan gua seorang atheist(sebab gua hanya rungkaikan dalam kehidupan duniawi dulu).gua hanya membebel dan siapa membaca yang terasa benda ni tiada faedah.boleh cari blog yang power-power hasil tulisannya.tiada paksaan.sebab gua tahu,remaja memang tidak suka hal berat.
 
  masa sekolah,kita diajar siapa tokoh kemerdekaan,siapa yang jilat punggung penjajah dan pelbagai lagi tokoh yang dicerita.entry sebelum ni,gua dah bagitau yang gua amat suka membaca dari mengira.jadi masa sekolah.buku-buku teks sejarah gua buat macam baca novel.gua betul-betul suka.gua jenis  kaki berangan.pembacaan gua selalu buatkan gua rasa gua seperti berada dalam alam tu.dan pernah dulu,gua berangan dan cari idea.macam mana kalau sejarah ini peristiwanya terbalik.gua selalu berfikir benda-benda begitu.gua pernah terfikir jika  hang tuah 5 bersaudara semua belot sama sultan melaka, si kitul dan mendeliar bastard tu tak paling padah deal dengan soldadu portugis cara menawan melaka,tun mutahir tak difitnah.apa agaknya dan bagaimana melaka pada masa sekarang.mungkin kesultanan melayu melaka kekal dah sama level dengan keluarga diraja british? bagaimana keadaan jika pakatan axis menang world war 2.dimanakah malaysia dan apa status kita pada masa ni.apa akan terjadi masa kini kalau moghul tak bakar kota ilmu baghdad? mungkin manuskrip-manuskrip power cendiakawan islam merupakan rujukan seluruh dunia pada masa kini? bagaimana agaknya jika kennedy tak mati ditembak dalam konspirasi? john lennon masih hidup hingga kini? christopher columbus tak pernah berjaya jejak tanah amerika dan tak pernah dibiayai oleh ratu isabella? apa yang ada pada amerika masa kini?  bagaimana keadaan jerusalem kalau tidak jatuh ke tangan rejim zionist? dan pada masa tu liga arab bersatu dan berjaya kalahkan negara si kecil tu.apa status palestin masa kini? apa terjadi  pada indonesia kalau soekarno tu sebenarnya bukan presiden negara mereka? apa reaksi dunia jika kuasa bolasepak dulu hingga kini dipegang negara-negara kecil macam nepal,samoa,seychelles,uganda? dan apa terjadi pada kita jika sebenarnya umno tu tak wujud waktu pasca merdeka? ops.....

   dan jujur,gua suka merepek dan memikir ketika membaca bahan-bahan sejarah.gua juga suka aplikasikan kejadian itu terbalik dari hakikat sebenar.itu masa gua alam sekolah,sejarah itu peristiwa terjadi dan penuh huraian berjela apa berlaku pada waktu tu.tapi kini,gua anggap peristiwa sejarah lampau tu adalah satu penceritaan yang asalnya hanya rekod-rekod,bibir ke bibir dan boleh diolah mengikut siapa yang rasa dialah pemenang cerita sejarah tersebut.gua lelaki yang bukan gemarkan memuja atau meminati sesuatu tokoh tu secara semulajadi.bercerita dan mengangkat kisah-kisah tokoh hebat atau terlalu agungkan manusia..hanya beberapa manusia yang boleh kita agungkan dan memang wajib simpan dalam otak.itu patut dipuja...itu hal peribadi,jawapan gua dan anda semua akan sama jika anda betul tahu siapa manusia yang kita agungkan.memuja tokoh atau pertahankan tokoh tertentu adalah perkara yang gua rasa,manusia ni akan ambil berat jika tokoh itu terdiri kalangan orang terdekat dan ada agenda tersendiri.dan benda ni paling ketara dekat politikus.dan ya,politikus adalah golongan yang banyak haluan dan bertukar-tukar watak.tak pernah betul ayat mereka.kalau perhati dalam 20 30 tahun mereka terlibat dalam arena politik.entah mereka ingat tak masa awal karier mereka apa yang mereka cakapkan.banyak sangat belit .mana nak ingat apa yang pernah mereka janjikan.politikus yang mewujudkan manusia menjadi beberapa golongan kelas dan membezakan rakyat mengikut geografi kawasan,tahap sesuatu bangsa dan cara mengawal mereka.

   bila sedar,rujukan sejarah dan fakta tidak terletak pada satu pihak.gua belek,dan cari yang bertentangan arus.sebabkan gua bukan golongan mahasiswa universiti,maka bahan bacaan gua hanya tertumpu pada sumber dari buku-buku tepi jalan,dari laman sesawang dan mulut-mulut orang.gua tak ada tutor,pensyarah ataupun research secara formal.apa yang gua tahu.ilmu yang tak lengkap.sebabkan kekangan begitu,gua selalu berhati-hati bila mengeluarkan sesuatu kata atau bual loser tentang hal berat.andai benda tu gua memang tak tahu.gua senyap.dan hanya memerhati lihat telatah sekeliling.benda macam hal aksesori kereta,fesyen metroseksual,dunia clubbing.gua memang tak akan selit sebab gua bukan golongan tersebut.jadi gua tak mampu nak tunjuk pandai ikut orang sembang power yang gua tahu hal berkaitan tu.gua cuma tahu asas.gua percaya praktikal lagi bagus dari teori.berbanding dari kita yang di malaysia  teori diutamakan pada masa kini.memang di universiti atau mana-mana kolej, beri satu semester untuk kita menjalani latihan praktikal.tapi berapa peratus kita mahir benda tu jika sebelumnya,kita hanya tahu 100% teori.contoh,budak mekanikal yang hanya tahu teori dan lihat pada gambar.pergi jalani latihan praktikal dan tak tahu mengendalikan sesuatu mesin (maksud disini,belajar  cara lain.tapi bila sampai depan mata datang cara lain pula).itu sebab mereka yang pengalaman luas dan lahiriah dari kecil hanya tahu menggunakan kudrat berbanding akal 100%  selalu buli junior yang menjalani praktikal.hehe,gua pernah kena dulu.dan itu sebab gua rasa amat relevan buat dulu dari cakap dulu.begitu juga sejarah.kita pandai buat andaian pelbagai dan macam-macam teori sedangkan kita bukan dari sejarah tersebut.dan gua jujur terus terang,amat kasihan dekat lingkungan baya dan bawah gua.ramai yang memang tak pedulikan hal ini.mungkin kalau tanya pukul berapa detik bendera union jack diturunkan dekat padang kelab selangor pun.ramai nganga tak tahu berbanding kalau ditanya size ukuran payudara pamela anderson.
 
    masa zaman jahil gua,bersidai kaki jalan.pura-pura berada dalam kalangan skinhead dan punk.masa zaman yang orang kata,kena beli buku knowledge baru true.gua hanya tau kapitalis tu ditentang.tapi mendalam.sepatah haram gua tak tahu.apa rasional golongan underground perjuangkan menolak kapitalis.yang gua tahu ketika tu,kapitalis adalah satu sistem mengkayakan sesuatu kroni.cukup sampai situ.(sebab waktu tu banyak knowledge merepek-repek lagi nak kena hafal ;p ) .gua pun tergolong dalam kalangan bangang.ikut sama laung-laung.apa sahaja semua tak kena.gua support betul dunia jalanan.baru rasa macam hero.padahal gua masih bersekolah dan ditanggung oleh family.bodoh kan? jadi bila dah tahu serba sedikit.gua makin mendalam berminat.mengetahui lebih lanjut kapitalis tu adakah membantu dalam proses pembentukan masyarakat.malaysia kini dikelilingi perut-perut besar yang secara sedarnya,rakyat tak pernah perasan benda tu terjadi di negara kita.kalau cakap astro tu kapitalis dekat pemuja akademi fantasia,tegar bolasepak,peminat wayang pe semua.mampus buat kena gelak.tiada yang peduli atau tentang.ada pun segelintir kecil.dan dalam segelintir kecil itu pun.memang diketahui dari golongan kelas bagaimana.belum lagi senarai syarikat gergasi besar lagi.gua tak mahu hurai panjang lebar hal mendedah itu dan ini.siapa kapitalis yang kawal malaysia apa semua.sebab dedah mendedah ni bukan kerja gua.itu kerja blogger yang saling peringat memperingat dan juga kaki tulis surat berantai.mereka suka hal-hal begini.gua tulis pasal diri dan pengamatan gua.apa yang gua faham dan apa sebenarnya all great artist are communist punya entry sampai perlu berbab-bab.

 dan gua tahu,bila sampai satu tahap.bila gua dan menulis pasal benda ini.perspektif liar mula terbit dan mula nak label lagi dan lagi apa yang gua dukung.dan yes! benda `communist' itu gua akan cerita.apa sebab kena ada propaganda letak tukul dan sabit pe bagai semua.apa benda komunis yang gua nak cerita sampai orang kata.gua ni cenderung kearah itu.sebab masyarakat kita.bila sebut komunis.hanya ada beberapa maksud saja yang mereka akan tangkap dan faham mengenai komunis! dan anda yang tiba-tiba membaca entry ni,dan masih setia duk layan baca   je apa yang gua merepek ini sampai ayat yang ini.mesti sudah terbayang atau fikir yang gua seorang yang agungkan komunis dan cuba sebarkan dakyah HARAM pada kisah ini....

 bersambung..

No comments:

Post a Comment