Tuesday 10 May 2011

all great artists are communists! part 3.


   
  lingkungan 6 tahun dunia gua.halal dan haram itu bercampur.tak ada beza mana yang tak boleh sentuh,tak boleh teguk,tak boleh sedut,tak boleh jolok.semua serba serbi jalan.yang penting nikmat babe! nikmat..gua malas fikir hal dewasa ketika gua patutnya memikirkan hal menjadi lelaki dewasa.surat khabar pun tak logik.mana lagi sumber gua nak percaya?

 gua meniti hari remaja dengan bermacam ragam.jujur,memang seronok life gua.cuma beza gua dengan bebudak lain.gua tak seronok bergembira atau buat apa saja perkara nakal.dengan girl(bukan maksud sini gua gayish).gua rasa perempuan amat melewehkan.lembap,dan bikin kantoi.gua jarang bergaul dengan wanita.rimas tengok sekeliling kawan-kawan gua yang indah bersama kekasih.gua pun bercinta dulu.tapi semua salah gua.gua kena tinggal.lelaki tak ada masa depan.siapa yang nak kan? bila minda makin lama makin terbuka.timbul rasa sunyi.yelah,kawan-kawan bila dah ada awek.memang jarang dah nak bergurau sama.ajak lepak macam-macam alasan bagi.last fikir,jadi tawar hati.maknanya life gua,tak ramai mampu follow.gua fikir baik gua cari haluan sendiri.bila kawan-kawan ajak lepak.baru jumpa.kalau senyap je masing-masing.boleh faham sendiri.macam gua kata,sunyi tu timbul.nak buat jahat seorang pun dah tak cool.gua jadi bebal,jadi dari situ.gua ambil balik subjek kegemaran gua.SEJARAH! gua  mula surf internet,cari bahan-bahan.tengok history channel.dan macam lagi fakta.gua teroka dan teroka.kaji dan fikir,benda ni betul atau tidak.

  sampai satu tahap.gua obses! gua jadi macam paranoid,dicampur internet ada dekat rumah dah.kerja gua.tengok blog,baca macam-macam bahan.campur itu campur ni.gua jadi lelaki yang agak kritikal.satu tahap.kawan-kawan tak nak borak dengan gua.sebab sembang gua tak masuk.mereka rasa jelik.kepala gua banyak berserta lontaran fakta yang mereka rasa,makin diajak bual.makin merapu.gua lost sekali lagi.khayal dalam dunia gua.gua bercampur pengetahuan tentang sejarah,politik,artistik,agama,tokoh-tokoh lama dan pelbagai lagi.gua jadi seronok.masa tu fikir,hilang kawan tak apa.jangan hilang ilmu.gua sukakan politik.cuma sayang,gua tiada apa-apa untuk bercerita tentang politik.sebabnya.tulisan gua tak mampu nak sampai tahap pemimpin politik duk perhati.tapi gua tak nak jadi lelaki bodoh yang dicucuk lembu.kalau orang tu salah.mesti hukum dia salah.gua lebih suka cara mendengar 2 versi cerita.dari situ gua boleh fikir mana satu hujah yang betul atau hujah yang melingkup.dan,makin banyak membaca.maka timbul lagi perspektif lain dekat gua.gua seorang leftist dan terlalu lantang hukum gomen.mereka-mereka bilang,gua lelaki hingusan baru mencebur dah nak mendepa seluas langit.kemonn laa.gua tak ada cita-cita nak join benda ni tanpa sebab.gua dah bilang.ayat-ayat gua tak mampu buatkan pemimpin politik nak pandang atau renung.gua akui,gua agak cenderung dipihak menentang.tapi tak semestinya gua tak ada menyokong yang pemerintah laksanakan.cuma kecenderungan gua ramai dah suspek ketara lebih kesana.

  bagi gua,memimpin ke,membangkang ke.dua-dua ada bebal.kancah politik dunia orang kaya.satu kutuk tu,satu kutuk ni.pakat duk kumpul fitnah dan tabur janji manis.dekat tempat gua.pihak pembangkang pegang.tapi duk sibuk nak membangkang je keje.suara penduduk dan fasiliti sini pun kurang dibaiki.mula timbul,patut gua jadi seorang anarchy.tak percaya mana-mana pemerintahan.lagi la ibarat mat jenin.langsung amat sukar nak direalisasikan.bila ada tahap,terfikir balik.patut jadi macam dulu? buat tak peduli....

 bersambung

No comments:

Post a Comment