Monday 9 May 2011

all great artists are communists! part 2.


   life remaja gua,dari angka 15 sampai 21.banyak perkara sia-sia.kalau ikutkan,gua boleh kumpul duit dan sambar sebijik perodua kelisa dah.gua sibuk beli barang tu,barang ni.untuk nampak macam rocker sejagat.orang pakai tu.gua pun teringin.tapi main bundle je la.tak mampu mahal-mahal.gua banyak ben sherman.semua ada corak union jack.apa saja pasal union jack.gua balun.apa saja pasal culture UK,gua sanggup hafal.konon macam ilmu gua penuh dekat dada.tapi hakikat? gua english pun kelaut..

  gua suka membaca,melihat atau memikir.dari mengira atau apa saja berkaitan matematik.kalau anda belit sikit pasal mengira,tak kisah la convert pasal matawang sekali pun.gua boleh lambat pick up dan rasa pening.kelemahan gua kat situ.sebab tu gua gagal masuk universiti terulung.gua amat sukakan sejarah.jujur,(nak riak kejap).mata pelajaran sejarah adalah subjek gua tak pernah tak dapat A! dulu gua selalu percaya.sejarah ditulis untuk buat renungan.gua hafal setiap apa yang tercatit.peristiwa mana yang tinggalkan kesan.sebab apa? sebab buku teks sejarah banyak citer pasal british.gua suka tu..tapi makin besar,makin kaji makin selak.rupanya.buku teks hanya propaganda.tak banyak yang complete.menipu,tertipu dan bangang.buku sejarah yang agungkan satu pihak dan tak ambil cerita sebelah pihak lain..

  masa era sesat gua,gua pernah terfikir dan rasa.gua setuju dengan malayan union.gua dengan tak matang sikit.duduk bawah baginda queen.mesti lebih advance.pengaruh brits yang kukuh dan nampak kita negara asia seperti hong kong.macam-macam kelompok ada,pelbagai bangsa dan pelbagai budaya timbul.tapi,gua dah mula kenal surat khabar.masa tu.gua rasa surat khabar adalah wadah yang penting untuk rakyat  mengetahui hal negara.apa yang tak tahu.gua rujuk surat khabar.gua percaya yang media adalah sumber maklumat.tapi makin gua baca,makin gua lihat.surat khabar ni sama dah macam buku teks,pihak sana saja yang menang.asal buruk je.semua pasal pihak lawan.sampai gua musykil,gua percaya pada satu sumber.dan percaya itu paling betul.

 dalam berlegar waktu tu.gua tetap dengan life gua. sex,drugs and rock n roll.dah macam apa jadah masa tu.muzik,fesyen,knowledge entah apa-apa,semua berkait pasal budaya luar.gua lah bajet hero.menyalak sana,menyalak sini.downkan orang.tu semua gua bangga.kira gua memang pure english tapi tak reti speaking.menjengkelkan! bila gua lihat balik sekarang,gua sama dengan bebudak lain.seorang POSEUR!

  bila gua perasan surat khabar banyak cerita tak betul.lagi ligat gua kemaruk life gua.gua tak ambil pusing dah hal malaysia.lantak kau la nak jadi apa pun.pedulikan...gua remaja yang patut rasa nikmat ni sepuas hati!

bersambung.....

No comments:

Post a Comment