Sunday 22 May 2011

surat kepada gadis berbaju belang.







          23.5.2011



         kehadapan si gadis berbaju belang,yang saya temui pada hari sabtu bersamaan 21.5.2 1 di suatu tempat yang saya rahsiakan.saya harap suatu hari nanti,atau di alam lain.awak akan terbacanya kelak.
       

       si baju belang,bagaimana keadaaan awak disana? dimanakah awak berada kini? moga sihat hendaknya dengan izin tuhan.saya disini kurang sihat sejak akhir-akhir ini.kerana saya ada satu perasaan kemaruk pada awak.wahai si gadis belang.diharap awak atau kekasih awak tidak terbatuk lah gamaknya bila berkali-kali saya menyebut nama awak.


        tujuan saya menulis watikah ini,adalah kerana ingin menghulur salam persahabatan saya pada awak.mungkin agak kedengaran terlalu lapuk dan ketinggalan zaman.tapi saya cuba semaikan momen-momen oldskool dalam cara bersahabat.(maaf,tak dapat nak tabur bedak enchantuer buat wangi surat ini).selain itu,atas sebab musibat saya menulis juga.akibat kehadiran wajah awak didalam mimpi saya sejak kebelakangan ini(ok,saya tipu.last terpandang awak hari sabtu lepas).saya berusaha mengingati kembali wajah awak secara teliti.namun penuh hampa.hanya dari baju belang awaklah clue saya untuk mengingati manisnya.hanya itu tanda saya untuk mengingati awak.yang lain haramjadah saya tak ingat.maafkan saya si baju belang.melayu mudah lupa kata madeyy.diharap awak akan terbatuk dengan lebih kuat bilamana saya mengulang-ngulang seru nama awak.ops lupa,bagaimana saya ingin berkenalan dari awak? ok,sebelum tanya.biar saya jelaskan secara terlebih ringkas.saya terpandang awak pertama kali di suatu temasya yang berlangsung disuatu tempat.keadaan cuaca pada waktu itu baik,dan pada masa itu.awak tengah berjalan-jalan lenggang lenggok penuh feminin bersama teman awak yang lain.dan jujur,pada waktu itu.saya yang sedang merokok tidak buat peduli mulanya kerana beranggapan awak hanya cebisan gadis-gadis biasa yang bersepah di pertama kompleks.namun,tanggapan saya salah bila awak lalu dihadapan saya.ada satu aura magnet yang buat saya tertarik duk perhati awak.selalunya,selalunya la kan.kalau saya pandang perempuan.ada dua benda wajib yang memang saya tengok dulu.punggung dan dada.tu memang saya tengok dulu.tapi saya harap awak berasa lega.sebabnya saya direct shot inside pandangan mata saya dekat awak.ada pesona yang orang lelaki mulut manis kata apa.terlalu cantik dan penuh misteri.saya cuba kejar awak untuk terus bertanya siapa nama awak.namun,kaki melekat disitu dan biarkan awak berlalu pergi.dan rokok menjadi abu dengan ruginya.....

          saya fikir,mungkin saya tidak akan melihat wajah awak lagi wahai si belang.namun,tuhan itu maha berkuasa.dia makbulkan doa saya.yang berharap awak datang kembali.dan iya,seperti dalam skrip.awak kembali datang.awak datang di gerai saya pada waktu itu dalam pukul berapa tak ingat dah.jujur dan penuh ikhlas.saya jadi tidak keruan pada waktu itu.rasa resah dan gugup yang entah mana datang.celaka betul!.saya tak pernah rasa perasaan ini waktu itu.awak hampiri booth kami dan belek satu persatu barang pre-loved.oh tuhan,awak belek-belek baju pun saya dah cakap sweet dalam hati.macam mana begini.akibat kebodohan saya dan kemaluan yang amat tebal.saya menyorok dicelah-celah orang ramai.lalu biarkan awak bertanya harga dengan sahabat saya.saya duk renung je perhati.kot-kot la sahabat saya buat perangai buaya dia adjust awak pula kan.habis punah impian saya gitu.dan tiba-tiba,awak berlalu pergi.damn,tetap anggun saya lihat.saya perhati je awak berlalu jauh.dan biarkan.

          pada mulanya,selepas beberapa detik.saya buat-buat tak layan perasaan saya.poyo-poyo la masa tu duk lipat baju.kemas sikit-sikit,buat-buat baca novel.tapi sebenarnya? awak nak tahu wahai si gadis baju belang? tak apalah.andai kata kita ditakdir bertemu.awak tanyalah sendiri perasaan saya masa itu ya macam mana.baru ada benda kan nak borak? hehehe.biar saya pendam perasaan ini.biar saya seorang diri senyum untuk seberapa yang boleh.maaf awak,saya lelaki yang tak pandai nak borak dengan gadis depan-depan buat pertama kali.saya punya sifat ni tak pernah nak hilang.saya pun tak tahu bagaimana nak atasinya lagi.jadi,dengan berani-berani tanpa fikir risiko.saya kirimkan surat ini.


         akhir kata,saya amat berharap.suatu hari nanti.kita dapat ketemu lagi.mungkin jika tuhan dengar rintihan saya ini.dia makbulkan impian saya sekali lagi untuk berjumpa dengan awak.dan pada masa itu.saya akan pastikan pisang tidak berbuah dua kali.saya cuba sedaya- upaya saya untuk cakap hai atau assalamualaikum pada awak,si gadis baju belang.disini,saya juga ingin meminta maaf pada awak,dan juga kekasih awak jika awak sudah berpunya,atas sebab warkah ini.niat dihati saya cuma nak berkenalan dengan awak.saya betul-betul ikhlas hulurkan salam ini.saya harap,awak sihat disana dan penuh ceria selalu.kalau boleh,kalau bolehlah kan.jika pertemuan kita selepas ini.saya amat berharap agar awak tetap memakai pakaian yang sama.bukan apa...senang saya nak cam.maafkan saya sekali lagi atas sebab teringat dekat awak.memang kita tidak pernah bertegur,tertampar atau apa-apa pun sentuhan atau perbualan.sebab saya tak berani nak tegur.saya tak gentleman.saya lelaki loser.lagi satu,kepada berkenaan.jika awak ni boipren si gadis baju belang.gua minta maaf ok pandang awek lu.gua tak sengaja.diharap warkah yang tidak seberapa ni.pada suatu hari nanti.akan terbaca olehmu wahai si gadis baju belang.saya juga berharap.jika terbaca,janganlah mencerca saya atau apa jua bentuk makian.sebab ni saja cara yang saya tahu.untuk memberitahu isi hati saya kepada awak.salam perkenalan dari saya.moga ketemu kita nanti.insyaallah.amin..



yang ikhlas,

sergio pizzorno.

No comments:

Post a Comment