Monday 27 June 2011

aku meLAYU.




kita tak mampu nak buat orang semua ketawa dengan keletah kita.kita masih belum sempurna untuk buat sekalian yang lain,rasa selesa nak berdamping dengan kita.kita masih kosong dalam mencari apa  fungsi dan tugas kita pada masyarakat.ketika yang lain-lain telah menanam hasrat yang tinggi bila dewasa kelak.padahal kita baligh yang tidak cukup lengkap.masih mengadu pada keluarga,rakan,dan kekasih.kerana kita tidak cukup hebat bila berseorangan.kita tidak berani ke depan.kita akan turut bila ada yang melangkah kedepan.kita bukan dari kalangan golongan yang memulakan.sebab kita dah menanam sikap turutkan itu selama yang boleh.kita tidak cuba memecah dominasi.kerana kita hanya guna pakai dan patuh kepada yang menguasai.kita tunduk dan terlalu hormat pada yang lebih berilmu.sehingga kita tidak menggeleng bantah apa yang ditipu.kita akan lari apabila disuruh,dan makan apabila mula disuap.kerana kita tidak didedahkan dari mana sumber yang mereka peroleh.kita tidak membesar di jalanan.dan kita tidak pernah berlumuran di jalanan.kita mampu gapai mimpi dari setiap rengekan dan pujukan.kita mampu capai impian dari cara akal paling keji.kita boleh jadi mereka.kita boleh tiru cara mereka.kita ikutkan budaya mereka.segalanya kita jadi untuk nampak seperti mereka.kita memang berkiblatkan mereka.dan kita bangga bila nama kita ada slanga bunyi macam mereka apa sahaja mereka gayakan.kita akan cuba jadi mereka.kerana kita terlalu berkehendakkan untuk jadi seperti mereka.dan tanpa mereka,kita bukan siapa-siapa..





p/s:prinsip aku,sesama bangsa dan agama.pertuturan aku dengan dia.adalah bahasa melayu.tidak kira dia anak menteri,raja,datuk peniaga dan kawasan dari lingkungan bangsar,damansara dan elit anak-anak melayu yang kaya.aku tak akan berubah kalau aku masuk tempat dia.semata nak ikut rentak dan kemahuan cara sosial mereka...itu saja cara buktikan aku masih ada darah maharaja lela.

No comments:

Post a Comment