Thursday 16 June 2011

jangan jadi soh chai!




                            sekeliling dan mereka yang pernah melihat aku,amat mudah melabelkan aku dalam kategori yang mana.di mana,mereka akan memandang pada penampilanku,tutur kata dan cara aku berdamping dengan mereka.melihat kepada situasi ni.aku amat sukar berkomunikasi secara berdepan apabila pertama kali bersua.berlainan dengan sikapku di alam maya.sesiapa yang pernah berjumpa aku,melalui ruangan sosial.mereka tahu  aku bagaimana.mungkin ada sedikit berbeza-beza cara aku bersuai kenal.mungkin mereka yang rapat dan selalu bersembang denganku tidak akan merasa apa-apa.kerana apabila aku berada dalam situasi selesa berkawan.diri aku sepenuhnya akan tertonjol sendiri.

                              aku tidak memilih atau membeza-beza dengan sesiapa.cuma aku ada masalah bila aku yang lahiriah memang anak jalanan nak menyesuaikan keadaaan dengan mereka-mereka yang hidup dalam cara formal.okay,cara formal dari segi dan konsep aku,memang betul cara manusia melalui kehidupan.ada rasa malu,behave,gentleman dan sebagainya.aku memang tidak begitu.pergi tanya yang rapat denganku.tidak ada yang tidak jika yang buruk itu tidak ada pada aku.mereka dah kenal aku dari kecil,luaran aku mereka dah khatam banyak kali.cara aku berlawak,b aran,gelak dan pelbagai lagi benda pelik.mereka dah cukup faham.cuma dalaman,aku tak pernah berkongsi pada sesiapa.even aku sendiri tidak selalu berborak atau bercerita masalah dengan family.semua aku buat cara indiependent..sebab itu aku selalu cakap dekat kawan-kawan.aku malas berfikir.aku malas berfikir.aku malas berfikir.. sebab aku nak wujudkan suasana yang rilek dan tidak buatkan aku nampak seorang yang serius.dan pada kawan-kawan,mereka memang dah lali dan anggap aku memang suka ambil ringan dan TERLALU sambil lewa dalam apa-apa benda yang aku lakukan.jadinya,agak sukar untuk mereka atau sesiapa sahaja.akan menilai yang baik padaku.cukup lah aku cakap.hidup aku masa kecil sampai jadi ketua dalam keluarga ni.bertubi-tubi segala macam cabaran dan pahit aku tempuh.

                       aku tak suka melihatkan kematangan aku dalam gaya aku..okay,aku memang tak pernah serius 24 jam walau dalam apa saja benda aku lakukan.paling kuat atau minima.. 2 jam aku mampu serius.yang lain aku suka gelak,bahan-bahan orang dan buli.itu je cara aku meraih maksud kehidupan sebagai lelaki dalam lingkungan 20 an.aku malas nak berbual seperti seorang lelaki dewasa yang sembang hal ternyata kadang-kadang.itu bukan diri aku.mereka  bercita-cita memiliki kereta mewah,rumah besar,isteri yang penuh taat dan pelbagai lagi.yang mereka kehendakkan seperti life film.bagi aku,semua memang berkehendakkan begitu.cuma orang gila saja tak mahu begitu.dan aku tergolong dalam kategori gila.aku memang tak berkehendakkan benda-benda begitu.sebabkan fikiran aku agak sempit dalam menyusun waktu hidup.aku suka laksanakan cara hari ini untuk hari ini.hari esok settle untuk besok.nampak kan? nampak kan yang aku bukan seorang yang berwawasan.

                     oh yeah,mulut aku manis.pandai atur cara nak berbual dalam ruangan sosial.aku susun baik  dan nampak penuh budiman.nampak cantik punya buaya susun gigi dan bersedia melahap mana-mana mangsa.selalu yang terkena mangsa-mangsa sederhana.yang masih lagi memberi ruang pada hati mereka,kata-kata mampu mencairkan dan merubah emosi mereka..amat mudah nak jatuhkan mereka ke riba.dan terlalu mudah aku nak ragut segala apa yang ada.cuma aku masih loser dengan mereka-mereka yang berwatakan bidadari.haaa,yang tu.memang sesekali aku tak mampu nak bagi.aku surrender..aku tak ada fun material atau apa jua bentuk simbolik yang boleh buat mereka datang dekat pada aku.rupa,duit,kenderaan,atau apa saja berkaitan benda tu.aku tak pegang..aku cuma ada motor,yang hari-hari aku tunggang pergi berniaga.tu je simbol kemewahan aku.aku hisap rokok pun rokok seludup.harga 3 ringgit.isi minyak pun kadang terlupa menunda tolak bila kering..aku cuma ada kata-kata buat orang percaya.aku ni agak nice.kira aku pandai la juga berlakon ala-ala serba serbi tahu semua benda.apa susah,teknologi di hujung jari.tekan saja apa benda yang tak tahu.keluarlah segala burit fakta semua lengkap.aku ada satu tips,kalau nak jadi hero gadis-gadis.jangan tunjuk pandai serba serbi nak tahu dengan fakta wikipedia.tu benda orang ubah-ubah.salah step,memang haru kalau kena..ini tips untuk lelaki tak hensem dan bodoh.tapi tetap nak tunjuk dia bijak depan wanita.lelaki ada dua je personaliti kalau nak kenal.kebanyakkan yang hensem(tolak tepi yang bergraduan atau dah ke bulan) ,mereka memang tak peduli sangat hal ehwal duniawi  dari segi sukan,politik,tamadun,hiburan.mereka jenis ambil part yang menampakkan sisi boleh pergi jauh.tahu sikit fesyen,autosport,sikit-sikit pasal bola,dunia modeling.dah cukup...golongan begitu memang tak akan nak mengetahui secara detail dan penuh terperinci tentang benda ni semua..hensem,ada harta,dan personaliti yang menarik.cukup buat mereka merasa dah sempurna..itu hakikat,kalau ada siapa nak bangkang.bangkang dan hentam kat blog korang.sebab aku tulis pakai sebut je! tak guna akal....kebanyakkan yang rupa kurang memuaskan? pun banyak bangang gak.dan terlebih bangang ada kala dalam nak tunjuk jantan.kalau dia tahu benda itu.benda itu je la dia ulang-ulang.sampai orang lain dah bertukar,dia pun ikut sama bertukar.apa trend orang buat.dia pun sibuk ke depan buat.itu klise.. ada dimana-mana negara atau kawasan.itu yang mereka kata.universal.tahu semua! off course,merasa jadi itu,jadi ini.sesuatu yang seronok.bermacam-macam pengalaman dapat.tapi kalau setiap perubahan yang dilakukan,still pada takuk yang sama.apa makna hidup?

           era aku dalam merasa seronok,dah sampai penghujung.dah kurang dah segala macam fiksyen dan keseronokan tahap melampau.aku bercerita kerana realitinya,keseronokan dalam hidup dan keliling aku makin hambar.mereka semua makin membesar. kematangan dah hampir terlihat dari luaran.sedangkan aku? setitik pun mereka tak pernah perasan apa yang berubah pada aku.sebab itu panggilan `soh chai' agak sukar nak dikikis dari lubuk paling dalam mereka.mereka yang rapat dengan aku.tahu tahap bangang dan humor aku macam mana.dan perempuan-perempuan keliling aku dah mual nak rasa jelik dan apa yang orang selalu kata? annoying pada aku.mereka dah tahu nak labelkan aku pada tahap apa.menyebut bodoh pada nama panggilan kita,kalau benda itu sudah sebati dan hampir menginjak ke angka 10 tahun.boleh jadi bodoh tak orang itu? ingat lagi masa kecil-kecil.ibu bapa ajar.kalau cakap sesuatu benda tak elok pada orang tu 44 kali dalam sehari?  benda tu akan terjadi pada diri mereka yang kena.dan anda semua fikirlah sendiri sudah bertahun panggilan tu mereka bagi dekat aku.sampai sebati dan aku pun sudah menerima dengan terbuka.dah kalau dikira,mungkin angka trilion dah cecah bila panggilan bodoh diberi pada aku...nama glamor aku kulu yang ni pun rasa alahai... apo la nasib.semua yang buruk melekat..sampai ada tahap.aku tak larat nak nafikan lagi.dan sekarang,aku anggap ini hanya gurauan rakan-rakan.bagi aku,cukup aku tunjukkan diri aku cam badut pada mereka.buatkan mereka ketawa..dari semua menghilang dan pergi akibat rasa bosan atau segan bila mengetahui aku sebenarnya lelaki yang bagaimana.cukup mereka tahu aku soh chai atau kulu yang mereka lihat hari-hari dari aku menjadi iwan yang hidupnya cukup menyimpan segala tangisan dalam hati sampai aku mati...selagi boleh simpan,kita simpan hina kita ni seketat yang mampu!

1 comment: