Wednesday, 12 October 2011

projek kembara 7 tahun






ok,ni bukan benda main-main.walaupun logikal taktikal dia,babi-babi sentiasa gelakkan gua.babi-babi berhak untuk gelakkan dan jatuhkan moral support dekat aku mengikut kadar kerap mereka mendengar plan projek aku.lu orang yang baca,sila berfikiran nice dan senyum ok.



aku isytiharkan,nama projek mega ini ialah projek kembara 7 tahun! oh yeah,nama tak cukup komersial untuk aku dapat dana dari program realiti sejuta impian.tapi aku tak mohon dana dari siapa-siapa.apatah lagi berurusan dengan pihak NGO,kementerian dan pebagai lagi sumber konglomerat yang ada dekat 1 malaysia ni.aku tahu,untuk melaksanakan apa-apa mission pun.perlukan support dari keliling tak kira dari bentuk kewangan,tempat tinggal atau apa-apa lagi yang berkaitan dengan mission.tapi ada beberapa benda yang aku perlukan bantuan.kejap lagi aku ceritakan.aku harap kalian masih terus membaca tanpa gelak.


apakah projek kembara 7 tahun ni? ok,aku tak ada idea nak bagi nama yang nampak power.aku letak je projek tu nama begitu.orait,projek ni adalah projek dimana aku (mungkin beberapa teman sekepala) akan backpacker di seluruh kota-kota besar dunia termasuk bekas kota besar yang luput dilipatan sejarah.

tujuan? bila orang kata backpacker,orang sudaf mentafsir yang orang macam aku tujuannya backpacker adalah mencari liburan sementara dan menghabiskan masa remaja begitu.sebenarnya,aku ada mission yang lebih utama.lagi satu,aku harap kalian yang membaca faham akan maksud kembara dan apa bezanya dengan melancong.

kenapa 7 tahun,ok.sini aku jelaskan.aku bukan dari golongan anak orang kaya atau golongan seorang yang ada sekeping sijil pendidikan.7 tahun ni bagi aku tempoh yang aku rasa cool untuk aku kumpul duit,habiskan duit,kumpul duit dan habiskan duit.aku berfikir secara logik,tak mungkin aku mampu bertahan di sesebuah negara orang  untuk tempoh yang lama sebelum terus ke negara orang yang lain.aku kena pulang ke tanah air untuk kumpul duit dengan gigih dan terus ke negara yang berikutnya.kenapa aku tak teruskan dengan berpindah randah dari negara ke negara yang lain? prospek untuk mendapatkan wang dengan segera dan beberapa perkara penting menyebabkan aku perlu sentiasa atau bila-bila get ready untuk pulang (salah satunya aku seorang je anak lelaki yang perlu menjaga ibu).bagi aku,tempoh, 7 tahun agak realistik dengan cara dan keadaan aku untuk kembara ke seluruh dunia.dalam 7 tahun bermula tahun depan,sasaran aku ialah menjejak lebih  70 negara yang ada tertera di peta dunia.kalau tuhan beri kekuatan yang lebih dan rezeki yang melimpah,aku mahu jejak 192 negara yang ada di muka bumi! hehehe


70 negara dalam 7 tahun? sasaran yang kalian fikir agak hilang akal.aku pun fikir benda yang sama juga.tapi benda kita tak tahu,kita boleh terus realistik kan? jika ikutkan,70 negara ni amat mudah dan boleh dihabiskan dengan cepat jika duit ada.yes,duit merupakan perkara atau benda utama yang kita perlu ada.sedangkan kencing pun perlu bayar,inikan pulak nak jelajah negara orang.macam aku cakap,aku gunakan kaedah jimat yang paling cekal punya.semua faktor seperti tidur tepi jalan,tak mandi selama beberapa hari dan pelbagai lagi lifestyle nomad memang aku akan praktikkan semasa disana.hehe


apa tujuan aku untuk jelajah semua? membazir tenaga dan wang ringgit.sebenarnya,tujuan utama aku selain minat aku yang mendalam tentang sejarah,peradaban sesebuah tamadun, dan budaya ni.tujuan utama ni adalah aku nak buktikan yang aku anak melayu yang beragama islam mampu untuk hidup dimana-mana bumi tuhan ni.aku nak belajar macam mana umat islam yang lain struggle n survive di bumi yang majoriti penduduknya bukan negara islam.aku nak cuba dan belajar bagaimana rasanya mencari makanan halal,kiblat dan pelbagai lagi.aku nak jumpa dengan pelbagai lagi bangsa yang ada didunia,nak memahami budaya mereka dan belajar dari mereka,macam mana jadi sesebuah bangsa yang agung.aku tak nak jadi anak melayu yang duduk di bumi malaysia,menadah apa yang kerajaan kasi dan ikut protokol sebagai penduduk malaysia.sebenarnya,cita-cita aku ni bermula semasa aku praktikal di panasonic.bekerja,kongsi rokok,gelak-gelak dan berborak dengan sekumpulan bangladesh yang bekerja disitu.aku tanya pada depa semua,macam mana duduk di sini? macam mana survive dekat negara orang? mereka kata,mereka dari negara yang sangat teruk struktur ekonominya,masa dekat negara dorang sendiri.dorang susah nak makan dan sara keluarga.dari situ mereka berhijrah dan cuba cari rezeki dekat negara orang.aku tengok depa semua,depa xde pendidikan,cara berkomunikasi pun teruk.tapi macam mana depa semua boleh berjaya dekat sini dengan hanya ada tulang empat kerat.dari situ,aku berfikir.nasib aku lebih baik dari mereka,aku ada sedikit pelajaran dan ada lah beberapa ketul pengalaman.takkan aku tak mampu jadi sekuat mental mereka? dari segi bahasa.kalau aku terus blame diri aku yang lidahnya ni agak kelu berbahasa inggeris.aku kena lihat myanmar,nepal,vietnam yang ada dekat sini.mereka lagilah,kebanyakkan buta huruf! tapi mereka boleh je hidup.kenapa tidak aku mencuba? masih terngiang lagi pesan seorang mamat bangla yang keje dengan aku.aku lupa nama dia. `kalau kita nak pergi negara orang,kita niat kita nak belajar dan tetapkan iman,percaya Allah ada dimana-mana' (dalam slang bangla dia lah.aku adjust bagi orang paham,haha).dari kata mamat bangla tu lah,aku jadikan inspirasi untuk aku teruskan projek gila ni.


pasal negara mana,langkah pertama aku semua.biarlah jadi rahsia dulu.aku masih tengah rangka strategi  untuk aku realisasikan impian ni.dengan keadaan aku sekarang.aku perlu ada plan a,b,c dan  macam-macam lagi untuk buat aku sentiasa bersedia.kena fikir panjang oh.. mana la tau,masa depan kita tak tahu.aku mati kena bom dekat baghdad,kena rodok dekat pisau rambo ka dekat negara peru.kena tahan polis negara nigeria.tu semua aku tak tahu.tapi aku kena bersedia..


kalau kalian rasa cool,boleh hidup dengan cara tepi jalan.joinlah aku.tak join semua negara tak apa.macam aku kata,ada kala aku terpaksa balik ke malaysia untuk kumpul sen dan mental balik.kita habiskan masa muda dengan cara yang unik dan indah. :)









#doa dari orang ramai permudahkan mission aku ni.amin!

3 comments:

  1. nice 1 bro! biar apa orang kata. janji kita happy :D

    ReplyDelete
  2. amin. semoga impian telaksana. cool gile kot if dpt backpack srata dunia.. :)

    ReplyDelete
  3. baby nak ikoooooooooottttttttt!!!!
    this's soo coooollll!!!

    ReplyDelete