Monday 24 October 2011

rm50 dan semangat bolasepak



gua terketuk hati untuk sembang dick pasal bolasepak,yang sedia maklum.ramai supporters seluruh dunia anggap bolasepak tu religion kedua mereka.tapi dimalaysia,bolasepak masih biasa dan luar biasa bila pasukan kesayangan masing-masing berjaya.tu semua lumrah.bolasepak ada feel dan spirit tersendiri.bolasepak juga adalah sukan yang buatkan para lelaki menangis dengan penuh maskulin.jarang sukan lain boleh buatkan para lelaki gagah menangis.lu orang pernah tengok lelaki menangis sebab golf? tak pernah kan..


cuma di malaysia,bolasepak tak ada la sampai tahap terlalu ekstremis dan buatkan setiap rakyat malaysia menganggap hari sabtu adalah football day.ok,ok. ramai yang still anggap hari minggu adalah hari bolasepak.cuma majoritinya stadium dekat mamak.bersorak di mamak.dengan faktor lambakan siaran liga luar,hebahan besor pasal keunggulan liga luar.sampai ada tahap,bolasepak malaysia dah rupa celaka dekat tanah air sendiri.terkial-kial.

benda yang menjahanamkan bolasepak malaysia ni tentunya semua sedia maklum dari pihak FAM.sekarang semua mood piala malaysia..anak-anak negeri yang setia dengan team negeri masing-masing dah mula lancarkan propaganda dekat mana-mana laman sosial.semua duk bersemangat.alih-alih,FAM naikkan harga tiket tanpa munasabah.kemain lagi dorang cekup duit supporters dua negeri ni.rm50 untuk final piala malaysia.gua tak tahu nak tuduh apa.cuma,gua sebagai supporter selangor turut terasa tempias sebab ramai yang tuding jari dekat team favourite gua.ok,setakat level perli,hina dalam bolasepak adalah perkara biasa.kena steady la.tapi bila melibatkan perkara yang tak masuk akal ni.gua  pun naik angin.kami seluruh fans selangor pun sendiri mengutuk dan rasa tak selesa dengan home ground sendiri.inikan pula peminat-peminat team lain.setiap kali game home,tiket berharga rm15. bayangkan setiap home game.berapa rabak duit gua habiskan untuk team kesayangan,dicampur dengan beberapa awaydays lagi.tol,minyak,makan apa semua.dah berapa banyak duit dikorban semata-mata cintakan bolasepak.gua memang merungut dengan harga tiket,rm15 pun gua dah hangin,inikan pula rm50!

gua masih musykil pada mereka yang bersikap realistik dan back up fam.ada yang cakap rm50 ni masih relevan untuk final di malaysia sedangkan negara asean lain tiket final lagi mahal.dicampur dengan beberapa pengkomen konek senget yang kata,kalau kelab epl boleh sanggup bayo mahal-mahal,tengok motogp sanggup mahal-mahal,redah konsert sanggup mahal-mahal,inikan tengok piala malaysia.gua rasa,orang-orang yang komen ni memang bahlol.tak fikir dari sudut pelbagai.yang pergi tengok game epl julai haritu bebudak yang selalu datang stadium ke setiap kali super league? yang pergi tengok motogp tu bebudak yang pergi awaydays travel negeri orang ke tengok pasukan kesayangan mereka? yang banyak tengok bolasepak malaysia ni.yang setia dengan team negeri masing-masing kebanyakkan nye orang-orang biasa.yang kerjanya petani,nelayan,penjual baju bundle,juruteknik,bawak teksi dan pelbagai lagi kelas kerja yang sewaktu dengannya.tak ramai golongan tinggi or berpendapatan tinggi yang tengok game liga malaysia ni.tak sama taste kata dorang.cuma masih ada segelintir yang okay dan steady duduk pergi stadium gak walaupun kena lempar ayor dari orang atas..bolasepak ni sukan rakyat,tak semua orang mampu nak tengok motogp,f1,golf,polo,equastrian dan apa lancau lagi semua.feel dia tak sama dengan bolasepak.lu orang yang tak minat bola pernah terbayang tak kami yang gila bola ni.boleh berpeluk dengan bangsa lain,menjerit sama-sama,nyanyi dan pelbagai lagi demi pasukan kesayangan.bolasepak adalah salah satu medium yang memupuk semangat tak kira bangsa,agama dan apalagi fahaman politik.tengok kat mamak cukup,semua orang gembira dengan favourite team masing-masing.melayu,cina,india dan semua  bangsa malaysia leh lepak satu table ngeteh.lagi true bila dekat stadium.benda ni tak ada rasa dekat mana-mana.even dekat gig pun tak sepower bolasepak..

gua harap,cadangan boikot piala malaysia adalah cadangan yang diterima pakai oleh semua orang.gua yang tak ada kena mengena dengan dua team ni pun,kadang kesian tengok mereka,lebih-lebih lagi tengok fan terengganu yang datang redah jauh-jauh.memang lah setahun sekali piala malaysia,tapi dengan faktor ekonomi semua orang.FAM kena fikir jugak la.utamakan peminat dulu.tiket rm50 cukup-cukup tak relevan,sejak kebelakangan ni.FAM tak konsisten dalam isu harga tiket.gua tak tahu nak salahkan seratus peratus dekat FAM or tidak.sampai u23 lawan nepal pun dirodok perut kami ni dengan tiket rm20.gila! bukan friendly dapat tingkatkan apa-apa pun.cuma persediaan untuk olimpik dan sukan sea.memang hawau!. gua harap orang-orang FAM dan sewaktu dengannya faham dengan situasi peminat bolasepak tanah air...kesian fan kedua negeri,mereka ada hak untuk bergembira tapi celaka FAM dan sentap semangat kesukanan depa semua.








#gua harap sangat.demostrasi besar-besaran depan wisma FAM terjadi juga tahun ni.dah tak boleh sabar dah!

1 comment:

  1. gua sedih jgk selangor xlps final...tp klu rm50 harga tiket, bek gua dok umah, blnje kwn2 tgk bola kt mamak...dan gu abharap jgk jadi lah demonstrasi yg lu ckp tu,....trasa nk join pun ad...

    ReplyDelete