Saturday 8 January 2011

saya,kutu-kutu dan gua indah...






alam dan mulakan dengan bait-bait tenteram,cerita yang dah lama berlalu..cuma saya kenangkan kembali buat semua teman yang pernah berjuang,bergasak dan apa-apa sahajalah yang berkaitan tentang ilmu yang dituntut..cerita yang lebih tentang perjalanan saya berkenalan dengan segala pelusuk kutu-kutu terdiri dari pelbagai rupa bentuk busut..memang semoleknya jangan dilihat rupa kutu kerana boleh susut pemikiran kita..cerita yang lebih berkisar dan di lumatkan di era perhimpunan segala kutu-kutu yang bersalin kulit berhimpun dan bersalam-salam perpisahan dengan ibu bapa kutu yang lain..masing-masing menanamkan azam dan tekad dalam diri,dan berkata-berkata bila keluar dari pertapaan gua indah ini,mahu berubah menjadi yang berjaya dan berwawasan..sesuai dengan tempat pertapaan yang dibuat untuk menternakkan kutu-kutu berjaya dalam bidang berkemahiran.di malam purnama pertama..semua kutu-kutu muda bertemu dengan kutu-kutu tua yang profesion mereka umpama penasihat kepada yang muda..bagi saya,mereka bukanlah kutu-kutu seperti saya dan kutu-kutu yang lain.. mereka boleh dan amat sesuai dilabelkan sebagai seluang dilautan kerana tahap dan daya kritis mereka amat daif untuk membimbing kami kutu-kutu muda yang naif tentang persekitaran gua yang baru didiami ini.
           bagi sayalah,kutu-kutu muda yang dibuli dan diberi kerahan tenaga seperti pelarian burma tidaklah terlalu diaibkan sangat..dan ianya merupakan pembelajaran berguna untuk kita bawa ke masa kini.kalo setakat dipukul dan dilempang oleh kutu-kutu tua..apalah sangat...saya yang kutu jinak inipun pernah kencing di pakaian mereka jika mereka suruh basuh baju dan kencing di botol air mereka yang mereka campakkan dari tingkat atas untuk di isi dengan air paip..mungkin mereka para senioh menjadi insan yang berguna setelah minum air kencingan saya..jangan ada dendam di antara kita.. berkaitan air paip yang menjadi minuman asasi para kutu-kutu di gua...kita bolehlah labelkan ianya sebagai air jampi atau 100 plus yang amat berkhasiat dan memberangsangkan otak-otak kutuan sekalian semasa menuntut ilmu...bagi kutu-kutu jantan,cara peminuman dengan gaya anak-anak afrika menadah tangan dan beratur bertabur setelah tercekik ikan dinasour yang digoreng oleh mak cik gorila yang sentiasa dua tahun sepanjang gorengan ikan itu terlupa ataupun terlelap buang sisik ikan..salah satu punca ota k-otak yang baru nak menerima ilmu ini sentiasa terlelap semasa pembelajaran baru hendak bersidang..seperti saya? bolehlah dicop kakti tido yang akan tido tidak kira siapa gembala kutu yang mengajar dihadapan....setakat diketuk,dibaling pemadam papan hitam.. dah lali dan menjadi kemestian kepada saya.
               di gua indah ini.. ada terdapat 2 perbezaan kasta yang telah ditetapkan oleh pihak gomen seluruh malaysia..satu golongan yang bila berkembang besar nanti,menjadi juruterang dan satu lagi bila mengembang besar juga menjadi jurutukang.. saya dikategorikan dalam jurutukang dan saya selesa dengan title saya bersama kutu-kutu kelas yang lain..walaupun perbezaan kasta itu tidaklah mendatangkan kesan apa-apa kerana saya lihat setelah dewasa kini,tidaklah terlalu beza akan taraf ni kebodohan antara golongan kami dan golongan tersebut..dan tidaklah berlaku penganiayaan kepada kami oleh golongan mereka kerana mereka yang selalu teraniayai dengan kami...oh yaa.. tentang hikayat didalam gua indah ini.. gua indah terbahagi kepada beberapa stalingat dan statalik yang dipecahkan mengikut had dan mazhab si kutuan...barangkali ketidakstabilan dalam pecahan didalam lubang-lubang..menyebabkan saya dan kawan kutu yang setia berdarah bersama diletakkan dalam tawanan yang 100% kalau seorang itu tak pernah kena borang putih atau kantoi.. memang tidak sah..didepan lubang rumah kecil kami pula diletakkan oleh pihak gembala, kutu-kutu yang perangainya amat sopan sekali....................sopan sekali....yang apabila besar nanti mungkin menjadi broker tanah,pegawai perubatan,ketua FRU dan sebagainya.. perbezaan itu begitulah amat ketara sekali diantara kami dan kutu-kutu yang lain .di tahun pertama saya,rumah saya didiami berbilang budaya dan fizikal dan selesa dengan keadaan begitu.separuh nakal,dan separuh mulia.maka damai itu hanya dapat dirasa selama setahun saja sebelum bernomad naik satu lagi tangga ke kawasan petempatan yang memang tentulah haram dan halal dicampur...
              keindahan yang tidak terperi di alam itu memang sukar digambarkan dengan lidah,kerana lidah manusia sukar menokok tambah cerita agar watak diri menjadi best dan nampak hero itu menonjol untuk diceritakan kepada anak cucu..bagi saya dan kutu karib yang lain..inilah dunia kami,kebinasaan,kerosakan dan segala yang kami lakukan ada nilai sentimental kini...pencerobohan bilik,pencurian alatan,pemukulan tanpa asas..dirotan oleh gembala..dibuang gua,digantung gua.. semua adalah kenangan yang memang ada dalam fikiran..segala hal pelik,aspek kehidupan dan luar lingkungan pernah saya lakukan bersama kutu yang lain..dan bersenggama bersama yang lain didalam bilik sambil lihat keayuan masing-masing pun begitu bodoh sekali jika difikirkan waktu begini..bagaimana laa agaknya rupa bentuk fizikal kejantanan tundun mereka kini ya... hahahaha
               kutu-kutu betina? kurang arif untuk diperhalusi secara mendalam dari segi subjektif dan dendangan yang mendalam.. kerana saya kurang bergaul dengan mereka...mungkin fikiran saya ketika itu tiada istilah mengawan di benak otak...yang saya tahu,bermain,mencuri dan membuli.itu yang saya lakukan bersama kutuan lain sepanjang bertapa  dua tahun disana..cuma yang saya tahu.. kutu-kutu betina yang saya rasa,ada pecahan puak dan parti tersendiri diketuai sesetengah wannabe yang mungkin ideologi lebih kepada christina aguilera,,britney spears dan diva yang lain.. kerana tidaklah popular lagi lady gagak untuk dijadikan idola...ada sesetengah mereka terpegun melihat jika saya berlari anak-anakkan.. adakah buta bahawa saya berlari pun boleh menarik pandangan? banyak permasalahan kutu-kutu betina ini tidaklah saya ambil pusing hatta mahupun saya seperti sesetengah kutu jantan yang lain yang berbekalkan kepak yang tinggi dengan warriors putih berseri cuba untuk menarik perhatian golongan bukan sejenis..kerana di era itu... kutu jantan tersebutlah paling kacak dan bersifat manusia sedikit berbanding kami ini yang teran terangan hanya suka mencopet untuk teruskan keperluan diri..istilah berpasangan amat popular di waktu itu hingga menjadi satu budaya dan penaik semangat untuk menempuh exam bersama..dan saya juga akui,ramai kutu-kutu betina tidak layak dipanggil kutu.. mereka semoleknya dipanggil kupu-kupu pemalu yang nakal dengan kumbangnya sahaja.. ;p
              tidak sah jika dalam semua kutu-kutu di gua indah ini,gembala tidak melantik kutu khas untuk mengawal kami semua.. yaaa.. terdiri dari sahabat kutu sendiri yang dipilih khas melalui tingkah dan teladan yang mereka tonjolkan,,,bagi saya..mereka digambarkan sebagai polis beruniform hijau...dalam unit ini juga terdiri daripada perisik-perisik khas yang dilatih dengan pemikiran dan mata yang tajam untuk mengawasi kelompok seperti kami kutu nakal di gua....jika dikasarkan bahasa saya..saya labelkan talam 3 muka!(xde semua cm 2,ini aku tuju kt peribadi je) sebab apa 3? sebab satu bermuka depan kawan,bermuka depan cikgu dan bermuka depan awek.semua tidak cerita yang sebenar.. tikam dari belakang,,,itu perkara biasa,dan saya rasa.. perkara lama biarkan terkubur abadi....mereka cuma menjalankan tanggungjawab mereka sahaja hatta menjaga seluar dalam rakyat kutu yang lain...menghalalkan segala cara untuk menghapuskan nilai sekawan...
             gembala? seperti biasa... mendidik kami supaya menjadi cerdik... melentur kami menjadi liat dan tegar dalam kehidupan.. setakat orang-orang  seperti kami ini.. rotan dan lempang itu umpama makanan ruji... tiada yang tidak bagi mereka..jika tertangkap atas kesalahan... mengaku saja..buat penat pertahankan hak dan batil,,,,dan gembala semuanya memang tegas... jika tidak tegas,jadilah seperti cikgu sejarah kami yang berbangsa cina yang habuk pun tarak tau maa apa itu histoly...pembelajaran yang saya ambil dari dia... korek hidung ada skill! dan pertama kali sepanjang 2 tahun,gred sejarah saya begitu bongok dan terlalu teruk..jika kutu-kutu kelas saya tiru saya sejarah.,.. maka markah kami sama bongok sahaja.. tidaklah perlu berdendam dengan gembala semua.. kerana  itu tugas mereka...jika tidak menjadi orang,, masakkan saya mampu bercerita tentang mereka kini...terima kasih gembala!
                    junioh? saya tidak ambil peduli.. tidak ada cerita mengenai mereka atau kekutukan yang sesuai buat mereka...saya tidak ada adik angkat,angkat kangkang atau sebagainya...kerana apa? selepas era riot....mereka semua bacul...mengadu dibuli,tak tahan dibelasah...ada harimau yang menjaga mereka...tidak amik kisah saya termasuklah pelawat-pelawat gua atau orang pribumi asal yang belajar di gua tapi tidak menginap di celahan lubang-lubang...mereka itu semua taikong! kerana itu tempat mereka...maka seperti resmi alam,masuk kandang kambing mengembek..masuk kandang lembu membulu jiwa....tapi jika diwaktu ini,mungkin terselisih bahu antara sesama lain di mana-mana kawasan...mungkin saya akan belasah mereka pula...dan ajar macam mana hormati kawasan orang...tetapi sepanjang 4 purnama.. tidaklah saya pernah berjumpa mereka di bandar ini.. mungkin mereka semua sudah besar dan malas nak jadi taikong lagi...banyak lagi kisah saya,kutu-kutu dan gua indah ini.. mungkin selepas permulaan ini,saya akan cungkil sedikit bab-bab istimewa yang lebih terperinci dan lengkap seperti 10 tahun sebelum merdeka..............sekian mukadimah awal kisah lama kita....








*minta maaf kat orang-orang yang pernah saya aniaya dahulu.

No comments:

Post a Comment