Saturday 8 January 2011

sifat mahasiswa.





ini pandangan peribadi saya,maka segala kesalahan saya.harap dapat diperbetulkan atau hentam secara terhormat sebagai seorang idealis yang kritis.ini juga pandangan saya dari sudut yang saya lihat semasa saya menuntut seketika dan cara saya olah secara terbuka mengikut cara saya.jika anda sebagai mahasiswa tidak berpuas hati dengan kenyatan saya.maka itulah suara anda untuk perbetulkan balik keadaan dan hak anda.dari situ anda dapat rasakan bahawa anda adalah mahasiswa yang prihatin dan berani bersuara.umum mengetahui,mahasiswa itu adalah satu nama yang nampak cukup terpelajar dan diasuh dengan segala bentuk ilmu yang dipilih mengikut aliran masing-masing.mahasiswa era moden ini,fokus mereka lebih terarah untuk satu matlamat.keluar sebagai graduan yang berjaya mendapat mata penilaian tertinggi dan menyambar peluang pekerjaan yang terhidang..tapi di era ini,adakah seorang pelajar itu dapat imbangkan pelajaran dengan kehidupan secara stabil? bagi saya(pandangan peribadi)
student yang 24 jam dengan buku,tugasan dan memang agak senyap dan sentiasa markah tertinggi.kurang untuk mengetahui makna kehidupan dan sosial budaya.kebanyakkan golongan mereka ini yang digelar oleh student-student nakal sebagai mat skema kurang aspek kesedaran untuk mengharungi liku-liku kehidupan.dengan terperap dibilik atau dorm membaca saja.mereka seperti terskip satu kehidupan riang mereka.mereka dilahirkan sebagai pelajar untuk mentelaah saja.dan kebanyakkan orang sebegini,yang melanjutkan pelajaran di negara luar mengalami kejutan budaya yang mereka sukar nak terima.dan kebarangkalian itu juga menyebabkan si bijak pandai yang pulang ke tanah air bertukar sedikit transformasi antara menjadi lebih bagus ataupun hanyut.seperti kata-kata saya sebelum ini.tak guna andai pandai dalam pelajaran tetapi bodoh dalam kehidupan! perbezaan cara didik,ajaran sejak kecil dan latar belakang juga memainkan peranan dalam pembentukan sebagai seorang mahasiswa yang berani menjadi idealis.adakah para mahasiswa kini banyak mengenali sejarah orang-orang lama? belum tentu ramai berkata ya mereka kenal.kerana sesetengah mahasiwa kini yang perbezaan ketara dapat dilihat di IPTS yang lebih bebas kepada pelajar untuk menayang segala keperluan yang ada.keadaan ini mungkin tidak berlaku jika mereka faham akan konteks dan tujuan asal mereka sebagai mahasiswa.kebanyakkan yang hadir ke kuliah untuk menyedut ilmu lebih gemar untuk berfesyen dan kadangkala boleh menggangu konsentrasi pelajar yang lain.pakaian yang sepatutnya untuk menghadiri parti liar dipakai ke kuliah,seperti kata sahabat saya..pakaian atau fesyen tidak mencerminkan apa-apa andai mereka tahu tugas mereka.jadi,kebarangkalian itu memang tepat dan sesuai untuk mereka yang pandai dalam uruskan kehidupan.status mahasiswa kini seperti tidak dihormati dan dipandang tidak mulia.kerana tidak ramai mahasiswa yang berani ke depan untuk suarakan tuntutan mereka..mahasiswa moden seperti tidak mengetahui sejarah langsung era 60an di mana zaman kebangkitan mahasiswa.bagi mereka,itu bukan kisahnya,tidak perlu diambil kisah.tetapi bagi saya,apabila saudara Fahmi reza mula bersuara dengan cara penyedaran kebangkitan mahasiswa dengan tagline STUDENT POWER!.. mereka mula rasa berminat untuk mengetahui secara lebih langsung..itu adalah usaha yang bagus dalam menbangkitkan suara mahasiswa agar sentiasa bergema.tapi bagi saya,inisiatif sendiri pun boleh untuk jika kita ada usaha dan mendapat sokongan lain.berani bersuara untuk pertahankan nama mahasiswa,bukan menjual kemaluan dengan gelaran pelacur mahasiswa.bagi menampung kos sara diri dalam dunia universiti.mahasiswa kini banyak tidak menghormati status mereka,terlalu kedepan  dengan gaya yang cukup menebal individualistik.mahasiswa kini lebih menbudayakan peperiksaan dan mengantikan dengan budaya ilmu.seperti kata Prof wan mohd nor wan daun,, - Budaya peperiksaan dalam sistem pendidikan negara telah menggantikan budaya ilmu.Para pelajar memang giat belajar tetapi kebanyakannya bukan untuk memahami dan mencungkil makna daripada apa yang dipelajari tetapi untuk menghafalnya cukup untuk masa dua tiga minggu tempoh peperiksaan .Tidak keterlaluan jika dikatakan bahawa sebilangan terbesar murid-murid tidak ingat lagi perkara-perkara yang gigih dipelajarinya sebaik sahaja peperiksaan tamat.Para guru pula memang giat mengajar tetapi penumpuannya lebih kepada untuk menghabiskan sukatan pelajaran dan mencapai kecemerlangan peperiksaan.ini memang hakikat yang berlaku di negara kita...masuk universiti,untuk mengharumkan nama keluarga dan mendapat keputusan yang baik agar orang-orang melayu tipikal akan bercerita dan riuh sekampung untuk dihebohkan bahawa anaknya berjaya.tapi adakah akan dicerita dan diheboh jika anakya yang masih di universiti bunting? jarang bukan...itulah sebahagian cerita-cerita tipikal yang sering menghantui student2 kini..yang terlebih pula menghargai hiburan dari mengutip ilmu.mungkin juga,mereka dalam pemprosesan mengenal kehidupan dan akan sedar suatu hari nanti..pembelajaran yang terbaik adalah pengalaman.jika anda mahasiswa yang lantang.suarakan gerak hati anda,sahut cabaran mansuhkan akta yang melingkari hak dan kebebasan untk mahasiswa berbicara mengenai apa-apa cara.renungkan seketika perit getir veteran-veteran mahasiwa lama yang menperjuangkan nasib mereka,bertempur dengan minda dan menghapuskan kronisme di pelusuk universiti.itu yang mereka tinggalkan untuk keselesaan kepada kita hari ini..bangkit dan ubah diri anda,jangan fikirkan tugas anda sebagai seorang pelajar saja.bangun dan bersuara untuk generasi seterusnya.jika anda itu hanyut dalam hiburan,tebus salah anda dengan membantu aktivitis mahasiswa lain dengan cara yang termampu.mahasiswa itu simbol untuk mewakili rakyat seperti saya yang tidak berpelajaran bersuara dan menegakkan segala kebenaran.anda yang mengubah cara dan sosio ekonomi kami suatu hari nanti.back to 60s revolution...



There is a time when the operation of the machine becomes so odious, makes you so sick at heart, you can't take part. And you've got to put your body upon the gears and upon the wheels, upon the levers, upon all the apparatus, and you've got to make it stop.

-mario savio-

                   

No comments:

Post a Comment