Sunday 27 February 2011

inspirasi gua..part 2

                    

   kali ni,gua akan talk cock hal mengenai ispirasi gua dalam hal kehidupan(selain family) kehidupan gua macam biasa,normal.lalui setiap peringkat ikut peredaran.tak terlebih kedepan dan tak juga lambat kebelakangan.tetap macam biasa zaman kanaka-kanak gua.g sekolah macam budak lain,bermain segala jenis yang termampu dan terfikir masa zaman kanak-kanak.mungkin zaman kanak-kanak gua sikit bebas,masa tu.. kes culik budak,rogol tanam bunuh tak seteruk skang.gua masih bebas lagi masa  dalam darjah g kemana-mana tanpa pengawasan.main longkang,g tengok lumba kuda,mandi hujan dan macam2 lagi.bila dah semakin remaja,cara gaul pun bertambah berubah.mungkin makin pelik dan tak ikut aturan hukum bumi.apa yang dilarang,tu la yang gua cuba lakukan.tu yang gua nak rasa
  
   bila terpikir balik,benda dulu yang gua buat.macam takde pengisian.hanya hiburan.buat simpan sedikit memori untuk gua gelak dalam hayat gua.mungkin lagi 10 20 tahun,boleh la gelak balik bila berjumpa kawan-kawan lama.gua punya pemikiran,gua akui.sedikit kiri.demonstrasi jalanan,gas pemedih mata.jeritan takbir.gua pernah rasa.gua takkan turun tanpa sebab untuk berpanas atau berhujan semata-mata dijalan.bukan sebab duit jugak.kalau sebab duit.dah lama gua buat bisnes cam di indonesia.siapa yang ada hak atau kepentingan yang tergugat,boleh cari gua.bayar gua untuk beberapa jam suruh gua pegang sepanduk dan berdemo..kena tangkap.ikat jamin.pastu settle.baru lah nama gua cepat top.mungkin nama gua ada dalam list-list paper yang 24 citer benar hal gomen..
  
     gua sukakan sejarah.mata pelajaran yang  gua nak sikit riak masa dulu.boleh gua bangga sebab pernah dapat 100% betul.apa yang berkaitan sejarah.gua  simpan,syukur pada tuhan.ingatan gua bab-bab ni cukup kuat  berbanding mengira atau buat rumus algebra.gua suka membaca.pagi-pagi,bangun tidur.benda pertama gua buat adalah baca paper.walaupun cter or topik banyak tak betul.tapi gua ambil sedikit info yang menarik.yang gua rasa,benda paling jujur yang akhbar selalu cter.hanya senarai nombor ekor yang menang 1st prize je.yang lain hampeh.politik,politik,politik.macam xde kejahatan lain nak dikupas.gua suka mencari sesuatu jawapan yang tak pasti.selongkar selagi tak paham apa yang didedahkan.gua akui,gua baca buku atau sumber dari internet mengenai konsep,pemikiran,cara kepimpinan mengenai semua jenis manusia.dari seorang bangsawan,liberal,militan,anarki,komunis,sosialis dan pelbagai lagi.benda-benda macam ni.buat gua sikit khayal dan tekun nak tahu.apa sebab ideologi dan cara dorang berfikir berbeza.
    
      budak-budak ada yang cop gua pendukung komunis,dan pelbagai lagi gelaran.gua tak kisah.sebab gua tahu apa yang gua buat.gua mencari sesuatu jawapan yang hakikat.bukan hanya sebagai rakyat yang tak ambil pusing hal lampau dan kini.gua bukan taksub nak kaji benda-benda gitu.gua tetap gak suaikan keadaan dengan sekeliling.bercerita hanya bila perlu.banyak gak tokoh-tokoh revolusioner yang gua kenal selain nama artis dan senarai list harga arak yang ada kat pasaran..pernah orang kata,asal gua bodoh.baik dalami agama dengan mendalam.tapi gua tengok balik orang yang sound gua.semua spesisjahanam cam gua jugak.jadi.gua malas nak melantun.gua banyak berdiam diri.dan buat hal gua.gua bukan tak tahu hukum halal haram.gua cuma nak mengetahui setiap perkara lain.dari situ kita dapat kumpul pelbagai maklumat dan pengetahuan dari pelbagai tokoh yang dikenal.gua tak memilih.gua tetap baca tokoh yang fikiran  memang melampaui batas fikiran.sebab gua nak tahu,apa yang buat mereka boleh terfikir gitu.dari tahu hanya sebelah pihak.dan paham cerita yang sebelah pihak.ikut apa yang ditetapkan oleh gomen.itu hak masing-masing.sebab gua sendiri tak sound orang yang buat benda lagi jahil dan memang takde hasil.yang memang gua rasa,dia cuma menghabiskan sisa-sisa hidup dia,buat apa yang orang buat.pakai apa yang orang pakai.nak rasa benda yang fun.nanti dah tua,baru lah boleh teringat.itu tak cool.. buat lain dari lain..betul-betul ikut haluan sendiri.biar mati,tinggalkan satu kesan yang boleh buat orang ingat.

       banyak list or nama tokoh yang gua minat,cuma gua tak terdaya nak listkan nama-nama mereka,apa bidang mereka,sebab apa gua minat mereka.apa yang gua dapat sebab jadikan mereka rujukan.cukup orang luar tahu,gua kurang orang-orang bangsawan ni nak jadikan sebagai contoh.gua jadikan mereka yang berjuang dijalanan sebagai sumber dan kata-kata mereka buatkan gua semangat untuk kedepan.yang berjuang atas nama kesejahteraan dan bukan puak-puak kapitalis yang kaya dan makin kaya.pihak sekular yang menjaga kepentingan tertentu.gua marhaen,asal usul dari bawah.jadi gua seronok.sebab gua bermula dari bawah.berdiri sendiri aturkan jalan..benda tu kadang-kadang boleh buatkan kita sentiasa berpijak dekat bumi yang nyata.walau kadang-kadang kita terpaksa lawan arus.merebut peluang yang kedepan.,dari menunggu benda yang tak pasti atau sudah selesa dengan apa yang ada..sebab itu,siapa yang belajar tinggi-tinggi.yang ada lulusan luar negeri,ijazah penuh atau pelbagai lagi gelaran bijak pandai..boleh uruskan kehidupan dengan baik.pandai dalam pelajaran,tapi bodoh tentang hal kehidupan..tak pernah rasa jadi budak gelandangan.jadi yang bijak pandai,harap jangan la pandang budak-budak yang xde pelajaran tu sebelah mata.kita sama level.tiada yang bezakan kita.semua sama rata.tetap manusia.yang makan,yang berak,yang tidur dan boleh berfikir.

No comments:

Post a Comment