Thursday 3 March 2011

mereka-mereka yang merdeka atas kaki mereka sendiri.





     gua dilahirkan dikalangan rakyat yang secara lahiriahnya,bersetuju untuk patuh dan menerima undang-undang yang dicipta semasa zaman merdeka.hal yang dipersetujui oleh semua pemimpin kaum,golongan bangsawan dan rakyat jelata.bersetuju duduk dibawah satu bendera,satu perlembagaan dan satu tujuan.untuk membentuk masyarakat yang majmuk lagi berkebajikan.hal ini telah dibilang oleh ibu gua semasa gua kecil lagi.jadi,dengan rasa semangatnya.sejak kecil gua pelajari makna merdeka dan sejarah penubuhan negara ini tanpa paksaan dari mana-mana pihak.

     bila makin besar,makin tebal bulu ari-ari ni.gua mampu berfikir sendiri.merdeka ada pelbagai maksud.ikut had dan kadar akal seseorang.apa yang dia paham,itulah yang dia tau..buku teks dah tulis macam-macam.buat apa gua nak dedahkan mana yang patut...kena cari info sendiri la gitu dekat blog-blog yang penulisan lebih kepada nasionalis..situ macam-macam ada.radikal tak perlu ditunjukkan secara terangan,biar nampak smart..
    
      ada orang,dari kecik dikurniakan susur hidup yang cantik.keluarga baik-baik,pelajaran cukup,adik beradik produktif,mampu milik apa yang ada didunia.semua tu rezeki masing-masing.tapi bagi gua,kalau tak bermula dari zero,tak cool rasanya erti hidup..terkadang masa kecil,gua selalu mengeluh.asal gua takde apa yang kawan gua ada.masa gua belum akil baligh lagi.gua pandang langit.gua mengadu,kenapa gua umur macam ni(masa tu gua dalam lingkungan 8 9 tahun) gua kena turun naik tangga flat angkat meja,kerusi,periuk dan benda-benda yang ikut had kondisi badan gua masa tu..kenapa gua kena berhenti sekolah agama? masa kecik kan.. apa la faham sangat maksud susah payah ni.gua ikut je la apa yang orang suruh..mak gua bagi makan,tulah gua makan.tapi kalau lauk ikan,gua sanggup pulak telan roti 50sen (bajet anak lord).gua masa kecil kuat melayan gak,nak itu.nak ini.sekali dass tempeleng hinggap kat pipi.gua senyap... terus chow main guli tengah2 hari buta.gua akui,memang kecik-kecik gua kuat merungut.ada je tak kena..lepas merungut sambil pandang langit uh.dah luah segala,rasa lega la.. esok lusa ulang balik benda sama...

    bila dah remaja,gua dah bertambah ok.gua dah tau sikit-sikit maksud kehidupan..sebab masa kecik,bila gua merengek nakkan sesuatu tu.memang payah bebenor nak dapat.gua pun tak paham,asal kemut sangat famili gua ni..tengok semua gemuk-gemuk.sihat je tubuh badan.gua mintak pro yo ngan digital digimon(masa tu benda uh hot) pun susah.gua betul-betul tak paham.apa laa gua xsama cam budak-budak uh leh dapat apa yang dorang nak.cam biasala.. gua merengek sendu sendan.penampor hinggap.terus senyap..dulu gua ingat,masa kecik gak citer ni.kali ni gua xde cara mintak cam anak-anak orang kaya(sebab kawan suh tukar trick) gua buat muka paling sedih.gua cakap kat abah.gua nak kasut bola.seingat gua,tu tahun world cup france.(masih lagi dalam darjah).abah gua boleh jadi bapa penyayang pulak time tu.dia kata setuju nak belikan.dia bawak la gua g kedai batu(dak desa pandan mesti tau kat mana) belikan gua kasut bola.gua excited beb masa tu..yelah,masa tu bapa gua bilang.boot ni ronaldo brazil guna.leh score banyak.. biasala,gua kanak-kanak lagi.orang cakap sikit percaya je.gua dengan bangga turun pakai.(dari umah gua dah sarung) sampai padang.gua kena gelak,sekor dua xpe la lagi.ni ramai gak.gua heran,gua cakap la lu orang jeles ke tengok boot baru gua? lepas tu lagi kuat dorang gelak.dorang cakap..kitorang pun xpakai boot cam ko ni.(mula rasa nak riak) pastu ada sekor tegur, ni boot bola getah,harga rm9.90 je.ikutkan orang kampung yang guna buat g kebun.tambah stud uh nak bagi cengkam redah belukar..orang semua pakai kulit-kulit.baru azman adnan! gua,tanpa segan silu.buat cool je la.gua pun main je la.. time maghrib,orang beransur blah.gua slow-slow jalan seret tali kasut.meleleh air mata..gua dah kena game.

     dari situ,bila dah menengah.gua dah paham apa yang family gua hadapi.apa yang gua nak,walaupun kadang-kadang mintak sikit jugak kat adik beradik gua.gua cuba sendiri,cari duit,usaha(judi masa gua xtau beza halal&haram) dan macam-macam lagi.selagi gua ada kudrat,gua nak elakkan mintak tolong family.sebab dorang dah bagi gua sekolah,tumpang berteduh.cukuplah.. takkan gua nak mintak macam-macam lagi..gua dah rasa bersyukur..dan sekarang,gua tak mengeluh lagi.mengadu kat langit..sebab gua dah membesar.. ramai lagi spesis cam gua.kalau kutu rayau leh hidup,takkan gua yang cam ni xleh hidup.bagi gua,nak dapatkan sesuatu..biar try dulu cuba dengan apa yang lu orang ada.chill,kena gelak.tu basic.lu orang pakai la apa lu orang punya suka,baru ada attitude sendiri.kalau family mampu,lagi syok.leh mencuba segala..tapi kalau lu orang ada nasib dengan gua.rilek,kita mencuba je dapatkan apa yang nak.. itu namanya kepuasan,dengan usaha kita sendiri.biar xde sedara mara yang bantu,mohon nak jadi gomen ke,pegawai ke,biar xde cable ABANG-ABANG,biar xde rupa,dan biarkan xde harta.yang penting lu orang dan gua jangan mengeluh.kita cuba sehabis baik.sebab bila kita dapat benda uh,dengan titik peluh sendiri.kita akan hargai benda uh seadanya..chill,apa orang nak kata.lu orang senyum.macam gua..anak-anak yang lahir dari family yang mampu.tu semua rezeki dorang.kita xyah jeles...buat life kita je..ada usaha,ada la rezeki kat mana-mana..miskin tak beerti tak leh bergaya.yang penting tau cara dan jangan lu orang dan gua gadai maruah.gua respek budak-budak yang merdeka atas kaki mereka sendiri!

No comments:

Post a Comment