Friday 28 October 2011

tulisan ni,memang aku harapkan kau baca.



kepada yang sedang baca tulisan ini.aku harap kau terasa yang surat ini untuk kau dan sememangnya ikhlas untuk kau yang sedang baca.aku tulis dengan penuh pening dan panjang.aku harap kau baca bila betul-betul dah bersedia.

bila kau dah baca,kau nak rasa apa,rasalah buat masa ni.aku tak kisah.dah bersedia?mari aku mulakan buat kau pening!


aku tak pernah percaya,dan sampai hari ini masih tetap tak percaya.yang kita boleh berkawan.aku musykil dan masih tertanya dalam hati,bagaimana kita boleh berkawan sehingga  hari ni? dan bagaimana kau tetap ok dengan aku hingga hari ni? atau memang aku perasan dan bajet kau tetap kawan aku hingga hari ni.dan aku hairan kenapa kau tak pernah terfikir hal ini.


kita,memang berbeza.semua aspek berbeza.sangat-sangat berbeza.jujur,aku malu dengan kau.kemaluan aku tak cukup besar untuk menampung malu ni.aku malu sebab sedaya upaya aku nak berkawan dengan kau,sampai satu tahap.aku rasa aku buat kau rimas dan jelik dengan perkhabaran dan caring bodoh aku hari-hari dekat kau.aku terlalu ambil berat dekat kau,aku terlalu cuba nak dengar masalah kau,aku terlalu sibuk nak tau keadaan kau.sampai ada tahap.aku lupa masalah aku lagi bertimpa-timpa yang tak pernah selesai..

aku lupa yang aku patut senyap dari kau untuk beberapa ketika.aku lupa aku tak patut lebihkan kau untuk segalanya.aku lupa yang bila kau bercerita pasal sakit,sedih dan masalah segala bagai,aku patut tahan dari ambil tahu.aku lupa yang aku cuma budak lelaki yang masih terkejar impian aku tapi masih nak peduli tentang kau.aku tak tahu kenapa semua ni aku buat demi kau.aku pelik kenapa aku terhegeh untuk kau.ops,kau faham tak maksud terhegeh? terhegeh ni macam nak sangat dekat dengan kau lah kiranya.wei,sepanjang aku dah tulis ni.kau faham tak apa aku cakap? sorry la.aku tahu kelemahan kau.tapi aku ni tak pandai nak tulis english sangat supaya mudah kau faham,maaf sangat-sangat.last aku tulis english panjang lebar masa spm karangan english.itu pun satu kertas kajang,separuh je penuh.aku harap,tulisan ni jelas dan kau mudah faham.woi! jangan kerut dahi baca.mohon rilek..

aku cuma nak sampaikan,aku tahu.dan kau pun pernah beritahu.walaupun aku poyo-poyo buat tak tahu.kita berkongsi sesuatu yang sama.iaitu suka! ya,aku suka kau,dan kau suka aku.(tolong jujur,jangan tak mengaku.kalau kau kata tak,mana aku nak letak muka wei).ia,kita tiba-tiba terfeeling entah macam mana.tetapi,kau dah bilang.suka bukan erti boleh bersama.aku minta maaf dekat kau.sebab aku terus terang yang katakan hati kau memberontak cuba nafikan perasaan kau.aku mintak maaf sebab dengan selamba dan yakin,kata kau menaruh hati dekat aku.macam aku menaruh hati dekat kau sejak zaman myspace.aku lagi lama menaruh hati dekat kau wei,cuma aku tak pernah cakap.dan aku cari orang lain.aku minta maaf sebab buat kau rasa tak selesa dan berbelah bahagi.aku minta maaf sebab buat kau cair.aku minta maaf sebab aku terlalu baik dengan kau.aku minta maaf sebab aku  sebelum ni aku sukakan orang lain.dan kau tetap ulang benda tu banyak kali.(kau sebut nama dia)aku minta maaf sebab buat kau cemburu.dan aku minta maaf sebab aku tulis macam ni.sebab aku tulis macam nampak bangga diri dan bagi orang semua baca.aku minta maaf sebab buat kau pening dan tak terus terang apa sebenarnya aku nak dari kau.aku minta maaf sebab malukan diri sendiri mengaku benda yang bukan-bukan dan tak malu tulis macam ni.aku minta maaf sebab kau masih terus baca tulisan ni,walhal kau dah patut rasa marah dan message hp aku maki aku puas-puas.aku minta maaf sebab kau nak baca lagi dan lagi.

sebenarnya,aku tak mampu nak cakap apa.jujur,kau lagi layan aku berborak dan message dari dia.kau layan perangai aku dengan penuh fikiran terbuka.kau sudi bergelak dengan aku.kau sudi nak senyum dekat aku berbanding dia.kau tetap yakinkan aku untuk dapatkan dia.kau sembunyi cemburu kau.kejap kejap! erk,kepada yang rasa aku tulis ni.memang tak terkena dekat diri dia.dah terasa membazir baca.elok terus tekan pangkah dari baca link ni.sebab part next ni aku nak start ayat jiwang dah.nanti muntah korang yang baca ni.ok? biar `kau' yang sebetulnya baca.


aku tak tahu,hati aku berbelah bahagi.aku suka dia,aku suka kau.benda jadi tanpa sedar.orang luar pandang,aku nampak macam lelaki yang bajet good dan handsome.padahal sebenarnya aku loser.aku tak pernah rasa benda macam ni.aku keliru.dia makin jauh,terlalu jauh.cuma kau je yang rajin dengan aku.(cuma sekarang,kau cuba jauhkan diri).aku betul-betul menaruh hati dekat kau.cuma aku takut,tuhan uji aku.tiba-tiba dia datang dan terbuka hati untuk aku.jadi aku pergi kepada dia pula.benda ni buat nampak aku ni lelaki yang bukan setia.cepat berubah-ubah.aku takut,mencintai kau.dan aku tak tahu kenapa.aku nak sangat kau buat masa ni.dalam mimpi,dah berkali muncul wajah kau.aku risau,serius aku risau! aku tak patut ada benda macam ni.dan aku tak patut  nak kejap sayang itu,kejap sayang ini.aku takut,perasaan aku bermacam-macam sekarang.sampai satu tahap.aku sendiri takut bersumpah dengan kau sebab aku keliru antara kau dan dia.padahal korang dua ni sebenarnya ada cerita masing-masing.aku je duk lebih-lebih cerita.aku takut bersumpah sebab aku takut kena laknat! aku takut kena uji dengan tiba-tiba sesuatu yang aib.aku yakin,sampai dekat part ni.sesiapa yang  baca mesti akan kata aku ni pandai main kata-kata.pandai buat trick nak cairkan sesiapa.mesti labelkan aku lelaki murah yang penipu.aku terima apa orang nak kata pasal aku.tapi kau yang sedang baca ni.hati kau sendiri yang boleh rasa.aku jujur dengan kau,atau aku tipu.perasaan tu kau je sendiri rasa jika kau baca dengan penuh hati.kalau  kau tak ada rasa apa-apa semasa baca.ternyata,aku memang  sedang berangan.seperti aku berangan dalam tulisan yang lain.yang sebelum ni jika kau baca untuk kau bandingkan dengan tulisan yang ni.


ok,aku terus terang.hati aku lebih kuat dekat kau buat masa ni.aku tak nak cakap terlalu mencintai kau,sayang kau semua.sebab tu nampak pembohong! tulisan sebelum ni aku cakap aku tunggu dia,nakkan dia sangat-sangat.jadi bila aku tuju benda ni dekat kau pula.aku takut kau anggap aku ni mudah bagi kata cinta dekat semua.mudah cakap itu,janji ini semua.tolong lah,kalau kau yang baca ni betul-betul terasa.aku tak tahu nak cakap jujur lagi macam mana.aku tak tahu dah nak buat kau percaya dekat tulisan aku ni.jujur aku takut ada pulak orang terasa dekat surat ni.aku nak cakap dekat kau,tapi takut orang lain baca.dia yang terasa.maaf sangat belitkan kepala kau.aku kalau lihat dari rangkap 1st aku tulis.aku sendiri rasa  pening.aku tak tahu kalau kau baca macam mana agaknya.aku dah tulis panjang sangat,rugilah kalau aku delete semua..oklah,nak mudahkan sikit.aku nak bagi kau terasa dan yang lain tak payah terasa.aku nak cakap dekat kau untuk buat kau rasa ini betul-betul aku tulis untuk kau.sebelum ni,dalam telefon aku pernah cakap aku suka kau dan cintakan kau!(aku cakap dlm bulan ni kalimah tu).dan dengan kau saja aku cakap on the phone gitu.haaaa,sekarang kau dah rasa tak aku tuju dekat kau tulisan ni? kalau tiba-tiba dah yakin aku tulis ni untuk kau,sila senyum sekarang!


hmm,aku dah tak tahu nak bilang apa.aku fikir,aku dah keterlaluan.amat-amat keterlaluan.sampai satu tahap,aku cuba goncangkan kesetiaan kau.aku cuba buat kau beralih arah.aku cuba buat kau pergi dan datang dekat aku.aku macam paksa kau move on untuk aku.aku betul-betul hina.aku mendoakan kau bahagia,tapi dalam hati.aku nakkan dekat kau.aku betul-betul  kurang ajar cuba rosakkan bahagia kau.aku tak ada niat.aku tak ada niat buat semua ni dekat kau.aku cuma buat andaian sendiri,sebab aku dah mula rasa,kau cuba jauh dengan aku.fuck! aku tak leh stop fikir la pasal kau.babi apa,aku tak nak wei benda ni.aku tak nak wei ada perasaan ni.aku tak tahu sebab apa aku jadi macam ni.sebab terlalu cintakan kau? aku tak tahu.aku cuba nak buang benda tu,aku cuba nak alahai.wei.. aku tak reti laa nak terangkan dekat kau dengan cara menulis ni.adoi... fuck laa.aku nak cakap,tapi aku tak tahu nak terangkan.ni dah part aku gagap dah ni.aku makin pening! maaf sangat-sangat.kau dah patut benci aku sekarang.mohon nyampah!


tarik nafas! fuh,ok. aku tak tahu aku tunggu apa dan harap apa.aku tak tahu aku sebenarnya menunggu kau terima aku ke atau apa.aku mudahkan cerita,dengan izin tuhan.andai kata-kata aku ni benar dan jujur buat kau.jika tuhan berikan kau petunjuk dan memang lihat aku ni sesungguhnya mencintai kau.pejam mata sekarang,bayangkan aku dalam 90 saat.jika aku muncul dan hati kau tiba-tiba macam tersentak.maknanya aku betul-betul ikhlas nakkan kau.semua ni aku serahkan dekat tuhan.kalau betul.betullah aku.kalau tak muncul or memang kau tak rasa apa-apa.aku memang pembohong.aku tak tahu nak buat macam mana kau percaya dengan aku.aku harap ni je jalan dia.walau apa sekalipun,aku sentiasa doakan yang terbaik untuk kau bahagia.aku harap kau dan pilihan kau bahagia jika aku ni memang tak ada effect langsung dekat kau..aku minta maaf sebab  hati aku tiba-tiba dekat kau.tolong maafkan aku dunia akhirat sebab buat kita jadi cam ni.sebab buat kita jadi bangang.kalau kau tak nak kawan aku lepas ni pun.takpe.aku redha,mana tau.kau pilih jalan senyap.biarkan aku dengan perasaan bodoh ni buatkan kita dapat mencari haluan masing-masing.cuma,aku dah janji dengan kau.aku nak jaga kau sampai akhir hayat.terpulang dekat kau nak rasa apa.aku dah berjanji,aku kena tunaikan.walaupun lepas ni kau memang tak nak dah kawan dengan aku... maafkan aku kawan,sebab buat benda kecik jadi pening.maafkan aku! buat masa ni.aku tahan diri dari cuba nak berbual dengan kau.maaf sangat-sangat.aku betul rindukan kau! aku harap,aku mampu bertahan.terima kasih sebab kau sudi baca sampai ayat yang ini.terima kasih sayang!








#kalau betul apa aku tulis ni,dan kau rasakan benda sama.kalau kau rasa aku betul-betul ikhlas dengan kau.kalau perasaan itu sebenarnya memang ada dekat kau..aku nak kau hantar sms dekat hp aku,cakap i love you! aku tunggu sms tu...kalau memang tak ada reaksi langsung atau apa-apa dari kau.dari situ.aku faham,aku siapa di mata kau...

sekali lagi Tuhan,aku merayu kepadaMU,jika kau lihat aku ihklas dengannya,temukanlah kami.tanamkan rasa cinta ini.jika kau melihatku hanya menipu,kau bahagiakanlah dia dengan pilihan hatinya hingga akhir hayat mereka.ini doaku kepadamu Tuhan.amin.......









No comments:

Post a Comment