Showing posts with label cerpen bersiri asli.. Show all posts
Showing posts with label cerpen bersiri asli.. Show all posts

Wednesday, 16 March 2011

ladangku sayang. ep 3.




                `kasut dah ready,pisau semalam dah asah,ubat nyamuk cukup,sumber tenaga half-time masih ada 13 batang,walkman dengan kaset album amuk untuk halwa telinga hari ni! siap sedia berbakti pada alam!'.....

                ali bashah menghembus nafas dengan semangat yang berkobar-kobar.walaupun punch card waktu kerjanya lewat sedikit berbanding hari-hari sebelum ini.akibat masalah teknikal yang ditimbulkan oleh kucing adiknya.ali bashah tetap cekal untuk bekerja seperti biasa.dia masih tercegat di halaman rumah.dicapai dua baldi untuk diisi rezeki beserta botol air untuk menghilangkan dahaga sepanjang waktu kerja.segala kelengkapan telah sedia seperti seorang pahlawan di medan perang.

               `bah,hari ni bak tang ali test drag c70 uh.dah lama tak merasa naik scrambler kebanggaan abah ni.hehehehehehe...' ujar ali separa menjerit kepada ayahnya,pakcik hisham godang sambil tangannya mula membuka rantai kunci basikal raleigh.hadiah dari atuknya.

                 `amboi,sesuka hati kau je nak mintak gitu ye.aku penat-penat bersihkan,mandikan,tukor sana sini spare part.kau nak test drag ye'...hisham godang membalas kata-kata anaknya sambil mengusap-ngusap perut tanda puas motornya cantik dan berkilau.

                  `dua minggu lagi,jkk kampung nak anjurkan pertandingan kereta dan motor klasik.ramai abah dengor nak masuk.musuh tradisi abah haji ikram pun join sekali.tu abah balun betul-betul service motor ni'... ujar hisham godang sambil tangannya mula mengulung-gulung tembakau.

                   `chill daddy!,small matter je benda-benda ni.kita cucuk je juri-juri masa tu.benda simple.lagipun cam abah tak kenal perangai haji ikram tu,apa dia masuk.asyik nak menang je.sebaik masa pemilihan nak lantik siapa jadi wakil rakyat takde orang kampung nak undi haji tu..tidak,melingkup ler orang-orang kampung ni'....ali bashah seperti cuba berinteraksi dengan berhemah kepada ayahnya.dia kenal sangat feel ayahnya apabila topik mula terkeluar nama haji ikram.iaitu musuh tradisi ayahnya sejak zaman pop yeah yeah lagi.

                  `orang masuk opis dulu ler bah.hari ni mama kata potong je beberapa baris.kang siang ada kenduri.anak orang kaya jalak kahwin.mesti pesta kan bah sampai malam.ali gerak dulu ye bah'... ali bashah mengapai basikal.aksi lazim sebelum bekerja.wheelie angkat handle sebagai tanda siap untuk berkayuh.

                  `elok-elok ler tu motong.jangan sampai aku datang kau tengah baik landing baring kat pondok.siap aku libas kau nanti ali!'... hisham godang memberi amaran dengan penuh tegas.

                   `iyelah'......ali bashah mengayuh dengan deras.mula memasang walkmannya lalu dililit di topi
dengan getah posmen.mula melantunkan suaranya yang tidak seberapa mengikut lagu yang dipasang...

                
                        Di sebalik yang jernih tersimpul rahsia
                  Laluan yang penuh likuan
                  Cuma yang kelihatan
                  Satu keindahan yang dipuja
                  Menjadi ilham para pencinta
                  Teroka kala tanpa batasan
                  Menjadi cermin imbas berwajah
                  Seikhlas budi yang teguh berdiri....


                
                   

Sunday, 13 March 2011

ladangku sayang. ep 2.



                  ali bashah menepuk dahinya.mengeleng-geleng seperti tidak percaya akan tikamannya yang sememangnya tidak pernah terkena sejak dari mula dia menceburi bidang teka dan berharap.
        
                 `ni nombor lagi sikit nak kena.kalau aku kerja keras sikit,dah jadi orang kampung pertama yang pergi ladang naik lambo'...ngomel sendirian ali bashah sambil matanya bulat memandang topik bursa saham.
        
                `hari ni kau motong la beberapa baris je.siang nanti ada kenduri dekat rumah orang kaya  jalak.anak nombor tiga dia dang mastura yang kahwin.kau tolong la mana patut kat sana.punai dah nak membosar.campur-campur sikit dengan orang kampung....' ujar makcik rogayah yang dari tadi tak sudah-sudah basuh pinggan.

                 ali bashah hanya membisu,mengangguk tidak,membantah pun tidak.dia menghabiskan nasi goreng yang masih bersisa di pinggan.dengan sekali teguk kopi radik kegemarannya.ali bashah dengan gaya seorang generasi peneroka moden terus ke depan pintu untuk bersiap-siap menyarung kasut kerjanya.

                 `apa punya suwey la hari ni!! '... ali bashah seakan menjerit dan mula bertaburan pelbagai maki sumpah seranah keluar dari bibirnya.

                  praaaanng!  berderai jatuh satu pinggan dari tangan makcik rogayah
                
                 `apo kono kau ni ali? hilang akal ke menjerit pagi-pagi ni. dah rugi aku satu pinggan colgate limited edition ni.tak guna betul la kau ni!'.... marah makcik rogayah akibat tindakan ali bashah yang tidak semena-mena menjerit bagai orang minyak gagal dalam misi mencalit kiwi di peha  anak gadis yang ke 40 .

                 `mana orang tak ngamuk ni mama,cuba tengok dalam kasut ali ni... cannavaro baik punya cirit dalam red wings ali ni.orang dah lambat nak motong ni.bangang bangang bangang! '.... mata ali meliar-liar dengan penuh amarah mencari cannavaro.kucing berwarna putih bertompok-tompok hitam yang merupakan haiwan kesayangan adiknya,fatimah helena.

                  makcik rogayah senyap.lalu terus berlalu untuk mengambil penyapu untuk dibersihkan serpihan kaca pinggan yang jatuh tadi.

                  `tengok! mentang-mentang fatty anak manja mama,mama buat donno je.tak adil! tak saksama! argggghhh...' ali bashah mula protes.walaupun dia memang menyedari yang adik bongsunya itu manja dan bijak.baginya,jika penganiayaan sebegini terus berlaku.ini merupakan kes pilih kasih..mulalah ali bashah memikir yang bukan-bukan.ali bashah lantas pergi ke rak kasut untuk memilih kasut yang sesuai digunakan untuk motong getah.dia tiba-tiba tersenyum sendirian.

                   `along takde,ada chance aku nak bergaya motong pakai aliph dia ni'.....

                    kehkehkehkehkehkeh..

                
                                                  

                      

Friday, 11 March 2011

ladangku sayang. ep 1.


                  

                 preng preng preng

     bunyi motor hisham godang kedengaran.motokar berjenama honda c70 itu dibeli semasa peristiwa 13 mei.ntah dari mana sumber kewangan pun tidak dapat dipastikan.dari dalam bilik,ali bashah baru terjaga.merungus keras sambil menyelak langsir,memandang ayahnya yang dari tadi dok buat memekak dengan kapcainya.

    ali bashah termenung seketika,biliknya yang hamis dan ibarat studio julian casablancas itu ditatap semahunya.sudut kiri dinding berwarna hijou,sempena simbol pihak yang disokong dalam pilihanraya,penuh dengan gambor,poster dan kata-kata penaik semangat ditampal di dinding kayu biliknya.ada yang mempunyai tandatangan pemimpin idolanya,ada juga yang dicilok semasa ali bashah pergi ke ceramah-ceramah yang dihadiri.sudut kanan,berwarna-warni.penuh dengan risalah muzik,poster pemain bola dan pelbagai lagi memo yang ditampal oleh ali bashah.nota-nota kecil spm yang 5 tahun lepas masih melekat utuh di dinding tersebut.bilik yang menjadi tempat dia melakukan pelbagai aktiviti dari yang baik hingga terbangang pernah dilakukannya..

    sedang dirinya tersengih sendirian sambil memegang bucu bantal busuknya,ali bashah dikejutkan dengan jeritan nyaring ala sound rosnah mat aris dari arah dapur.memang dia kenal suara puaka itu..

  `ali!!! dah pukul brapa ni..ko tak reti nak bangkit g ladang  ke'.. lantang makcik rogayah

    ali bashah memandang jam dinding.dengan waktu gitu,terus dia menyarung uniform hariannya tanpa perlu ke bilik air sepertinya manusia normal lain.dia mencapai apa yang perlu lalu terus bergegas turun ke dapur.
  
   `good morning mother!'.. ucap ali bashah sambil tersengih,dipandangnya nasi goreng sudah terhidang di meja.

    `morning atok kau!.bangun lambat nak english-english dengan aku'...masih lantang nada makcik rogayah dengan volume karaoke paling high.

    ali bashah seperti hari-hari biasa.masuk telinga kiri,keluor telinge kanan.diambilnya utusan hairan yang berada di atas meja makan lalu diselaknya satu persatu.itu adalah perkara wajib bagi ali bashah sebelum check in ke ladang.

    `cisss!! miss 4 nombor la.nyaris nak kena dah ni'...