Showing posts with label rock and roll. Show all posts
Showing posts with label rock and roll. Show all posts

Saturday, 22 October 2011

how to be a rocker.


sebagai seorang rocker yang bertauliah(pemegang sarjana knowledge basic rock n' roll).adalah menjadi tanggungjawab saya untuk memperingatkan kepada semua mat-mat rocker yang ada di kuala lumpur ni,supaya kita sentiasa saling tolong menolong dan mengambil berat antara satu sama lain.

seperti sedia maklum,scene di kuala lumpur ini sangat caca marba.tak ada yang betul-betul rocker di kuala lumpur sejak akhir-akhir ni.sebagai seorang yang prihatin,saya amat mengharapkan agar rocker-rocker kental yang masih berjuang di bandar ini,terus menerus aktif dalam scene kita.geng kita tak ramai,kl ni cam shitty,entah apa-apa org yang ada.kejap itu,kejap ini.trendy wanker!.saya betul-betul mengharap agar kita berpegang teguh dan terus sentiasa berwawasan dalam memastikan arena rocker tanah air tidak akan berkubur dan layu.kita kena giatkan kempen kita dan menghapuskan anasir-anasir mainstream yang tak masuk akal.sudah tiba masa,kita silent rocker ni tampil kedepan untuk menentang puak-puak lalang ini.

masing-masing sedia maklum,ramai yang tak cukup mengerti akan maksud rocker.disini,saya akan menerangkan seberapa yang ringkas(dalam erti kata lain,copy paste benda basic) bagaimana seorang anak muda bercita-cita untuk meneruskan legasi perjuangan saya.step dia mudah,kita boleh follow slow-slow.ni saya copy je.korang tengok la dan gayakan sendiri ye.








# gua cadang nak buat HIMPUN, target dalam 2 3 orang lepak kitaro ngeteh.




Saturday, 2 July 2011

berpisahlah kita akhirnya...

                   aku lihat dia,dia lihat aku.aku senyum melirik pada matanya.dia balas sinis padaku.aku cuba berbual.dia menjauh.aku cuba dekat.dia pura-pura rapat.aku cuba himpit,aku sendiri yang lemas.aku lari  jauh-jauh.dia yang lambai-lambai minta kembali.aku patah balik.dia diam seribu.aku pegang.aku letak.aku pegang.aku letak.aku pusing-pusing keliling dia.dia sabar menanti.aku runsing.dia cuba memujuk.aku geleng-geleng.dia angguk-angguk.aku makin serabut.dia ghairah menggoda.aku menjerit.dia ketawa.aku genggam dia...aku lempar ke seberang jalan.berdekah aku ketawa.berkecai kena lenyek dengan lori pasir.





                   bye-bye moskovi!

Tuesday, 21 June 2011

rindu.

            aku tak tahu.dan kenapa aku perlu rindu....pada sesuatu yang buatkan orang rasa aku menjengkelkan..



  • makan lari
  • mencuri
  • yaww
  • nospan
  • mendajal
  • 99club
  • seluar koyak lutut
  • chiki
  • playsafe
  • gig
  • lucky
  • roulette
  • babi pusing
  • mapiaw
  • rumah sewa
  • ppu pirates
  • mata rabak
  • senyum
  • pusher
  • betting
  • bekas-bekas kekasih.
  • kau
  • dia
  • semua

Wednesday, 25 May 2011

50s,60s,70s,80s,90s hingga legasi 2000+,rock n roll tetap dibadan.




It's been a long time since I rock and rolled,
It's been a long time since I did the Stroll.
Ooh, let me get it back, let me get it back,
Let me get it back, baby, where I come from.
It's been a long time, been a long time,
Been a long lonely, lonely, lonely, lonely, lonely time. Yes it has. 


sebelum itu,ucapkan terima kasih kepada dj alan freed.yang memperkenalkan istilah rock and roll.dia ceduk dari patah lirik lagu `my baby rock me with a steady roll'.rock and roll? tak ngam dan cukup padu kalau tidak kaitkan dengan sex,drugs and rock n roll! cuma,di era 50s.hanya skill di ranjang lebih diutamakan dan menjadi trend anak muda di amerika ketika itu.seks bagi mereka adalah aktiviti harian.african menggangap rock n roll adalah seni romen.dan rakyat malaysia lebih komersialkan sebagai adegan asmara.tapi gua bukan nak untold story mengenai kaedah berjimak dan cara penetrasi yang berkesan.gua cuma bercerita mengenai rock n roll...yang budak kini kurang gemar dan semakin tenggelam.try layan rock n roll.. baru tau power ke tak power...

awalan rock n roll,dari pada beberapa sisi.permulaan dari rhythm dan blues.sound yang didatangkan oleh migrasi africa yang berhijrah ke amerika mu meer..fact! suara mamat-mamat bangsa negro adalah paling power dan best! memang tak boleh dinafikan.masa era 50s,gua tahu.kasta dan perbezaan kulit amat sensitif.pecahan kepada bangsa orang putih dan hitam menjadi raw pada waktu itu.tapi,muzik menyatukan segalanaya.adunan rhythm and blues bangsa africa digauli dengan country-and western bangsa putih.maka 50s adalah era belia seluruh amerika menjadikannya sebuah genre yang cukup menggegar.dari situ,makin manusia bijak pandai.makin tiru makin versatil.pecahan rock bercambah dari masa ke semasa.permulaan rock n roll ni juga,sikap rasis yang dahsyat disana menyebabkan rhtyhm dan blues sedikit terhalang dari didengar kelompok mamat mamat berkulit putih.berbanding dengan bangsa kulit hitam,lirik yang berani.tiada tapis dan penuh ikhlas mereka persembahkan pada khalayak.pada waktu itu,sound genre ini dibanned oleh pihak radio akibat lirik yang lucah dan penuh kritikal(gua syak amerika pakai hudud masa tu).namun,dalam semua putih,tak semestinya tiada yang fikiran terbuka.perlahan-perlahan,golongan kulit putih menerima sound rhtyhm and blues.kugiran kulit hitam the chords,berjaya menembusi carta lagu orang putih pada tahun 1954.semua nya juga bermula dari the dominos yang berjaya menjual beratus ribu rekod walaupun tanpa promosi radio.kira macam dunia underground juga laa.1954 di tanah melayu? dasar dan taktik parti komunis malaya mula diperhebat dan menjadi igauan negeri buat kolonial british.so memang rock n roll tak ada lagi dekat tanah melayu.radio pun tak banyak sangat sebab zaman fasis jepun semua dah mereka hancurkan.bukan tak cerdik orang kita ni,tapi itu la..banyak sangat ditindas dan penuh tekanan.itu pasal banyak yang rela mengikut dari menentang.yang dalam buku teks sejarah asyik hero dari umno je.bebudak sekarang sampai tak kenal sangat dah hero-hero lain.


asasnya,orang hanya kenali elvis presley.tanya pada sesiapa pun.dari kecik hingga old timer,tanpa elvis.takkan glamor rock n roll.elvis ikon rock n roll tulen.jadi,mereka lebih tau elvis dan rock n roll begitu saja.macam mana elvis punya style fashion,itulah yang mereka gambarkan tentang rock n roll.gua pun tak mampu nak pakai begitu,lagipun sideburn gua jenis gantung.tak bercantum dengan jambang.hakikatnya,zaman 50s diwarnai dengan ikon-ikon hebat lagi selain elvis.. chuck berry,carl perkins,bill haley,bo diddley,fats domino,jerry lee lewis,little richard,james brown,muddy waters,buddy holly dan ramai lagi.ada yang gua tak habis explore lagi.cuma,chuck berry adalah lelaki yang dalam lingkungan yang ada estetika tersendiri.kalau tidak,masakan john lennon boleh bagi quotes,jika rock n roll ada nama lain.ianya adalah chuck berry .chuck berry bagi gua,boleh disamakan sebagai orang terawal pada genre rock.dia yang gunakan gitar karen sebagai instrumen yang utama.berbanding mereka yang lain pada waktu itu yang banyak mengunakan piano atau saksofon.tengok gentel dan skill chuck berry main gitar.itulah identiti beliau yang gua salute selain cara angus young.hail hail chuck berry!.





 I took my love on over 'cross the tracks,
So she can hear my man awail a sax.
I must admit they have a rockin' band,
Man, they were blowin' like a hurricane


rock and roll makin berkembang ligat.jadi kegilaan yang cukup menarik pada era itu.masa itu,di tanah melayu.orang-orang umno sibuk duk melaung-laung hidup melayu,pastu tukar pula trademarks nak merdeka.jadi.semangat nasionalisme rakyat lebih kepada semangat nak bebas cepat.jadi hiburan ketika itu tak sampai lagi ke tanah melayu.mungkin anak-anak bangsawan yang belajar di overseas sana yang bawak culture itu kembali ke tanah melayu.tapi gua fikir,anak-anak bangsawan banyak yang bangang dalam hal jalanan.jadi agak sukar gua nak jangka siapa pioneer di tanah melayu ni.penghujung 50 an,rock n roll sedikit jatuh di amerika,agak malap macam indie dekat malaysia waktu ini.kira memang tak boleh salahkan rakyat malaysia juga la yang ikut trend.dekat sana pun berpuluh tahun dah orang-orang america duk buat juga.mereka bosan jadi crowd yang hanya layan lagu dan minum-minum.mereka mula merevolusikan sekali lagi rock..ikon bersilih ganti.pat boone,neil sedaka,bobby rydell dan beberapa nama lagi diangkat pula jadi hero muzik.namun still ada lagi kugiran yang tetap main rock n roll macam the drifters dan bill haley pe semua.cuma tak sedansa macam cam yang lain lagi.




di british,awal 60 an baru dikatakan muncul kegemilangan band-band dari sana.the beatles merancakkan kembali nafas rock n roll pada muda mudi disana.the beatles berjaya tembusi pasaran amerika dan nama mereka dilaung cukup hebat.sampai lennon pun mati di amerika gamaknya penangan orang sana bagi.pemuzik rock n roll tak boleh mengharapkan stesen radio memainkan irama mereka,ketika itu.pelbagai perasa dan campuran mula mereka lakukan untuk memastikan rock n roll terus subur.adjust sana,convert sini.tambah sana,buang itu buang ini.sedikit demi sedikit,pecahan genre mula berlaku.namun,waktu itu.banyak penerbit muzik yang buat tak endah mengenai rock n roll.pemuzik perlu cari makan dengan cara yang lain.ketika itulah, fashion dan muzik mula seiring untuk menarik golongan ramai kembali.50s hingga 60s masih kosong lagi dan tidak penuh teliti sound gitar karen.bila masuk 70s,sound yang bingit,penuh garage dicampur teknologi record yang makin bermutu.maaf,gua tak dapat nak detailkan jenis gitar,instrumen,amp,chord dan pelbagai lagi tentang lirik dan penceritaan setiap irama yang dibikin.sebab gua bukan seorang pemuzik,gua cuma seorang pendengar.yang gua tahu lah pasal muziknya ni,ciri khas pada rock n roll adalah ketukan(beat) yang seiring dengan lirik.rock n roll pada dasarnya dari ritma blues yang disebut boogie woogie.basic rock n roll pun terdiri dari dua gitar karen dan satu bass.itu yang paling basic.gitar karen banyak mengantikan peranan saksofon yang pada mulanya merupakan benda yang penting juga memainkan irama blues.rock n roll bukan mengenai muzik saja.. tapi cara pakaian,bergaul dan bahasa juga membuatkan rock n roll menjadi sebuah culture.






Wednesday, 18 May 2011

If it's illegal to rock and roll, throw my ass in jail!





-The 60s are gone, dope will never be as cheap, sex never as free, and the rock and roll never as great-...




-I don't know anything about music. In my line you don't have to-


-I'm not trying to be cosmic, it's just that everything's on a roll and that's how it is. The songs within the album discuss that very condition-




  ok,realitinya.macam dah sampai ke kemuncak.makin hambar,makin tawar.erti kata lain,makin hilang dari eranya.dah kurang inspirasi.semua menjadi universal.tukar itu dan tukar ini.manusia sukakan sesuatu untuk mengikut.bukan untuk mencuba jadi pioneer.mereka suka jadi followers.terpulang...


p/s : tunggu nati gua pusing kl dengan basikal raleigh atau basikal dalam cerita ali baba! 
  

Saturday, 8 January 2011

aku dan muzik!





aku bukan nak cerita salasilah muzik pun.cuma aku suka kata-kata dari mereka..
kat sini juga aku terangkan posisi muzik yang aku suka.


Without freedom of expression, good taste means nothing." Neil Young

"I don't think anybody steals anything; all of us borrow." BB King

"The way I see it, rock n' roll is folk music." Robert Plant

"Rock n' roll is poison put to sound." Pablo Casals

"If we do our job...Music's not black or white, it's green."

"To sustain hatred is a very difficult thing to do, year after year. It's exhausting." Nick Cave

Classic rock at heart, yet I do have another side called Alternative. My charateristics are rock and rollFolk is when I have something to say; poet is when I have a lot to say. My happiness shines through pop. I laugh through country, I cry through the blues, and I sing through opera.   nusantara-- my love life, classical-- my relaxation, leleh song is my anger, and gospel-- my peace paradise (which is practiced through reggae, my spirituality). Jazz is my superficiality. And for anyone special in my life, tango since two can tango (and they can salsa and twist). Indie is my unheard of nature (and trust me, I am very often unheard). Punk is my rebellious self, which sprung through my deep dark secrets in heavy metalAcoustic is when I am best heard, soft rock is when I am best known. My confusion is trance. My actions are disco 70s. Generally, oi!= my nationality. Renaissance, my history. And if people ever met me, they'd describe me as rhapsody. I can be best heard through my characteristics, acoustic rock; be rebellious from my characteristics, punk rock; and be natural because it's my characteristic,ambient rock.

I am the stupidy music listener.and dont know how to be a fucker musician!


-aku kurang band pop yang top-