Showing posts with label last man communist.. Show all posts
Showing posts with label last man communist.. Show all posts

Wednesday, 5 October 2011

saya budak pandai.



ni entry bongkak dan langsung tak muhasabah diri.tak suka paksa baca gak! gua budak pandai (sila percaya).gua start pandai sejak kechil( kechil lagi under dari kecil).sebab apa gua pandai? gua kechil lagi dah pilih selangor dan chelsea as favourite team.

gua pandai sebab dari kechil lagi gua tahu barisan nasional tu adakala bingai,pakatan rakyat tu sucks! oklah oklah,sambung yang sebetulnya.gua sedar gua ni pandai bila darjah 3.kawan-kawan gua semua tak tahu,even kalau gua tanya family gua balik pun.dorang buat-buat tak tahu.gua lepas exam PTS dengan gagah.gua malas cakap lebih-lebih bab ni.nanti dorang kata gua sembang.

gua pandai sebab gua dapat no 30 lebih ke belakang duduk kelas no satu.tu kira pandai kan?  ibu dan along cukup marah bila gua bangang nak dapat no satu dekat kelas.sampai report card 3 tahun gua signature sendiri tak nak bagi dorang tengok.bila gua pindah hostel,setiap bulan gua dapat no satu.sampai gua boring tak ada siapa boleh lawan.pandai kan gua?

gua agak pandai sebab dari kecik gua tau macam mana nak survive.gua tahu  sebagai orang yang tak sederhana,selesa ditahap begini tak menjamin kecemerlangan.sebagai lelaki yang dah ada wawasan seperti husin.kita kena lawan arus.untuk lawan arus,adakala kita kena keluar dari hukum manusia.korang-korang faham maksud hukum manusia? mesti ada yang tak faham kan.kalau tak faham terbukti gua memang pandai.

gua memang pandai putar belit semua keadaan.gua memang pandai  tutup kelemahan.agaknya orang-orang politik masa muda-muda depa dulu macam gua tak? 

hahahahahahahahaha

Sunday, 15 May 2011

all great artists are communists! part 5.




 sememangnya,apabila bercerita tentang konsep atau disebut suatu ideologi.makcik-makcik,ayah datuk,golongan kelas yang bersandar pada buletin ataupun suratkhabar.golongan yang tahu kebenaran pada sisi situ saja.mudah meletakkan diri mereka di satu tahap dimana `komunis' itu harus dijauhi.dan disini,gua bukan nak bebel bagitau mengenai hal parti komunis malaya.gua tak sembang mengenai chin peng,abdullah c.d,rashid maidin,ibu suriani dan hero lain.cuma bagi gua,buku teks kita tak terangkan secara detail.apa fungsi sebenar ideologi tersebut selain sosialis...

  hal yang paling ditakuti.apabila kita dimomokkan dengan salah satu ayat  dari karl marx. `agama itu adalah candu rakyat'.dari situ,seluruh tanggapan kita akan percaya bulat-bulat.sistem komunis ni tak percayakan agama.benda ni,bagi gua.kadang-kadang boleh tujah juga dekat muka sendiri.kira sama kes black metal dan lain-lain lagi culture la.sebab tu gua jarang blame bebudak cam gitu.sebab bila kita tak cukup ilmu atau tak selam secara dalam.tanggapan kita hanya pada dasar negatif.sesuka hati melabelkan sesuatu hanya dengan melihat secara luaran.ini memang orang kita gemar.cukup pandai menilai orang..

   dari segi maksud,komunis diambil dari kata komuniti.yang semangatnya lebih tearah hidup bersama dan tiada beza antara kita.menentang dasar imperial.mereka yang kurang mengerti.sering menggangap bahawa komunisme dan sosialisme dalam jaringan agama.itu yang gua kata,tak tahu main tabur itu  yang jadi susah.komunisme dan sosialisme bukannya agama atau anutan.ianya adalah bentuk hidup bermasyarakat.sama juga la dengan feudalisme,kapitalisme dan pelbagai lagi  yang ada me semua kat belakang ayat tu.yang buatkan nampak rebel dan rasa jahanam bila ada dua sisi yang memecahkan.pihak di belah kanan dan kiri.sebabkan perjuangan atau dasar komunisme atau sosialisme ni masa sejarah lampau, yang orang kita tahu perjuangan mengangkat senjata berbanding dengan menggunakan akal.terus dilabel sebagai kiri dan penuh kekerasan.sebab itu yang diajar pada kita dan diberitahu.

    dari mana sumber yang gua peroleh? semuanya dari sahabat dan juga kenal di alam maya.gua bukan ejen propaganda yang menegakkan sesuatu ideologi.dan kalau gua terangkan secara detail pun.bukan boleh menarik orang membaca dan mengkaji.jadi lebih baik kita rilek dan steady.sebab gua tau.menulis sesuatu yang lari dari sikit hal agama.pejuang-pejuang fisabilillah ada dimana-mana dan memerhati.termasuk juga puak-puak ultra nasionalis yang kadang gua lihat.kedepan pertahankan bangsa dari agama.jika di malaysia,mungkin islam itu milik penuh melayu.dan kalau berkata lebih pun,mereka akan melabelkan kita sebagai pelacur bangsa! yang lebih cenderung mengagungkan pihak luar.sebab gua pun masih boleh mengerti,dan memikir secara teliti.dengan keadaan yang dicengkam oleh kapitalisme yang boleh kira dekat malaysia ni makin kukuh.untuk laksanakan gagasan karl marx tu amat sukar dengan suasana negara kita.(gua ambil dari sudut ekonomi maksud ayat gua tu).dicampur dengan situasi pecah belah,kurang perpaduan dan pelbagai lagi tafsiran.gagasan 1 malaysia? ok,gua rasa nampak bagus.tapi bila gagasan ni terbit,isu-isu tabu tentang perkauman makin hangat.patutnya dalam gagasan nilah kita akan lihat bangsa malaysia.tapi gua lihat sekarang,macam semakin berkelompok dan mula makin banyak persatuan yang berasaskan majoriti sesuatu kaum saja.bagi gua,kita dah buat kesilapan pada awal kemerdekaan kita.bila kita cuba patah balik,dan cuba bina pasak yang kukuk.belah sana dah makin tinggi dan kuat.kita nak dihormati,hak kita tak diusik.tapi kita tak pelihara secara wajar.kita tak hargai. sebagai seorang dari golongan bangsa itu.tak sah kalau bab fitnah,tikam belakang,kipas mengkipas dan pelbagai lagi.kita yang rosakkan cara pegangan kita.pastu muncullah hero yang datang nak selamatkan.kadang gua jadi pelik.bangsa kita yang bermain api,bangsa kita sendiri yang hangus dijilat api tu balik.gua pun tak paham.gua malas nak menulis lebih lagi dah hal yang berat.gua kena study dulu power-power.cukup masa,sampai seru.baru boleh jadi hero balik.lagipun blog ini dicpta untuk buat gua lepas segalanya.bukan blog yang bagi pelbagai info sejarah atau tip berguna.masa muda kita,bila sampai satu tahap kegembiraan tu kita rasa bosan.kita cari sesuatu benda yang buat kita nampak matang.bella chiao!

Saturday, 14 May 2011

all great artists are communists! part 4.


  gua mencari sesuatu formula,atau dalam pucuk pangkalnya.benda yang mampu buat gua rasa.kau,aku dia semua sama.tiada beza.tulisan part ni,harap jangan labelkan gua seorang atheist(sebab gua hanya rungkaikan dalam kehidupan duniawi dulu).gua hanya membebel dan siapa membaca yang terasa benda ni tiada faedah.boleh cari blog yang power-power hasil tulisannya.tiada paksaan.sebab gua tahu,remaja memang tidak suka hal berat.
 
  masa sekolah,kita diajar siapa tokoh kemerdekaan,siapa yang jilat punggung penjajah dan pelbagai lagi tokoh yang dicerita.entry sebelum ni,gua dah bagitau yang gua amat suka membaca dari mengira.jadi masa sekolah.buku-buku teks sejarah gua buat macam baca novel.gua betul-betul suka.gua jenis  kaki berangan.pembacaan gua selalu buatkan gua rasa gua seperti berada dalam alam tu.dan pernah dulu,gua berangan dan cari idea.macam mana kalau sejarah ini peristiwanya terbalik.gua selalu berfikir benda-benda begitu.gua pernah terfikir jika  hang tuah 5 bersaudara semua belot sama sultan melaka, si kitul dan mendeliar bastard tu tak paling padah deal dengan soldadu portugis cara menawan melaka,tun mutahir tak difitnah.apa agaknya dan bagaimana melaka pada masa sekarang.mungkin kesultanan melayu melaka kekal dah sama level dengan keluarga diraja british? bagaimana keadaan jika pakatan axis menang world war 2.dimanakah malaysia dan apa status kita pada masa ni.apa akan terjadi masa kini kalau moghul tak bakar kota ilmu baghdad? mungkin manuskrip-manuskrip power cendiakawan islam merupakan rujukan seluruh dunia pada masa kini? bagaimana agaknya jika kennedy tak mati ditembak dalam konspirasi? john lennon masih hidup hingga kini? christopher columbus tak pernah berjaya jejak tanah amerika dan tak pernah dibiayai oleh ratu isabella? apa yang ada pada amerika masa kini?  bagaimana keadaan jerusalem kalau tidak jatuh ke tangan rejim zionist? dan pada masa tu liga arab bersatu dan berjaya kalahkan negara si kecil tu.apa status palestin masa kini? apa terjadi  pada indonesia kalau soekarno tu sebenarnya bukan presiden negara mereka? apa reaksi dunia jika kuasa bolasepak dulu hingga kini dipegang negara-negara kecil macam nepal,samoa,seychelles,uganda? dan apa terjadi pada kita jika sebenarnya umno tu tak wujud waktu pasca merdeka? ops.....

   dan jujur,gua suka merepek dan memikir ketika membaca bahan-bahan sejarah.gua juga suka aplikasikan kejadian itu terbalik dari hakikat sebenar.itu masa gua alam sekolah,sejarah itu peristiwa terjadi dan penuh huraian berjela apa berlaku pada waktu tu.tapi kini,gua anggap peristiwa sejarah lampau tu adalah satu penceritaan yang asalnya hanya rekod-rekod,bibir ke bibir dan boleh diolah mengikut siapa yang rasa dialah pemenang cerita sejarah tersebut.gua lelaki yang bukan gemarkan memuja atau meminati sesuatu tokoh tu secara semulajadi.bercerita dan mengangkat kisah-kisah tokoh hebat atau terlalu agungkan manusia..hanya beberapa manusia yang boleh kita agungkan dan memang wajib simpan dalam otak.itu patut dipuja...itu hal peribadi,jawapan gua dan anda semua akan sama jika anda betul tahu siapa manusia yang kita agungkan.memuja tokoh atau pertahankan tokoh tertentu adalah perkara yang gua rasa,manusia ni akan ambil berat jika tokoh itu terdiri kalangan orang terdekat dan ada agenda tersendiri.dan benda ni paling ketara dekat politikus.dan ya,politikus adalah golongan yang banyak haluan dan bertukar-tukar watak.tak pernah betul ayat mereka.kalau perhati dalam 20 30 tahun mereka terlibat dalam arena politik.entah mereka ingat tak masa awal karier mereka apa yang mereka cakapkan.banyak sangat belit .mana nak ingat apa yang pernah mereka janjikan.politikus yang mewujudkan manusia menjadi beberapa golongan kelas dan membezakan rakyat mengikut geografi kawasan,tahap sesuatu bangsa dan cara mengawal mereka.

   bila sedar,rujukan sejarah dan fakta tidak terletak pada satu pihak.gua belek,dan cari yang bertentangan arus.sebabkan gua bukan golongan mahasiswa universiti,maka bahan bacaan gua hanya tertumpu pada sumber dari buku-buku tepi jalan,dari laman sesawang dan mulut-mulut orang.gua tak ada tutor,pensyarah ataupun research secara formal.apa yang gua tahu.ilmu yang tak lengkap.sebabkan kekangan begitu,gua selalu berhati-hati bila mengeluarkan sesuatu kata atau bual loser tentang hal berat.andai benda tu gua memang tak tahu.gua senyap.dan hanya memerhati lihat telatah sekeliling.benda macam hal aksesori kereta,fesyen metroseksual,dunia clubbing.gua memang tak akan selit sebab gua bukan golongan tersebut.jadi gua tak mampu nak tunjuk pandai ikut orang sembang power yang gua tahu hal berkaitan tu.gua cuma tahu asas.gua percaya praktikal lagi bagus dari teori.berbanding dari kita yang di malaysia  teori diutamakan pada masa kini.memang di universiti atau mana-mana kolej, beri satu semester untuk kita menjalani latihan praktikal.tapi berapa peratus kita mahir benda tu jika sebelumnya,kita hanya tahu 100% teori.contoh,budak mekanikal yang hanya tahu teori dan lihat pada gambar.pergi jalani latihan praktikal dan tak tahu mengendalikan sesuatu mesin (maksud disini,belajar  cara lain.tapi bila sampai depan mata datang cara lain pula).itu sebab mereka yang pengalaman luas dan lahiriah dari kecil hanya tahu menggunakan kudrat berbanding akal 100%  selalu buli junior yang menjalani praktikal.hehe,gua pernah kena dulu.dan itu sebab gua rasa amat relevan buat dulu dari cakap dulu.begitu juga sejarah.kita pandai buat andaian pelbagai dan macam-macam teori sedangkan kita bukan dari sejarah tersebut.dan gua jujur terus terang,amat kasihan dekat lingkungan baya dan bawah gua.ramai yang memang tak pedulikan hal ini.mungkin kalau tanya pukul berapa detik bendera union jack diturunkan dekat padang kelab selangor pun.ramai nganga tak tahu berbanding kalau ditanya size ukuran payudara pamela anderson.
 
    masa zaman jahil gua,bersidai kaki jalan.pura-pura berada dalam kalangan skinhead dan punk.masa zaman yang orang kata,kena beli buku knowledge baru true.gua hanya tau kapitalis tu ditentang.tapi mendalam.sepatah haram gua tak tahu.apa rasional golongan underground perjuangkan menolak kapitalis.yang gua tahu ketika tu,kapitalis adalah satu sistem mengkayakan sesuatu kroni.cukup sampai situ.(sebab waktu tu banyak knowledge merepek-repek lagi nak kena hafal ;p ) .gua pun tergolong dalam kalangan bangang.ikut sama laung-laung.apa sahaja semua tak kena.gua support betul dunia jalanan.baru rasa macam hero.padahal gua masih bersekolah dan ditanggung oleh family.bodoh kan? jadi bila dah tahu serba sedikit.gua makin mendalam berminat.mengetahui lebih lanjut kapitalis tu adakah membantu dalam proses pembentukan masyarakat.malaysia kini dikelilingi perut-perut besar yang secara sedarnya,rakyat tak pernah perasan benda tu terjadi di negara kita.kalau cakap astro tu kapitalis dekat pemuja akademi fantasia,tegar bolasepak,peminat wayang pe semua.mampus buat kena gelak.tiada yang peduli atau tentang.ada pun segelintir kecil.dan dalam segelintir kecil itu pun.memang diketahui dari golongan kelas bagaimana.belum lagi senarai syarikat gergasi besar lagi.gua tak mahu hurai panjang lebar hal mendedah itu dan ini.siapa kapitalis yang kawal malaysia apa semua.sebab dedah mendedah ni bukan kerja gua.itu kerja blogger yang saling peringat memperingat dan juga kaki tulis surat berantai.mereka suka hal-hal begini.gua tulis pasal diri dan pengamatan gua.apa yang gua faham dan apa sebenarnya all great artist are communist punya entry sampai perlu berbab-bab.

 dan gua tahu,bila sampai satu tahap.bila gua dan menulis pasal benda ini.perspektif liar mula terbit dan mula nak label lagi dan lagi apa yang gua dukung.dan yes! benda `communist' itu gua akan cerita.apa sebab kena ada propaganda letak tukul dan sabit pe bagai semua.apa benda komunis yang gua nak cerita sampai orang kata.gua ni cenderung kearah itu.sebab masyarakat kita.bila sebut komunis.hanya ada beberapa maksud saja yang mereka akan tangkap dan faham mengenai komunis! dan anda yang tiba-tiba membaca entry ni,dan masih setia duk layan baca   je apa yang gua merepek ini sampai ayat yang ini.mesti sudah terbayang atau fikir yang gua seorang yang agungkan komunis dan cuba sebarkan dakyah HARAM pada kisah ini....

 bersambung..

Tuesday, 10 May 2011

all great artists are communists! part 3.


   
  lingkungan 6 tahun dunia gua.halal dan haram itu bercampur.tak ada beza mana yang tak boleh sentuh,tak boleh teguk,tak boleh sedut,tak boleh jolok.semua serba serbi jalan.yang penting nikmat babe! nikmat..gua malas fikir hal dewasa ketika gua patutnya memikirkan hal menjadi lelaki dewasa.surat khabar pun tak logik.mana lagi sumber gua nak percaya?

 gua meniti hari remaja dengan bermacam ragam.jujur,memang seronok life gua.cuma beza gua dengan bebudak lain.gua tak seronok bergembira atau buat apa saja perkara nakal.dengan girl(bukan maksud sini gua gayish).gua rasa perempuan amat melewehkan.lembap,dan bikin kantoi.gua jarang bergaul dengan wanita.rimas tengok sekeliling kawan-kawan gua yang indah bersama kekasih.gua pun bercinta dulu.tapi semua salah gua.gua kena tinggal.lelaki tak ada masa depan.siapa yang nak kan? bila minda makin lama makin terbuka.timbul rasa sunyi.yelah,kawan-kawan bila dah ada awek.memang jarang dah nak bergurau sama.ajak lepak macam-macam alasan bagi.last fikir,jadi tawar hati.maknanya life gua,tak ramai mampu follow.gua fikir baik gua cari haluan sendiri.bila kawan-kawan ajak lepak.baru jumpa.kalau senyap je masing-masing.boleh faham sendiri.macam gua kata,sunyi tu timbul.nak buat jahat seorang pun dah tak cool.gua jadi bebal,jadi dari situ.gua ambil balik subjek kegemaran gua.SEJARAH! gua  mula surf internet,cari bahan-bahan.tengok history channel.dan macam lagi fakta.gua teroka dan teroka.kaji dan fikir,benda ni betul atau tidak.

  sampai satu tahap.gua obses! gua jadi macam paranoid,dicampur internet ada dekat rumah dah.kerja gua.tengok blog,baca macam-macam bahan.campur itu campur ni.gua jadi lelaki yang agak kritikal.satu tahap.kawan-kawan tak nak borak dengan gua.sebab sembang gua tak masuk.mereka rasa jelik.kepala gua banyak berserta lontaran fakta yang mereka rasa,makin diajak bual.makin merapu.gua lost sekali lagi.khayal dalam dunia gua.gua bercampur pengetahuan tentang sejarah,politik,artistik,agama,tokoh-tokoh lama dan pelbagai lagi.gua jadi seronok.masa tu fikir,hilang kawan tak apa.jangan hilang ilmu.gua sukakan politik.cuma sayang,gua tiada apa-apa untuk bercerita tentang politik.sebabnya.tulisan gua tak mampu nak sampai tahap pemimpin politik duk perhati.tapi gua tak nak jadi lelaki bodoh yang dicucuk lembu.kalau orang tu salah.mesti hukum dia salah.gua lebih suka cara mendengar 2 versi cerita.dari situ gua boleh fikir mana satu hujah yang betul atau hujah yang melingkup.dan,makin banyak membaca.maka timbul lagi perspektif lain dekat gua.gua seorang leftist dan terlalu lantang hukum gomen.mereka-mereka bilang,gua lelaki hingusan baru mencebur dah nak mendepa seluas langit.kemonn laa.gua tak ada cita-cita nak join benda ni tanpa sebab.gua dah bilang.ayat-ayat gua tak mampu buatkan pemimpin politik nak pandang atau renung.gua akui,gua agak cenderung dipihak menentang.tapi tak semestinya gua tak ada menyokong yang pemerintah laksanakan.cuma kecenderungan gua ramai dah suspek ketara lebih kesana.

  bagi gua,memimpin ke,membangkang ke.dua-dua ada bebal.kancah politik dunia orang kaya.satu kutuk tu,satu kutuk ni.pakat duk kumpul fitnah dan tabur janji manis.dekat tempat gua.pihak pembangkang pegang.tapi duk sibuk nak membangkang je keje.suara penduduk dan fasiliti sini pun kurang dibaiki.mula timbul,patut gua jadi seorang anarchy.tak percaya mana-mana pemerintahan.lagi la ibarat mat jenin.langsung amat sukar nak direalisasikan.bila ada tahap,terfikir balik.patut jadi macam dulu? buat tak peduli....

 bersambung

Monday, 9 May 2011

all great artists are communists! part 2.


   life remaja gua,dari angka 15 sampai 21.banyak perkara sia-sia.kalau ikutkan,gua boleh kumpul duit dan sambar sebijik perodua kelisa dah.gua sibuk beli barang tu,barang ni.untuk nampak macam rocker sejagat.orang pakai tu.gua pun teringin.tapi main bundle je la.tak mampu mahal-mahal.gua banyak ben sherman.semua ada corak union jack.apa saja pasal union jack.gua balun.apa saja pasal culture UK,gua sanggup hafal.konon macam ilmu gua penuh dekat dada.tapi hakikat? gua english pun kelaut..

  gua suka membaca,melihat atau memikir.dari mengira atau apa saja berkaitan matematik.kalau anda belit sikit pasal mengira,tak kisah la convert pasal matawang sekali pun.gua boleh lambat pick up dan rasa pening.kelemahan gua kat situ.sebab tu gua gagal masuk universiti terulung.gua amat sukakan sejarah.jujur,(nak riak kejap).mata pelajaran sejarah adalah subjek gua tak pernah tak dapat A! dulu gua selalu percaya.sejarah ditulis untuk buat renungan.gua hafal setiap apa yang tercatit.peristiwa mana yang tinggalkan kesan.sebab apa? sebab buku teks sejarah banyak citer pasal british.gua suka tu..tapi makin besar,makin kaji makin selak.rupanya.buku teks hanya propaganda.tak banyak yang complete.menipu,tertipu dan bangang.buku sejarah yang agungkan satu pihak dan tak ambil cerita sebelah pihak lain..

  masa era sesat gua,gua pernah terfikir dan rasa.gua setuju dengan malayan union.gua dengan tak matang sikit.duduk bawah baginda queen.mesti lebih advance.pengaruh brits yang kukuh dan nampak kita negara asia seperti hong kong.macam-macam kelompok ada,pelbagai bangsa dan pelbagai budaya timbul.tapi,gua dah mula kenal surat khabar.masa tu.gua rasa surat khabar adalah wadah yang penting untuk rakyat  mengetahui hal negara.apa yang tak tahu.gua rujuk surat khabar.gua percaya yang media adalah sumber maklumat.tapi makin gua baca,makin gua lihat.surat khabar ni sama dah macam buku teks,pihak sana saja yang menang.asal buruk je.semua pasal pihak lawan.sampai gua musykil,gua percaya pada satu sumber.dan percaya itu paling betul.

 dalam berlegar waktu tu.gua tetap dengan life gua. sex,drugs and rock n roll.dah macam apa jadah masa tu.muzik,fesyen,knowledge entah apa-apa,semua berkait pasal budaya luar.gua lah bajet hero.menyalak sana,menyalak sini.downkan orang.tu semua gua bangga.kira gua memang pure english tapi tak reti speaking.menjengkelkan! bila gua lihat balik sekarang,gua sama dengan bebudak lain.seorang POSEUR!

  bila gua perasan surat khabar banyak cerita tak betul.lagi ligat gua kemaruk life gua.gua tak ambil pusing dah hal malaysia.lantak kau la nak jadi apa pun.pedulikan...gua remaja yang patut rasa nikmat ni sepuas hati!

bersambung.....

all great artists are communists! part 1.



   petikan english tu,bukan gua reka.tapi diego rivera(betul salah,maaf).gua dah terangkan awal-awal lagi.english gua amat teruk.sangat busuk dan terlalu sukar nak diperkatakan.gua contoh anak bandar yang tak menerapkan slanga english rojak dalam bahasa pertuturan.dan gua generasi akhir bebudak sekolah yang tak menggunakan ppsmi.tapi budak sebaya gua semua amik langkah sendiri dengan cuba belajar dan praktikkan.berbanding dengan gua,gua tak ada usaha langung nak maju setapak.ke depan dan ikut wawasan 2020 ciptaan madey..
   
   ikutkan,gua lelaki yang ketinggalan sikit dalam teknologi.gua kurang peka tentang trend,slanga,movie or apa-apa culture yang baru.gua lambat ambil tahu.budak-budak bawah umur gua semua dah power.gua baru perasan benda tu style terkini.jadi gua boleh dikatakan golongan konservatif gak. peredaran masa remaja gua.gua banyak terarah atau lebih sopannya.kiblat culture gua kearah jalur union jack.gua banyak dukung influence dari sana.jujur,masa tu tokoh dari sana lagi ramai gua kenal berbanding tokoh ultranasionalis dekat sini.sekarang ni,kalau cakap brahim ali dari perkasam pun gua kenal dah.gua sangat bodoh sampai boleh tahu greater london,west midlands,yorkshire and the humber,north west england apa semua.berbanding dari gua kaji dan ambil tahu tentang kawasan sungkai,paya jaras,chemor,bukit bendera,atau jajahan yang lain.sampai gua lebih arif mengenai god save the queen dari gua tahu perihal lagu terang bulan

  gua banyak tak ambil peduli hal dalaman.gua lebih agungkan penjajah dari hal pengkhianat bangsa.bodoh kan?

p/s:tengah malam gua sambung,banyak lagi gua tak jelaskan.maghrib dan memanggil...