Showing posts with label gua takkan menangis. Show all posts
Showing posts with label gua takkan menangis. Show all posts

Monday, 3 October 2011

mari berbuat baik.



sebagai rocker,kena senyum tengok orang bahagia dan doa yang baik-baik untuk dia.




amin.

Monday, 28 March 2011

maaf terakhir dari adik.




                  bila maut memanggil,rela atau tidak.kita kena lepaskan jua.walau masih banyak belum terlunas,impian bersama kita,cita-cita..kasih sayang yang baru bercambah lagi,ukhwah kita..namun yang kuasa penentu segalanya.sekelip mata tanpa mengira siapa.pergi buat selamanya...

                 aku akui,orang-orang yang tinggalkan aku selamanya.inilah orang yang selalu aku bertengkar,terjerit dan mendengus bila ada selisih faham.merekalah yang rajin untuk berperang dengan aku tidak kira waktu.asal berjumpa..itulah masa bertengkar.namun,tanpa terjangka..mereka sudah pergi selamanya.selepas angah,kau mengikut jejak mereka pula ateh.
  
                aku ingat lagi,masa kecil.arwah abah ada lagi.kita tinggal dekat flat,bulan puasa waktu itu.kita main bunga api ramai-ramai.dengan tak sengaja(walau berkali-kali,sampai sekarang aku rasa benda tu memang sengaja) kau tercucuh bunga api dekat kepala aku.luka  yang teruk,sampai raya balik kampung berkesan luka tu.tu semua memori yang kekal.walau memang kau dan arwah angah selalu bertengkar,marah aku.tapi bila aku tiada duit.dan selalunya korang memang aku takkan mintak duit sebab ego yang tinggi.korang tetap bagi juga walau aku tolak.aku tak mengerti masa tu,setiap kali tanya aku pergi mana,buat apa.mesti dengan suara yang garang.bagi aku,masa tu korang berdua bukan abang dan kakak yang baik.ada saja salah aku depan mata korang.korang tak sama macam along dengan alang.walau alang pun tak amik pusing hal aku.sebab aku rasa alang cool tak marah-marah aku.along memang tempat bergantung aku.sejak arwah abah takde.bagi aku along itu mak juga.dia yang besarkan aku.bagi aku sekolah apa semua.tapi kau ateh dengan angah tetap terbaik.kena belasah,rotan apa semua.itu aku dah tak ambil hati.bila aku sedar dewasa ni.itu tanda kasih korang berdua dekat aku..

                ingat masa kau nak bernikah? aku wali kau.sehari sebelum akad nikah.kau bertengkar dengan aku.aku pernah terlintas taknak balik rumah masa tu,biar kau dengan pae tak kahwin.tapi aku teringat amanah arwah angah.dia pesan dia tak sempat jadi wali untuk kau,lihat atas pelamin.dia suruh aku ambil tanggungjawab tu.sebabkan arwah angah,aku balik dan lupakan hal kecil tu.semua lancar,sampai lahir sarah,anak kau..pasal sarah,aku,along dengan alang dah janji.takde bezakan dengan sesiapa.kitorang akan jaga sampai dia besar.beri yang terbaik untuk dia.walau pae ada lagi,kitorang tetap ambil berat.aku cuma terkilan,sarah dah kehilangan kau masa usia yang cukup muda.tak tahu apa-apa.sejak kau pergi.along dengan alang amik telefon kau,tunjuk kat dia gambar kau dengan dia.buat dia lepas rindu.bila dia menangis.kami tunjukkan gambar kau..sampai aku memang tak tahan airmata ni menitis sekali.telefon tu memang untuk sarah,buat dia lepas rindu tengok wajah kau.

             aku pernah berjanji,aku taknak nangis lagi sebab sedih lepas arwah angah pergi.tapi tak mampu tahan lama,sebab aku betul-betul terkejut dengan pemergian begini.mak,bila macam ni.sampai kena papah,mak cepat tersentuh.bila sorang-sorang.mak akan nangis.mak cium je baju yang kau pakai masa terjatuh tu.kitorang takleh tinggalkan mak sowang-sowang.kalau along atau alang yang tak teman,aku yang teman.meleleh air mata mak.trauma arwah angah pergi pun tak hilang lagi.tapi kau pula yang ikut arwah angah dan abah.keadaan cam ni.buat kita adik beradik rasa tak terpisah.dah tak sanggup nak hilang lagi.

           maafkan aku ya ateh,halalkan makan minum tanggungan apa semua.aku tak pernah terguris lagi atau simpan apa-apa dengan kau.walau kita begini,kau tetap kakak aku yang terbaik pernah hadir dalam hidup aku.walau hubungan kita ni tuhan bagi pinjam sekejap,tapi memori bersama tetap aku ingat sampai aku mati..semua yang indah,yang buruk.kau tetap aku sayang.aku sentias akan ingat dekat kau.walau kita terputus didunia..doa aku takkan putus untuk kesejahteraan kau disana..maafkan aku sekali lagi,aku banyak buat salah dekat kau.terlalu banyak.tinggi suara apa semua.maafkan aku kakak,aku benar-benar terasa kau pergi.aku menulis ni dengan linangan air mata aku.aku tak mampu tahan.macam-macam ujian allah kasi,aku harap aku ada kekuatan yang cukup kuat untuk jadi ketua keluarga.jaga maruah,nama baik mak,along dengan alang.aku janji...

          dulu,sebulan sekali.bila nak pergi kubur.aku sediakan dua jambak bunga.satu untuk arwah abah,satu untuk arwah angah.sekarang,aku akan beli tiga jambak.untuk korang.aku sentiasa akan lawat korang.aku cuba semampu melawat.hanya iringan doa yang mampu aku beri.pengikat kita adik beradik sampai mati.moga kau lena dalam pelukanNya,senyum dan sejahtera menanti kami mengikut kalian.maafkan aku sekali lagi kakak,tak dapat balas jasa dan pengorbanan kau.aku janji,aku balas balik dengan beri yang mampu untuk sarah.maafkan aku sekali lagi.insyaallah,berjumpa kita di syurga tertinggi nanti.amin....



penuh rindu dan cinta paling tinggi dari adikmu.
al-fatihah
zaihizma binti zainudin
14/3.1982  - 26/3/2011

Thursday, 3 March 2011

mereka-mereka yang merdeka atas kaki mereka sendiri.





     gua dilahirkan dikalangan rakyat yang secara lahiriahnya,bersetuju untuk patuh dan menerima undang-undang yang dicipta semasa zaman merdeka.hal yang dipersetujui oleh semua pemimpin kaum,golongan bangsawan dan rakyat jelata.bersetuju duduk dibawah satu bendera,satu perlembagaan dan satu tujuan.untuk membentuk masyarakat yang majmuk lagi berkebajikan.hal ini telah dibilang oleh ibu gua semasa gua kecil lagi.jadi,dengan rasa semangatnya.sejak kecil gua pelajari makna merdeka dan sejarah penubuhan negara ini tanpa paksaan dari mana-mana pihak.

     bila makin besar,makin tebal bulu ari-ari ni.gua mampu berfikir sendiri.merdeka ada pelbagai maksud.ikut had dan kadar akal seseorang.apa yang dia paham,itulah yang dia tau..buku teks dah tulis macam-macam.buat apa gua nak dedahkan mana yang patut...kena cari info sendiri la gitu dekat blog-blog yang penulisan lebih kepada nasionalis..situ macam-macam ada.radikal tak perlu ditunjukkan secara terangan,biar nampak smart..
    
      ada orang,dari kecik dikurniakan susur hidup yang cantik.keluarga baik-baik,pelajaran cukup,adik beradik produktif,mampu milik apa yang ada didunia.semua tu rezeki masing-masing.tapi bagi gua,kalau tak bermula dari zero,tak cool rasanya erti hidup..terkadang masa kecil,gua selalu mengeluh.asal gua takde apa yang kawan gua ada.masa gua belum akil baligh lagi.gua pandang langit.gua mengadu,kenapa gua umur macam ni(masa tu gua dalam lingkungan 8 9 tahun) gua kena turun naik tangga flat angkat meja,kerusi,periuk dan benda-benda yang ikut had kondisi badan gua masa tu..kenapa gua kena berhenti sekolah agama? masa kecik kan.. apa la faham sangat maksud susah payah ni.gua ikut je la apa yang orang suruh..mak gua bagi makan,tulah gua makan.tapi kalau lauk ikan,gua sanggup pulak telan roti 50sen (bajet anak lord).gua masa kecil kuat melayan gak,nak itu.nak ini.sekali dass tempeleng hinggap kat pipi.gua senyap... terus chow main guli tengah2 hari buta.gua akui,memang kecik-kecik gua kuat merungut.ada je tak kena..lepas merungut sambil pandang langit uh.dah luah segala,rasa lega la.. esok lusa ulang balik benda sama...

    bila dah remaja,gua dah bertambah ok.gua dah tau sikit-sikit maksud kehidupan..sebab masa kecik,bila gua merengek nakkan sesuatu tu.memang payah bebenor nak dapat.gua pun tak paham,asal kemut sangat famili gua ni..tengok semua gemuk-gemuk.sihat je tubuh badan.gua mintak pro yo ngan digital digimon(masa tu benda uh hot) pun susah.gua betul-betul tak paham.apa laa gua xsama cam budak-budak uh leh dapat apa yang dorang nak.cam biasala.. gua merengek sendu sendan.penampor hinggap.terus senyap..dulu gua ingat,masa kecik gak citer ni.kali ni gua xde cara mintak cam anak-anak orang kaya(sebab kawan suh tukar trick) gua buat muka paling sedih.gua cakap kat abah.gua nak kasut bola.seingat gua,tu tahun world cup france.(masih lagi dalam darjah).abah gua boleh jadi bapa penyayang pulak time tu.dia kata setuju nak belikan.dia bawak la gua g kedai batu(dak desa pandan mesti tau kat mana) belikan gua kasut bola.gua excited beb masa tu..yelah,masa tu bapa gua bilang.boot ni ronaldo brazil guna.leh score banyak.. biasala,gua kanak-kanak lagi.orang cakap sikit percaya je.gua dengan bangga turun pakai.(dari umah gua dah sarung) sampai padang.gua kena gelak,sekor dua xpe la lagi.ni ramai gak.gua heran,gua cakap la lu orang jeles ke tengok boot baru gua? lepas tu lagi kuat dorang gelak.dorang cakap..kitorang pun xpakai boot cam ko ni.(mula rasa nak riak) pastu ada sekor tegur, ni boot bola getah,harga rm9.90 je.ikutkan orang kampung yang guna buat g kebun.tambah stud uh nak bagi cengkam redah belukar..orang semua pakai kulit-kulit.baru azman adnan! gua,tanpa segan silu.buat cool je la.gua pun main je la.. time maghrib,orang beransur blah.gua slow-slow jalan seret tali kasut.meleleh air mata..gua dah kena game.

     dari situ,bila dah menengah.gua dah paham apa yang family gua hadapi.apa yang gua nak,walaupun kadang-kadang mintak sikit jugak kat adik beradik gua.gua cuba sendiri,cari duit,usaha(judi masa gua xtau beza halal&haram) dan macam-macam lagi.selagi gua ada kudrat,gua nak elakkan mintak tolong family.sebab dorang dah bagi gua sekolah,tumpang berteduh.cukuplah.. takkan gua nak mintak macam-macam lagi..gua dah rasa bersyukur..dan sekarang,gua tak mengeluh lagi.mengadu kat langit..sebab gua dah membesar.. ramai lagi spesis cam gua.kalau kutu rayau leh hidup,takkan gua yang cam ni xleh hidup.bagi gua,nak dapatkan sesuatu..biar try dulu cuba dengan apa yang lu orang ada.chill,kena gelak.tu basic.lu orang pakai la apa lu orang punya suka,baru ada attitude sendiri.kalau family mampu,lagi syok.leh mencuba segala..tapi kalau lu orang ada nasib dengan gua.rilek,kita mencuba je dapatkan apa yang nak.. itu namanya kepuasan,dengan usaha kita sendiri.biar xde sedara mara yang bantu,mohon nak jadi gomen ke,pegawai ke,biar xde cable ABANG-ABANG,biar xde rupa,dan biarkan xde harta.yang penting lu orang dan gua jangan mengeluh.kita cuba sehabis baik.sebab bila kita dapat benda uh,dengan titik peluh sendiri.kita akan hargai benda uh seadanya..chill,apa orang nak kata.lu orang senyum.macam gua..anak-anak yang lahir dari family yang mampu.tu semua rezeki dorang.kita xyah jeles...buat life kita je..ada usaha,ada la rezeki kat mana-mana..miskin tak beerti tak leh bergaya.yang penting tau cara dan jangan lu orang dan gua gadai maruah.gua respek budak-budak yang merdeka atas kaki mereka sendiri!

Monday, 17 January 2011

antara ibu,atau rock n roll




                        gua tiada siapa-siapa dekat dunia ni.life gua berkisar dari ibu,kakak dan anak sedara.atok nenek? dari gua lahir,sampai skang.belah ibu atau ayah.gua tak kenal siapa atuk siapa nenek.gua tak tahu rupa dorang macam mana.yang gua tahu,gua ada panggil nenek masa kecik dekat seorang makcik uh.kakak-kakak gua pun panggil nenek.jadi automatik gua ikut panggil nenek.atuk? siapa yang gua tengok baik dengan gua.gua panggil la atuk.(termasuk polis yang kasi lepas masa road block)
                      
                         ibu dan rock n roll? dua-dua gua sayang.ibu sampai syurga.rock n roll boleh tempa nama... gua kena pegang amanah.gua akan jaga ibu sampai gua mati..walau apa cara sekali pun.. gua kena kuat.akak-akak semua dah kawin.gua jantan seorang.saudara? saudara gua semua dah mati. gua kena jadi hero untuk ibu.dalam hidup,agung mana kita pun.ibu tetap depan... sebab tuhan janjikan.kalau kita nekad tak kahwin..kita jaga ibu kita sampai kita mati.tuhan janjikan bidadari kat kita.. gua harap,abang gua dijanjikan bidadari dekat atas.sebab dia pergi mengadap pencipta dia tak kawin.dia jaga ibu gua elok-elok.sekarang.tanggungjawab tu dekat gua.. gua akan pegang pulak janji ni.




*andai kata gua mati tak kahwin,gua terima takdir ini.yang penting sebelum gua mati,
   biar gua buat ibu tersenyum.

Thursday, 13 January 2011

emansipasi kelongsong habuk.



           2011,umur dah meningkat...bukan makin ligat.cari sesuatu kegembiraan.tapi makin pening...nak gapai impian.makin tua,patutnya janggut dan misai gua dah macam taliban.tapi hormon tetap lembut..sejembut tiada kasihan nak jadi lebat.gua runsing dan hairan...gua bukan budak-budak lagi.walau hakikat menjaga kanak-kanak dalam rumah pabila siang menjadi taska adalah slip gaji gua..(jangan pelik,lelaki pun boleh jadi babysitter)

          gua tak tahu,mana silap gua.apa yang gua aturkan dalam hidup.selalu terbalik.gua produk mahasiswa yang gagal..gua bukan produk hasilan gomen untuk bekerja dan patuh arahan negara.tapi tak beerti gua langgar arahan gomen.gua tetap ikut.suh daftar mengundi.gua dah buat walaupun secara tak sengaja masa itu.gua masih musykil.gua begini untuk jadi apa?
      
         gua tak rasa gua makin tua,memikirkan sesuatu yang tetap.yang bila tiba akhir nanti.benda itu gua
akan ulang dan terus ulang lakukan.(macam posmen,cita-cita asal gua).gua masih katak bawah daun pisang.tiada perubahan.tak efektif untuk kedepan.tak ada benda tetap yang boleh yakinkan kekasih yang gua boleh jaga dia hingga akhir hayat.dah macam-macam benda gua buat.macam-macam list kaedah untuk gua teruskan hidup..adakah gua dilahirkan dengan tuah tiba-tiba datang bergolek?
menjadi bintang walau rupa gua kawah bulan? tak mustahil kan... kahkahkahkah.

       mungkin gua perlu buat satu misi.2011,gua kena cari benda baru yang gua tak pernah teroka.gua perlu laju lagi lawan arus.tingkatkan mental sebab bila gua lawan arus.tak ramai yang bersorak.semua pakat tengok gua gagal..gua kena kekalkan usaha.maintain.kurangkan kilogram.gua dah boleh fikir baik buruk..mana halal mana haram..gua kena 100% dengan zero sebelum jadi hero

        misi pertama.biar gua dengan partner gua sukses sukses sukses dalam bisnes baju.biar lambat.asalkan gua dan dia tak tahu maksud putus asa...gua akan tampar dia andai dia mengalah,dia akan terajang gua andai gua merungut....gua perlu ada strategi agar ada yang memandang kami.
jyeaaahh...dan gua..demi masa depan,dan masa depan siapa yang bakal jadi isteri gua.gua akan lebih menjadi manusia sedikit untuk 2011 ini,amin!

Saturday, 8 January 2011

pesan ibu kat makhluk bernama airul izwan..

mak aku ckp,,,,'iwan, blaja elok2.... ko sowang je org laki dlm umah kite.... angah dh xde,,, die ikt  arwah abah...ko kurangkanlah kenakalan ko uh... mulai skang,,, ko pemimpin dlm umah... sedare mara lngsung x ingt kite...bile kite jatuh,semue buang kite...iwan je harapan mak skang..bile ko dh berjaya.. bwu org nk pandang kite blik..ateh dh nak kahwin,ko kena jadi wali die... jaga kesihatan ko uh.... lepas niy,along lak yg nk kahwin...ank2 perempuan mak akan ikt suami dorang..ko jelah penyeri idop mak...ko x jahat sebenarnya... mak tau,mak yang lahirkan ko...apa yg org kata pasal ko,mak tak amik pusing pun...perempuan dan cinta,, ko lupekan je dulu....hidup ini mmg byk cabaran,,, mak tau,bile ko ada masalah,, ko suke pendam,ko xpnah bgtau sape2 pun ko ada masalah,tapi iwan anak mak,mimik muke ko dapat menceritakan segalanya..mak tau,,dah banyak peristiwa silam dlm hidop ko...ko mmg x matang lagi,,, tapi pengalaman dan hati ko yg buat ko tau camne atasinya...doa mak sentiasa iringi perjalanan ko....ingat,,akak2 ko masih ada lagi... jaga maruah keluarga...kasih sayang mak x pernah berbelah bahagi kt korang semua,walaupun mak tegas sikit kt ko....walauapapun,iwan tetap anak mak'



......ak menangis sekali lagi,selepas pemergian abang n abah... cukup r,,lepas niy,, aku akan menangis untuk hadiah sebuah kejayaan....



*post balik sebagai bukti aku kena pegang kata-kata ni.

dari kajang mendarat ditanah carnaby.





sambil mulut masih lagi mengunyah-ngunyah cebisan sate haji samuri.aku leka dalam halusinasi palsu tengah hari.laptop peneman diri ini sentiasa meliar-liar dengan nyanyian dari irama 60an.. bingit? mana mungkin...aku selalu berangankan kebahagian..(mood mendengar lagu pergi)..aku leka dan selalu juga terlena diiringi gesekan ghairah biola.pernah juga mimpikan carnaby..kenapa carnaby? bukan milan,paris,osaka ataupun golok?
       saya sendiri tidak mengerti kenapa sukakan tempat begitu
 mungkin aku suka mengembara,gemarkan sesuatu yang buatku pelajari cara berinteraksi dengan bangsa lain.tidaklah berbeza jika carnaby itu dibandingkan dengan petaling street.. yang pintu gerbangnya mungkin seakan sama cuma berbeza pembuatnya.kerana bagi abnormal sepertiku,tidak salah jika aku mempunyai cita-cita normal seperti sahabat lain yang ingin berkelana ataupun bergambar ditempat impian masing-masing.cuma mungkin,aku nak menetap disana.tidak kira lama purnama bulan berlabuh.paras berbeza mata wang dan kefasihan slanga frasa bahasa keduaku.aku cuba bertahan disana.
        hujan hina di negeri orang,hujan sanjung di negeri sendiri
dan semestinya itu kebenaran..siapa tak nangis tinggalkan tempat kita kencing,berak bertanam dekat sini..ulam raja,jering,petai,pucuk ubi yang selalu ibu buat mana ada muslim pakistan dekat sana reti..gila berbeza sosio akhlak andai tidak pandai mengatasinya.mana tau suatu hari nanti,aku minum teh petang-petang sambil bincang politik dengan carl barat.sungguh indah begitu.ajarkan anak john terry cara pakai kain pelikat.kan pelik begitu? benda-benda yang tak logik ni selalu buatkan kita senyum sendirian.bukannya aku mengidamkan tubuh kate beckinsale(terbukti aku gila andai aku kata begitu)..tapi selagi rasional dan masuk akal..buatlah apa daya kreatif yang kita ada
            dan terbukti ini benar
 suatu hari nanti,tidak kisah la 5 tahun lagi,3 tahun lagi.aku pasti akan tinggalkan kajang dalam erti kata lain malaysiaku no 1! buat sementara..pasti,akan aku gendong segala yang aku tahu.hinggap disana(jika tak kesampaian ke carnaby pun.aku tetap pergi) aku akan catat segala yang terpikir untuk nostalgia buat yang lain.aku akan teroka dunia sahabat yang lain pula...moga niat aku mencari permata didengar yang esa.bukan tidak impikan makkah,madinah dan jerusalem,tetapi sementara masih ada tenaga..aku akan terokai tempat lain dahulu..tidak kisahlah mengembara ke negara orang semata-mata angkat senjata masuk kehutan(ideologi yang sama) yang penting aku akan cuba...harap agar impian nak ucapkan selamat tinggal  dekat sahabat terlaksana nanti...amin.







“It's a good thing we won, because we were going to thrash the place if we didn't.”


*doakan ya ramai-ramai. :)

hadiah terindah dari seorang ayah




tarik nafas,dan mulakan kisahnya.ini cuma cerita tentang kasih seorang ayah kepada anak yang aku sendiri akan cuba terjemahkan dalam serungkai kata.kisah si anak yang hanya bersahabat dengan bapanya selama sebelas tahun sahaja.maka,sisa kasih,sisa rasa dan sisa sedih hanya berlagu dalam lingkungan itu sahaja.si kecil yang berdiri sendiri,mengenal abjad dan rumi dengan cara tersendiri.kisah ini lebih bernada di sekitar si anak di umur derita,sembilan tahun adanya ketika di darjah tiga.bersekolah di tengah kota,yang rakan sebayanya semuanya sejenis dengannya.si anak sejak kecil tidak pernah bertanya walau dalam sekelumit kata,kenapa si anak berada di sekolah itu,lalu dijawab sendiri ayahnya,disitu kau akan belajar dewasa,tanpa rasa ingin bercinta.sebab bila dewasanya kelak.kau akan sopan dan jaga tuturmu didepan sifat berlainan jantinamu.si anak kecil angguk mengerti,dihantar ke sekolah setiap hari.dengan menaiki kapcai yang setia menjadi peneman ayah.ketika keluarganya hanya duduk di perumahan berkotak,sambil diisi penghuni yang setaraf dengan mereka.si ayah bekerja sentiasa,sambil tidak leka menjemput anaknya setiap hari selepas tamat waktu persekolahan.tidak kira embun pagi,tidak kira senja hari,tidak kira ribut untuk diharungi.si ayah tetap menanti di pagar itu.bersedia untuk mendakap si anaknya yang riang bebas dari bebanan pelajaran.pernah si ayahnya tidak hadir di depan pagar,tapi si anak tidak mengerti.tetap setia menunggu dengan harapan ayahnya akan muncul nanti.pernah juga si anak pulang sendiri.meredah jalan sambil menjinjing beg yang mula reput serba serbi,kerana muatan melebihi kekuatan.tapi si anak tidak peduli,yang dia kisahkan,biarlah dia pulang dengan senyuman.untuk mengaburi penglihatan.apabila si ayah pulang,si anak terus berlari,ingin cuba memencil diri.tapi si ayah menarik lalu dakapkan diri.abah lewat sebab nak cari lebih rezeki,buat kau yang derita,untuk aku gantikan beg lama.si anak menjerit,aku tidak perlu beg baru bah,sebab aku hanya mahukan kau menjemputku sahaja.lalu balas ayahnya,itu tanggungjawab abah.kau terima sajalah..si  anak diam tidak berkata,lalu pergi bermain dengan anak-anak jirannya..ayahnya seorang penjaga stor sahaja.yang bernaung di bawah dewan bandaraya.kadang mengutip sampah selepas waktu kerja.untuk menampung isi keluarganya.si anak pula tidak tahu apa,yang dia tahu.bermain dan bebas sahaja.sehingga suatu ketika,ketika berada di rumah jirannya.penuh alat mainan yang dia sendiri tidak menjangka,si anak jadi tidak tentu hala,kerana mainannya ketika itu hanya senapang ceri,polis entry,menyorok-nyorok sambil  mengira dengan jari,guli dan juga gusti.memang si anak tidak pernah menyeberang sebelah hadapan,kerana sudah diberi peringatan.jangan masuk ke kawasan itu,sebab kau akan leka sahaja disitu..tapi sifatnya anak kecil,yang suka meneroka mungkin dari darah ayahnya..yang berhijrah ke kota untuk melepaskan duka.setelah dibuang keluarga.si anak tetap kering,redah dengan hati sekeping.untuk melihat syurga yang lain.apabila diketahui ayahnya.maka tali pinggang menjadi saksi,betapa teruk diuli untuk mengerti,mengapa ayahnya begini.si anak berhenti madrasah dari darjah dua hingga empat,kerana diminta untuk membantu ibu berniaga,setelah ibunya diberhentikan kerja.lalu si anak yang tolol tidak tahu apa,terus ikut katakan ya.si anak hanya bersekolah biasa diwaktu petangnya.pagi menolong ibunya berniaga.angkat meja,sapu sampah.si anak ketika itu memang keding orangnya.kerana baginya,makan apabila ada disedia.bila tiada maka hanya masam muka sahaja.si anak mula teringing,hendak ada robot sendiri.walaupun ketika itu si anak sudah mula ada mainan elektronik sendiri,pemberian saudara dan teman.lalu di suatu hari,si anak berkata dengan ayahnya,,,aku mahu robot sendiri bah.sebab kawan-kawan semua dah ada mainan begitu,mereka semua tidak mahu bermain teng-teng lagi denganku.sebab mereka kata itu kerja orang-orang dulu..anak bandar mesti ada mainan istimewa..si anak terus berkata,aku akan tetap minta bah,tidak kira letih aku tetap jeritkan juga.lalu si ayah berkata,bolehkah kau berjanji sesuatu denganku? si anak berkata apa dia? kau mesti belajar bagus dahulu.biar periksa dapat nombor satu.aku janji aku belikan robot yang kau akan teruja...lalu anaknya membalas pula..aku cuba apa yang aku tahu bah..setelah hati mula gembira,dijanjikan habuan limpahan ayahnya,si anaknya mula belajar,tidak kira masa.tidak kira waktu berniaga.jika tiada pelanggan..si anak akan mentelaah apa yang dia tahu sahaja.demi mengejar sebuah robotnya...setelah tamat periksa,anaknya mula riak bangga..kerana dia tunaikan janji kepada ayahnya.lalu dituntut janji pula kepada ayahnya..abah,aku dah buat kerja yang kau pinta,aku dah selesaikan dengan jayanya..mana robotku bah? aku akan beri esok hari...tidak lena tidur anak,asyik terkenang untuk ditayang kepada teman.tanpa si anak sedar..si ayah tidak seharian pulang..pagi esoknya,si ayah pulang.dengan bercomot wajahnya..anaknya berlari tidak kisah bau busuk  melingkari tubuh ayah.. mana robotku bah? ada.jangan gelojoh,aku dah dapatkannya wahai anakku tercinta..ayahnya mengeluarkan sarung guninya..didalam kotak,impian didepan mata..si anak bertanya,kenapa kotak lain,isinya lain bah? kau tipu aku ya bah? lalu dijawab abahnya.itu khas buatmu nak,tidak ada yang sebegini di dunia.si anak jadi teruja,tinggalkan pergi ayahnya tanpa terima kasih yang jadi amalannya.tidak kira hari,robot itu peneman diri,dimandi dan dibawa ke kanan dan kiri,baginya dia ada robot istimewa,yang tidak mampu juga dimiliki orang kaya..sehingga suatu hari,apabila ayahnya sudah pergi.baru dia mengerti cerita disebalik tirai hati...ibunya memberitahu,robotnya itu dari sisa sampah sahaja..ketika kau meminta hadiah,keluarga kita dalam kesusahan adanya..abahmu tidak mahu mungkiri janji,lalu dipanjat dan menyelongkar sekalian isi..untuk menunaikan hajatmu dihati..si anak menangis tidak henti-henti,kerana dia ditipu sehingga ayahnya tidak kembali.si anak sudah mengerti..bahawa itu hadiah yang tidak akan ditukar ganti.dari seorang ayah yang hadir sekelip disisi..si anak berjanji..abah,aku akan jaga robot ini hingga hari tua...kerana kau berikan aku hadiah terindah yang kau kutip dicelahan sampah......




p/s:jika kita ada bapa,ambik sahaja pemberiannya...abah,kau hero aku sampai aku mati!