Showing posts with label sepakbola penuh setia. Show all posts
Showing posts with label sepakbola penuh setia. Show all posts

Wednesday, 26 October 2011

bolasepak milik rakyat.

                


life gua,banyak dihabiskan dengan bolasepak.dari kecik bawak sampai ke hari ni.gua bahagia dengan bolasepak.gua dengan bolasepak tak pernah putus.gua tetap setia dengan bolasepak.macam mana gua setia dengan scene rock n roll.macam mana gua tak mengikut arus modenisasi.macam mana gua tak cucuk punggung anak-anak muda yang berubah-ubah menjadi trendy wanker.macam tu lah gua dengan bolasepak.hari minggu gua,masa dulu.tak gig,bola.tu je la keje.gua pernah putus dengan awek pasal benda ni.gua pernah jadi seorang yang sia-sia pasal benda ni.

sampai tahap,gua makin aggresif dengan cinta gua.gua selesa jadi penonton bolasepak,gua kaki bangku.sepak bola pun ikut arah telor tersepit kemana dalam spender.meluncur keatas!. sampai gua dapat kesan bakat tu,gua tukar main ragbi!.tapi ragbi tak sama dengan bolasepak.ragbi dekat malaysia tak segagah bolasepak.agama kedua seluruh pengikut di barat termasuk latin.sampaikan maradona pun ada jadikan dia sebagai satu bentuk agama di argentina.power tak power penangan bolasepak ni.gua pergi stadium tengok bola,gua pergi mamak pun tengok bola.jarang mamak duk tayang saluran astro ceria atau warna.

orang tanya,kenapa  gua habiskan sisa life dengan bolasepak je.tak boring ke tau benda tu dalam hidup? sebelum ni,gua cuma jawap macam bangkai je.sekarang gua jawab betul.gua tengok bolasepak,tak semestinya gua tak tahu benda-benda lain.lu orang ajak je gua sembang apa,berdiskusi macam-macam.insyaallah gua boleh handle dengan senyum ikut apa yang gua faham dan lihat.lu orang ajak sembang agama,politik,hiburan,history,teknologi,peradaban,kesedaran sivik dan macam-macam lagi.gua boleh jawap.tapi ikut level mana lah yang ditanya.gua tak mahir semua.tapi gua tau asas-asas dia..

apa yang best bolasepak malaysia?  tak ada yang best selagi fam tak berubah! tu yang jawapan pasti.sebenarnya,bola malaysia banyak sejarah yang tercatat dan tak dicatat.benda tu tak ada kalau kita duk tengok tv,perhati game cam tu saja.bolasepak adalah art sebenar! ada beza dia..betul-betul berbeza kalau kita duduk depan tv,dn tengok game dekat stadium.aura rasa lain..spirit lain macam.

kalian bangga dengan fan luar yang cipta macam-macam formasi or cara mendukung pasukan masing-masing.tapi sampai bila kita nak bangga dengan cara orang luar.bila kita nak terjemah dekat stadium sendiri? tak salah nak sokong team luar gila babi.gua sendiri sokong team luar,tetap pergi mamak bila game dekat malaysia takde.tetap bayor dua tiga ringgit untuk beberapa gelas teh tarik.cuma feel dia tak sama  macam kita sokong darah bangsa sendiri.biar fair and square.time game luar nak sokong,sokong.tapi bila negeri sendiri perlukan anda... tu dah kira tanggungjawab..


gua faham perasaan supporter dari melaka,penang dan negeri-negeri yang tak fight atau sekadar nak cukup korum je dalam league malaysia.mereka ada hak nak touching or  protes sampai berkiblatkan terus liga luar.tu semua masalah persatuan.politik dan sukan malaysia memang tak lari.dua benda ni jadi kawtim untuk seiring dan sama-sama pegang telor jaga pengaruh depa..sebab tu gua tak hentam terus orang yang duduk tengok mamak menjerit semua.mereka ada hak mereka sendiri dan sebab sendiri.cuma,gua harap mereka masih ada jiwa untuk bolasepak malaysia.

dah tak ada jalan dah nak selamatkan bolasepak malaysia ni.hanya cara protes berterusan  dan  cipta revolusi je yang selamatkan kita semua pencinta bolasepak ni.gua sedih,baru setahun dua jersi malaysia ni laku gila babi.sampai jadi fenomena kejap untuk rakyat malaysia.itu dah cukup buktikan semua sayang bolasepak walaupun masa tu kita baru naik setitik je.walaupun yang pakai tu ada yang sekadar bermusim.tapi dah cukup nampak nice untuk seketika.dah tiba masa,kita sebagai rakyat lawan dan terus lawan depa semua.dah terlalu lama memimpin.tapi hasilnya langsung tak nampak.kita makin maju,tapi kita makin jahanam dalam bolasepak.

bagi gua,bolasepak ni bukan sekadar nak menang dan bergembira,untuk peringkat international.bolasepak ni pengganti perang untuk menunjukkan siapa negara yang handal dan berkuasa.bolasepak  tu sukan unik...macam-macam terjadi dah pasal bolasepak ni.cuma,keindahan bolasepak diragut untuk kepentingan tertentu.bolasepak malaysia dihiasi maki dan hinaan.


so? gua sembang bebel-bebel ni,kira dah jauh hati dengan bolasepak?  tidak.bolasepak tetap dekat hati.bolasepak tetap peace,freedom dan harmony untuk gua.

gua sedih,tengok rakyat malaysia ni sebenarnya mudah dibeli dengan habuan atau wang ringgit.mudah berubah hati dari setia kepada perjuangan.gua syak,andai terjadi perang dunia 3.mungkin ramai berpaling tadah dan cium kaki untuk dilepaskan.orang kaya melempar duit kepada miskin untuk bagi mereka senyap dan patuh..


-kami boleh putus dengan berpuluh gadis sepanjang hidup.tapi kitorang tak pernah melafazkan kata putus atau touching sejentik pun dengan bolasepak.-



Monday, 24 October 2011

rm50 dan semangat bolasepak



gua terketuk hati untuk sembang dick pasal bolasepak,yang sedia maklum.ramai supporters seluruh dunia anggap bolasepak tu religion kedua mereka.tapi dimalaysia,bolasepak masih biasa dan luar biasa bila pasukan kesayangan masing-masing berjaya.tu semua lumrah.bolasepak ada feel dan spirit tersendiri.bolasepak juga adalah sukan yang buatkan para lelaki menangis dengan penuh maskulin.jarang sukan lain boleh buatkan para lelaki gagah menangis.lu orang pernah tengok lelaki menangis sebab golf? tak pernah kan..


cuma di malaysia,bolasepak tak ada la sampai tahap terlalu ekstremis dan buatkan setiap rakyat malaysia menganggap hari sabtu adalah football day.ok,ok. ramai yang still anggap hari minggu adalah hari bolasepak.cuma majoritinya stadium dekat mamak.bersorak di mamak.dengan faktor lambakan siaran liga luar,hebahan besor pasal keunggulan liga luar.sampai ada tahap,bolasepak malaysia dah rupa celaka dekat tanah air sendiri.terkial-kial.

benda yang menjahanamkan bolasepak malaysia ni tentunya semua sedia maklum dari pihak FAM.sekarang semua mood piala malaysia..anak-anak negeri yang setia dengan team negeri masing-masing dah mula lancarkan propaganda dekat mana-mana laman sosial.semua duk bersemangat.alih-alih,FAM naikkan harga tiket tanpa munasabah.kemain lagi dorang cekup duit supporters dua negeri ni.rm50 untuk final piala malaysia.gua tak tahu nak tuduh apa.cuma,gua sebagai supporter selangor turut terasa tempias sebab ramai yang tuding jari dekat team favourite gua.ok,setakat level perli,hina dalam bolasepak adalah perkara biasa.kena steady la.tapi bila melibatkan perkara yang tak masuk akal ni.gua  pun naik angin.kami seluruh fans selangor pun sendiri mengutuk dan rasa tak selesa dengan home ground sendiri.inikan pula peminat-peminat team lain.setiap kali game home,tiket berharga rm15. bayangkan setiap home game.berapa rabak duit gua habiskan untuk team kesayangan,dicampur dengan beberapa awaydays lagi.tol,minyak,makan apa semua.dah berapa banyak duit dikorban semata-mata cintakan bolasepak.gua memang merungut dengan harga tiket,rm15 pun gua dah hangin,inikan pula rm50!

gua masih musykil pada mereka yang bersikap realistik dan back up fam.ada yang cakap rm50 ni masih relevan untuk final di malaysia sedangkan negara asean lain tiket final lagi mahal.dicampur dengan beberapa pengkomen konek senget yang kata,kalau kelab epl boleh sanggup bayo mahal-mahal,tengok motogp sanggup mahal-mahal,redah konsert sanggup mahal-mahal,inikan tengok piala malaysia.gua rasa,orang-orang yang komen ni memang bahlol.tak fikir dari sudut pelbagai.yang pergi tengok game epl julai haritu bebudak yang selalu datang stadium ke setiap kali super league? yang pergi tengok motogp tu bebudak yang pergi awaydays travel negeri orang ke tengok pasukan kesayangan mereka? yang banyak tengok bolasepak malaysia ni.yang setia dengan team negeri masing-masing kebanyakkan nye orang-orang biasa.yang kerjanya petani,nelayan,penjual baju bundle,juruteknik,bawak teksi dan pelbagai lagi kelas kerja yang sewaktu dengannya.tak ramai golongan tinggi or berpendapatan tinggi yang tengok game liga malaysia ni.tak sama taste kata dorang.cuma masih ada segelintir yang okay dan steady duduk pergi stadium gak walaupun kena lempar ayor dari orang atas..bolasepak ni sukan rakyat,tak semua orang mampu nak tengok motogp,f1,golf,polo,equastrian dan apa lancau lagi semua.feel dia tak sama dengan bolasepak.lu orang yang tak minat bola pernah terbayang tak kami yang gila bola ni.boleh berpeluk dengan bangsa lain,menjerit sama-sama,nyanyi dan pelbagai lagi demi pasukan kesayangan.bolasepak adalah salah satu medium yang memupuk semangat tak kira bangsa,agama dan apalagi fahaman politik.tengok kat mamak cukup,semua orang gembira dengan favourite team masing-masing.melayu,cina,india dan semua  bangsa malaysia leh lepak satu table ngeteh.lagi true bila dekat stadium.benda ni tak ada rasa dekat mana-mana.even dekat gig pun tak sepower bolasepak..

gua harap,cadangan boikot piala malaysia adalah cadangan yang diterima pakai oleh semua orang.gua yang tak ada kena mengena dengan dua team ni pun,kadang kesian tengok mereka,lebih-lebih lagi tengok fan terengganu yang datang redah jauh-jauh.memang lah setahun sekali piala malaysia,tapi dengan faktor ekonomi semua orang.FAM kena fikir jugak la.utamakan peminat dulu.tiket rm50 cukup-cukup tak relevan,sejak kebelakangan ni.FAM tak konsisten dalam isu harga tiket.gua tak tahu nak salahkan seratus peratus dekat FAM or tidak.sampai u23 lawan nepal pun dirodok perut kami ni dengan tiket rm20.gila! bukan friendly dapat tingkatkan apa-apa pun.cuma persediaan untuk olimpik dan sukan sea.memang hawau!. gua harap orang-orang FAM dan sewaktu dengannya faham dengan situasi peminat bolasepak tanah air...kesian fan kedua negeri,mereka ada hak untuk bergembira tapi celaka FAM dan sentap semangat kesukanan depa semua.








#gua harap sangat.demostrasi besar-besaran depan wisma FAM terjadi juga tahun ni.dah tak boleh sabar dah!

Sunday, 23 October 2011

bahloltelli.




semalam,sukan dunia agak syok.ada yang mati,ada yang world champion,ada yang lauk.









why always me?

Saturday, 1 October 2011

90 minit berdiri.




orang tanya aku,apa best tengok bola tempatan.lepas tu korang lepak bawah sekali berdiri.tak ke letih campur membazir masa?


aku jawab simple.

bolasepak ada roh sendiri...










Sunday, 3 July 2011

bulai julai khas untuk kuning.




bulan julai.agak sibuk.dengan pelbagai agenda dan misi.dan semua misinya,untuk tanah air.julai amat sesuai dan patut temanya kuning! ....misi aku selain menyerah tubuh pada water cannon.aku nak    
menyeberang ke tambak johor untuk meludah temasik!

yup.aku nak meludah pada negara yang penuh sivik dan agak BERTAMADUN.








tanah tumpahnya darahku.

Monday, 16 May 2011

merah kuning lambang kebanggaan.



 there's only one red in malaysia.the red giants!



PIALA KELAB ASIA/ PIALA AFC
Pemenang
-
Naib Juara
1967
PIALA MALAYSIA
Pemenang
1922, 1927, 1928, 1929, 1935, 1936, 1938, 1939, 1956, 1959, 1961, 1962, 1963, 1966, 1968, 1969, 1971, 1972, 1973, 1975, 1976, 1978, 1979, 1981, 1982, 1984, 1986, 1995, 1996, 1997, 2002, 2005
Naib Juara
1921, 1924, 1925, 1930, 1932, 1933, 1937, 1939, 1948, 1957, 1965, 1980, 1983, 1991
DIVISYEN 1/ PREMIER 1/ LIGA SUPER
Juara
1989, 1990, 2000, 2009,2010
Naib Juara
2001
DIVISYEN 2/ PREMIER 2/ LIGA PERDANA
Juara
1993, 2005
Naib Juara
1999
PIALA FA 
Pemenang
1991, 1997, 2001, 2005, 2009
Naib Juara
1990, 2008
PIALA SUMBANGSIH
Pemenang
1985, 1987, 1990, 1996, 1997, 2002, 2009
Naib Juara
1998, 2003, 2006,2011






   jika sejarah ini tidak benar,maka bukan gergasi pada pasukan kebanggaan gua.part sejarah yang ni pula.dicipta dari peluh,darah dan air mata.memang tak mampu di rewind balik.sebab penuh nostalgia dan tradisi.

   jika gua hanya bicara pasal sandarkan pada kenangan? harap jelas.selangor bukan pasukan bolasepak yang sejarah hanya lampau.20 tahun tak pernah menang cup.bolehlah anggap gua hanya pencinta sejarah.sebab gua pernah saksikan beberapa final yang buktinya gua berada disitu dan pasukan gua menang..dan gua bukan lelaki ang mengharap dan cuma minta pasukan lain mengejar rekod kami.kerana kami sentiasa dahagakan kejuaraan.selangor tak akan rasa selesa dan sambil lewa untuk biar 10 20 30 tahun akan datang untuk biar pasukan lain tercungap mengejarnya.bagi gua,sebagai penyokong setia merah kuning.tradisi dan momentum kejayaan harus berterusan dan dipertingkat mengikut peredaran masa.

  apa yang ada pada liga malaysia? generasi muda banyak yang tak peduli.stadium mereka semua dekat mamak.walaupun liga kita tak meriah dan kurang bermutu.tapi ini mengenai proud dan cara sokongan.sebab gua membesar di selangor,sekeliling gua dikelilingi warna merah kuning.kalau gua lahir dekat essex ke,yorkshire ke,southhampton ke.memang gua tak peduli dah pasal selangor ni.sejarahnya...
  
    gua bukan generasi fanatik selangor yang jalan kaki ramai-ramai,turun stadium merdeka,tengok kehebatan arwah supermokh dan kawan yang lain.sebab gua tak lahir lagi masa tu.gua membesar di kala stadium keramat shah alam mula jadi stadium rasmi selangor fa.masa itu,stadium tu la paling besar dekat malaysia.apa-apa big match pun.berlangsung dekat sana.dan pertama kali gua ke stadium tu.seingat gua,dalam tahun 1994 atau 1995.yang gua ingat.selangor lawan pahang.tu lah sejarah pengenalan gua dalam bolasepak.dan jujur,gua kenal selangor lagi awal dari chelsea.awal 90an.selangor memang dicemburui semua lawan.tak pernah game selangor.kurang dari 50k peminat turun.sebab tu ketika tu,dengan kewangan yang kukuh.selangor boleh mampu bayar player yang pernah main liga epl! christopher kiwomya dan tony cottee..kemegahan selangor cukup hebat.selangor bukan manchester united,selangor bukan macam liverpool.kerana sejarah kami tak sama.gua tak kisah orang suka agungkan liga luar dari liga negara sendiri.cuma bagi gua.biar ada fair and square.sekurangnya,ambil la tahu pasukan negeri masing dari ambil segala yang tahu history and success club luar dari era 50 an sampai sekarang.kalau hujung minggu iye mereka terbang ke london sokong kelab kegemaran.itu boleh la gua respek.sebab betul dah jiwa dia sayangkan kelab.ini kalau setakat mamak je stadium dia,tak pernah rasa bersorak dalam stadium sebenar.lepas itu sembang kencang.baik tak payah..true sangat pun tak boleh brader.kiblatkan negara luar sangat pun tak boleh.duduk rumah cari jugak tempoyak,belacan dengan budu.nak tidur pakai juga kain batik atau kain pelikat.ada masa,datang game tengok negeri sendiri main.rasakan feel tu..

   dan,dan dan juga dan.fenomena bolasepak mula jadi macam agama di suatu pihak sana.ok,cukup bagus.pasukan yang tiada apa-apa sejarah dan kenangan.mula mencanak naik dan gugat selangor.jujur,season ni tak berapa bagus untuk selangor.dan pasukan pihak lawan mula cuba mendominasi gergasi merah.gua tak kisah sebab benda tu memang bagus,bertambah kualiti dan boleh lagi jadi banyak saingan.cuma yang gua kisahkan..situasi berlagak dan mula riak mula dipamerkan supporter mereka.ok,tak semua begitu.dan tak perlu melulu gua hentam.bukti pun selalu ada.supporter mana yang suka buat kacau apa semua.orang boleh menilai.gua pun suka riot-riot gini.baru nampak betulkan cinta negeri.tapi jika salah,nak tegakkan betul-betul benang yang basah pun tak boleh gak.gua akui,sana memang true supporter.hari minggu adalah bolasepak bagi mereka.tapi,perlu diperjelaskan.berapa lama mereka terendam dari dasar liga? dan baru berapa lama mereka main division utama? itu dikira faktor juga sebagai tanda balas dendam mereka terhadap liga malaysia.berpuluh tahun mereka tiada apa.dan sekarang hasilnya? setiap kali pasukan mereka bertanding.tak kisah home dan away.pasti ada kelibat supporter mereka.jadi kalau di selangor.boleh dikata tegang juga la keadaan.berapa puluh ribu migrasi mereka bersepah di serata negeri.cuma yang boleh gua tabik.mereka still dalam hati ada panji negeri.itu saja yang gua salute.yang lain? harap jangan dibanggakan sangat.boleh bezakan dari struktur kemajuan dan hiburan antara dua negeri.kalau selangor ni tiada kemajuan,tak ada hiburan dan tak dekat dengan kuala lumpur.memang hari minggu hari bolasepak la buat rakyat selangor.

    bila melihat rekod gemilang selangor,gua akui.sampai bila nak pertahankan nama dan maruah dengan hanya sandarkan pada kenangan.walaupun baru 6 tahun tak menang piala malaysia.tapi bagi kami,tu dah rasa cukup lama.sebab tu bila setiap kali selangor menjulang kejuaraan.memang susah nak nampak perarakan besar-besaran dan open bus.kalau tidak,mesti jenuh jugak la dulu-dulu setiap kali menang.sejarah selangor.boleh dipadam dan disimpan dalam hati.kerana kami akan terus berjuang dan melawan.mencipta rekod baru!

Monday, 18 April 2011

dulu,kini selamanya. chelsea fc


          
     ` There was two or three hundred who were nutters and they would be ignored by the thousands of real fans. The weird thing was that these guys causing trouble weren’t young kids, they were grown men, a lot of them whose idea of a good Saturday was to go to football, not give a toss about the team, just as long as they had a good fight. They masqueraded as Chelsea fans, but they weren’t.


          bolasepak bukan sekadar minat,cara sokongan atau koleksi penuh satu bilik kelab kesayangan masing-masing.tetapi bolasepak meliputi segala kehidupan hal harian.itu yang gua rasa,dan bolasepak juga boleh buatkan kita ramai kawan dan juga musuh....


       gua  memula meminati kelab ni masa tahun 1997,gua ribena lagi masa tu.dalam hingusan lagi.dan masa tu,astro pun takde lagi gua rasa(kalau salah harap maaf).masa tu tengok dekat tv biasa je.FA cup final,chelsea vs middlesbrough.itu game 1st gua dan gua kenal apa itu bolasepak negara luar..fan yang all out,penuh dan standing dengan penuh bangga menyokong team masing-masing.sebelum louis saha memecah rekod final fa cup gol terpantas.roberto di matteo dah lakukan dulu.42 saat.. chelsea menjaringkan gol.dan gua? tanpa gua sangka.. gua melompat gembira.gua tak tahu apa-apa sejarah,jersi second team dan full knowledge mengenai kelab ni.lagipun commentator dalam english.gua kecil lagi.habuk pun tak paham.yang gua masih ingat.. masa itu line up ada zola,mark hughes,dan petrescu,dennis wise,frank lebouef,roberto di matteo,vialli dan beberapa nama yang gua tak ingat dah.manager ruud gullit masa tu..result game.after 27 year,last menang fa cup tahun 1969-70.itulah kemenangan atau honour besar buat chelsea dan sejak dari itu.termaktub dalam hati dan nurani.. gua mula meminati chelsea tanpa sedar hingga sekarang..





line up 1997.



 sejak dari situ,gua mula cari paper,atau apa-apa saja keratan pasal the pensioners ni.tapi masa tu,budak cam gua tak kenal internet sangat.chelsea ketika itu hanya kelab yang berjuang untuk merebut tempat dalam champions league.bukan pencabar kejuaraan liga dan lebih sekadar untuk berebut tangga ke 4 hingga 6.gua labelkan ketika itu.. gua menyokong kelab pertengahan liga.masa tu,perkembangan mengenai chelsea terhad.tak seperti kelab gergasi epl yang lain.berita dekat suratkhabar,media atau apa saja yang buat gua nak mencari sumber berkaitan the blues amat terhad..namun atas yang gua rasa ini rezeki,masa tu campbell dekat jalan tunku abdul rahman tu betul-betul best.banyak gila jual pelbagai jenis jersi.gua berjaya menyambar jersi bernombor 25.bagi gua,mamat tu dah cukup legend walaupun gua tak dapat jersi tertera nama wise..bagi gua,sebelum JT hadir dan diserap dalam skuad dan menjadi simbol kepada blue blood.gua rasa dennis wise adalah orang yang terbaik dalam chelsea masa era 90an. english man for captain!







        `We loved it. Chelsea had achieved nothing for a long, long time. Pop music was great, players played with a smile. It was a very enjoyable time. Good luck to the players today, but if you ask most Chelsea fans, they will relate with that team of the early 1970s. I think, that in years to come, that got up Ken Bates’ nose.   
            -ron `chopper' harris-


   bila gua dah tau main counter strike.habiskan masa berjam-jam main game dekat cc.gua mula tengok serba sedikit info pasal chelsea.gua layari..gua ambil tahu perkembangan.dan,2003.. tahun yang best gak gua rasa.1st time gua tengok chelsea live main depan mata.chelsea vs malaysia.. tahun 2003 juga tahun dimana taikun minyak.. roman abramovich jadi pemilik club.tahun yang bermulanya legasi chelsea dan kebangkitan mendadak.bagi gua.maaf kalau ada sesetengah fan chelsea terguris kalau gua buat statement gini..dari 2003 sampai sekarang,baru gua rasa ramai orang malaysia yang meminati chelsea.lingkungan era tu juga baru terkenal or orang kata apa.. big four.2003 permulaan cerita untuk chelsea era baru..dan jujur gua akui... sedikit demi sedikit,empayar english dalam chelsea mula terhakis dan makin menghakis..kali terakhir yang orang inggeris yang membimbing kelab chelsea ialah  glenn hoddle(tolak tepi graham rix dengan ray wilkins yang incharge 2 3 game je)... dalam list staff coach.hanya beberapa nama lelaki inggeris,selebihnya adalah dari luar negara..bolasepak era moden.duit adalah simbol!


    I’m firmly of the view that the game suffered in this country through England winning the World Cup in 1966 and creating a monument at which too many worshipped without question, but, with equal conviction, I believe that football will save itself because there are so many personalities in the game strong enough to throw the lifebelt.
-charlie cooke-


    kejayaan makin banyak diraih.dari sebuah kelab pertengahan hingga kelab digeruni.dari minoriti kini majoriti.. dari kelab london barat yang tidak ada kemegahan mula ada sejarah.pride of london! bolasepak berubah dari semasa ke semasa.pemain baru,coach silih ganti.ni dengan nada bongkak sikit gua cakap.hehehe.. manchester city amat sukar nak ikut jejak chelsea kejayaan segera.bagi gua,kelab-kelab lain juga begitu.dan musim fantastik chelsea bersama special one adalah kenangan yang cukup terbaik.namun,jujur gua akui.dari sebuah kelab pertengahan hingga jadi pencabar utama kini.sifat tradisi dah mula hilang.bongkak,riak.terlalu rasa mewah mula menghantui.gua tahu chelsea bukan kelab yang penuh dengan sejarah,kisah disebalik padang,supporters yang setia bila jatuh bangun,pengurus berdekad yang kekal dalam ingatan atau stadium yang mempunyai sejarah terhebat... tak ramai tahu bahawa stamford bridge punya lipatan sejarah pada tahun 1066 ..tahun dimana serangan viking keatas kerajaan england.. boleh rujuk battle of stamford bridge.


     bagi gua,chelsea kini dah macam suatu produk yang betul-betul pihak kapitalis gunakan semahunya.(dan mana-mana english club pun gitu).. ada banyak kesenian dalam bolasepak sudah hilang.walau hakikat ramai supporters lebih suka berbicara mengenai formasi,rivalry,transfer window dan gaya permainan yang cantik.bagi gua,lebih baik melihat barcelona dengan corak tiki taka yang hebat dari lihat kelab england yang suka permainan hantaran jauh.(xberapa england sangat la kan bila dalam sesuatu team hanya setakat 2 3 kerat english man)


The King’s Road was our patch; Alexandra’s, the Drugstore, the Seven Bells, the Trafalgar. They were great pubs, swinging pubs, and we had great times. We played hard and we worked hard
-peter osgood-






 bagi gua,ini salah satu kebanggan yang ada pada chelsea.bolasepak,ada pelbagai jenis penyokong...
ada fanatik,ada kipas susah mati,ada sekadar bergaya atas jersi,ada 24 jam pengkritik tegar yang ulasannya lebih kepada atas dasar sayang chelsea,peminat corak permainan,collector dan pelbagai lagi.pelbagai ragam dan cara.untuk menunjukkan kesetiaan masing-masing.sorry,gua menulis bukan atas berkongsi sejarah,knowledge or everthing mengenai sisi kelab ini..boleh cari dari internet sumber rujukan dan pelbagai lagi fakta menarik..sebab sejarah adalah cerita lama,kisah yang dah terjadi.kita hanya perlu untuk menoleh sedikit pada sejarah lama agar masa depan kita sentiasa beringat dan kenal asal usul.kenal dari mana chelsea bermula...masa kini,chelsea bukanlah kelab sayap kiri atau penuh subculture kecil dengan ideologi yang pelbagai.mungkin ramai tidak tahu ada perbezaan sesetengah fan negara,apa cerita sebaliknya berlaku pergaduhan antara negara.. sikap fascist kelab-kelab itali.pendukung-pendukung yang melaungkan slogan antifa.firm-firm di england yang ada sesetengah unite menentang puak yang lain.contoh casuals united di england yang panas line dengan budak-budak paki..(salah maaf).dan mungkin,ramai tidak menyedari..sesetengah kelab yang kita support adalah penyokong kepada english defence league.oleh sebab itu,yang mengaku dirinya casuals.kena lihat dari mana info or selok cara mengikutnya..chelsea kini adalah kelab yang peminat seluruh dunia.bukan kelab yang mewakili golongan pekerja kelas pertengahan.atau kelab dengan ciri-ciri sosialis yang tinggi. siapa kata chelsea bukan kelab kapitalis meh sini gua hempuk pakai dr.martens.celaka buat malu fan chelsea jaaa...apa pun gua rasa,setiap orang ada cara tersendiri untuk menyatakan sokongan.tak semestinya berseorangan.tiada geng or firm tidak boleh menyatakan sokongan.tak dapat berkumpul ramai-ramai bukan true chelsea.true chelsea,blue blood datang dari darah sendiri.dimana diri anda jika tegar chelsea tau apa yang perlu dilakukan..sebagai seorang yang loyal.lebih baik kita bicara hal team sendiri dari ambil pusing akan team lain.that not cool bro..lainlah boleh fight,jumpa je berentap..itu baru real football factory! hanya petah di atas papan kekunci tidak mencerminkan apa-apa.


  This is a glamour club. Half of the showbiz world were here on freebies courtesy of the Mears. What I like is style. Glamour is the Spice Girls. I prefer style. I’m not interested in fashion. Fashion comes and goes. Style is timeless.




 bagi gua,diri masing-masing.cara sokongan.atas satu tujuan.itu sudah cukup dari perlu berpuak dan dalam hati mengutuk.dan gua akan kekal menyokong chelsea secara langsung atau tidak langsung.walaupun hakikat gua dah kurang mengenai chelsea dan tidak true padu nye supporter.sebabnya ideologi chelsea kini dah makin lari dari prinsip hidup gua..amat jauh seperti gua katakan tadi,yang dirinya merasa marhaen tapi menyokong kelab yang dasar amat mengaut untung... gua hanya middle class supporters.yang menonton bolasepak dengan penuh kecintaan....forever blues!
                                               


im casuals hooligans.

gadis,gua dan bola.



               ini sissy..dalam wataknya,dia pendukung team persib bandung...hail hail to blues..dalam lingkaran life gua.gua cuma tau menulis,kerja,dan menonton bola.rutin yang gua lakukan setiap tahun dan akan berterusan..dan,secara jujur.gua perlukan gadis yang kaki bola...

              tup tap tup tap.era kini,dah boleh lihat gadis yang minat bola,pakai jersi ikut cutting body.dan tahu serba serbi pasal bola...its sound good..tapi sayang,tak ramai yang minat bola tanah tumpah sendiri.mereka lebih gemar usha liga luar.of course,liga luar lebih bermutu dan ganteng playernya..gua pergi stadium,mata gua tak dapat bohong yang ada terkadang gua meliar tengok gadis.dan 100% gadis yang tengok bola.(erti kata ni baek) datang dengan boipren.ohhh,hampa.

              jarang boleh lihat,sekelompok gadis tengok bola sesama mereka.mungkin ada la sedikit yang tengok dekat mamak.tapi segerombolan wanita yang datang dan support team di stadium.amat sukar kecuali berpimpin dengan lelaki..di stadium-stadium malaysia sekarang ramai cheerleader apa.bola pun meriah.wanita-wanita patut hadir,banyak teknik senaman yang ada dalam area gitu.badan sihat,otak cerdas!

              mungkin dari bola,gua boleh bertemu jodoh....dan better gua cari jodoh team-team rival or negeri lain.baru fun dan penuh cabaran.cuma satu...gua amat  sukar dari negeri tu.lawo tak lawo.apa sahaja boleh,jangan dari anjing-anjing itu.....im forever red giants!